KEMASKINI: KEPUTUSAN KES MAHKAMAH AZZAINMART
Baru-baru ini kami mendapat maklum balas terdapat gesaan memboikot #AzZainMart yang merupakan kedai produk halal tiruan.
Ini Jawapan Kami
Isi Kandungan
Apa yang ingin kami jelaskan adalah:
Bermula sejak 2008 dengan papan tanda AZZAINMART
AzZainMart telah bermula sejak 2008 dengan menggunakan papan tanda AzZainMart di Seksyen 17, Shah Alam dan bertambah cawangan di bawah pengurusan yang sama sehinggalah 7 cawangan pada hari ini.

Kami konsisten menjual produk halalan thoyyiba dan menjalankan tanggungjawab sebagai peneraju kedai halal di Malaysia.







Tiada Produk Tiruan Di AzZainMart
Tiada produk tiruan di AzZainMart. Sekiranya anda berbelanja di sini, anda telah membantu lebih 1300 produk daripada 150 usahawan muslim dan 20 pekerja muslim untuk terus meningkatkan ekonomi masing-masing.

Hala tuju AzZainMart
Apakah hala tuju kami? AzZainMart fokus untuk membangunkan kedai rangkaian produk halal di seluruh Malaysia. Kami fokus membantu para usahawan muslim memasarkan produk mereka di pelbagai medium.

Kami berasa seronok dan bangga melihat produk muslim juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan juga ada yang telah ke pasaran antarabangsa.
Memfailkan Cap Dagangan Di MyIPO
Kami juga telah mendapatkan khidmat nasihat dari MyIPO dan telah mendaftarkan trademark AzZainMart bagi mengukuhkan jenama di pasaran. Kami percaya pelanggan kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap halal mart yang kami usahakan ini.

Menyokong Kedai Halal Mart Lain
Kami juga akan terus menyokong kedai halal mart lain sebagai rakan strategik kami.
Tidak kira apa nama yang digunakan, kami akan terus menyokong, memberi hebahan dan memberi pandangan yang bersesuaian.

Kami juga sentiasa memberi makluman kepada pelanggan bahawa jika tiada cawangan kami yang berdekatan, boleh berkunjung ke halal mart lain yang berdekatan. Insya Allah mereka bawa konsep yang sama, tujuan yang sama.
Sebagai penutup, kami berharap agar para pelanggan kami, bakal pelanggan dan semua pihak jelas dengan isu semasa yang berlaku. Kami berpendapat ada isu yang lebih penting untuk diberi perhatian.
Semoga semua pihak dipermudahkan segala urusan dan terima kasih menyokong produk halalan thoyyiba!
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-7195173.
Keyakinan Anda, Keutamaan kami!
Ikhlas dari
Hazwan Jaludin
Ketua Pegawai Operasi
Pendapat masyarakat:
AzZainMart Bukan Tiruan






Saya punya komen bukan kena delete ja, dia siap block saya.

AzZainMart Menyokong Halal Mart Lain


Kata-Kata Sokongan Dari Pelanggan






Kekecohan Yang Ditimbulkan
Memplagiat logo serta jenama

Page FB AZ ZAIN MY telah membuat tuduhan tidak berasas sedangkan jenama ini sudah mula digunakan sejak 2008 lagi.
Menjual Ayam Yang Diragui Halal

AzZainMart tidak menjual ayam yang diragui kehalalan. Ini merupakan satu tuduhan berat yang dilontarkan.
Link berita yang diberikan juga tiada kena mengena dengan AzZainMart. Boleh rujuk di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/454295/padah-guna-logo-halal-tanpa-kebenaran
Katanya, pihaknya menyita beberapa bahan promosi daripada syarikat itu untuk siasatan lanjut manakala pemiliknya akan dipanggil untuk menyalurkan maklumat lanjut.
“Penyembelih juga mempunyai sijil tauliah selain semua pekerja mematuhi prosedur bekerja dan tiada ketidakpatuhan di kilang penyembelihan ayam dikesan.
Menyeru Boikot

Ajakan yang tidak sihat dengan membuta tuli memboikot ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar dilakukan tanpa usul periksa.
Mengelirukan Orang Awam Dengan Laporan Polis

Laporan polis yang disertakan dan pautan berita tiada kena mengena dengan AzZainMart. Pihak FB Page AZ ZAIN MY sengaja menimbulkan kekecohan dengan niat buruk.
Dr Mumtaz Abd Razak, 56, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Semenyih, di Selangor baru-baru ini ekoran produk hasil keluarannya diciplak pihak lain dan menggunakan logo halal tidak sah.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31584
AzZainMart tidak mengeluarkan atau menghasilkan sebarang jenama Ayam atau mempunyai kilang Ayam untuk menciplak produk pihak lain. Kami hanya fokus memasarkan produk keluaran usahawan muslim dari Seluruh Malaysia di Lembah Klang.
Menumpang Publisiti Supaya Dikenali Ramai

Ini adalah tidak tepat kerana AzZainMart konsisten membuat hebahan dengan usaha dan kreativiti sendiri membangunkan jenama ini sejak 2008. Page FB AZ ZAIN MY yang baru dibuat pada 2019 ini pula yang membuat tuduhan.
Tiada Tawaran Kerjasama Diterima Seperti Didakwa

Sehingga artikel ini ditulis, tiada tawaran untuk memberi kerjasama dengan baik diterima.
Tidak konsisten dalam membuat kenyataan.
Page FB AZ ZAIN MY banyak membuat perubahan mengelirukan kepada orang awam secara sengaja dan niat buruk berdasarkan hantaran yang dikemaskini dan juga telah dipadam.
Mendakwa memiliki 400 cawangan

Sedangkan mereka hanya mempunyai 120 PENGEDAR dan bukannya CAWANGAN.

Dakwaan ini sengaja ditimbulkan untuk memberi kekecohan kepada orang awam terhadap jenama AzZainMart.
Mengelirukan Orang Awam Sebagai Pekedai Runcit

Page FB AZ ZAIN MY dengan sengaja mencetuskan kekecohan dan mengelirukan orang awam sebagai pekedai runcit yang beroperasi di Semenyih.
Ekoran hal ini, kami telah menerima aduan dari orang ramai yang telah ke sana untuk berkunjung ke kedai runcit tetapi hampa dengan maklumat yang mengelirukan.


Kekeliruan yang ditimbulkan dengan sengaja telah membuatkan orang awam menggunakan maklumat yang tidak tepat.
Menyekat Orang Awam Mendapatkan Maklumat

Orang awam yang bertindak untuk mendapatkan maklumat dengan bertanya soalan-soalan yang relevan juga disekat dari Page FB AZ ZAIN MY serta merta. Ini menunjukkan mereka tidak telus dalam memberi maklumat dan juga dengan sengaja menimbulkan kekecohan.
saya pengusaha murtabak ayam dan daging frozen berskala mikro. bagaimana cara produk² kami dapat memasuki rangkaian kedai AzZainMart?
hubungi cik hidayah 0133653934
Tolong buka di Banting satu, dulu ada, macam- macam barang ada, tapi sekarang dah tutup.
Insya Allah. moga ada halal mart yang bagus dibuka di sana.
Bersempena dgn kempen #BMF ni, xde perancangan nak buka cawangan kat Putrajaya ke?
Insya Allah ada. tapi Putrajaya sewa mahal sangat. insya Allah jika ada lokasi yang sesuai kami akan usahakan
RAZID HalalMart Sungai Besar menyokong sepenuhnya AZZAINmart, legasi mereka menjadi ikon bagi halalmart seluruh malaysia.
terima kasih atas sokongan tuan/puan. Semoga diberkati Allah.
jadi yang heboh pasal AzzainMart itu tiruan itu sahih atau tidak? Jika sahih, adakah pihak AzzainMart ambil tindakan dan sekiranya tidak sahih, perlu makluman secara umum agar rakyat Melayu Islam tidak keliru. Mohon pencerahan….
tidak sahih puan. kami akan ambil tindakan setelah mendapat maklum balas dari MyIPO.
mohon buka cawangan di pantai dalam
Insya Allah kami usahakan