Hanya 20% Usahawan Yang Memiliki Sijil Halal Adalah bumiputera 1

Hanya 20% Usahawan Yang Memiliki Sijil Halal Adalah bumiputera

SELANGOR REKOD 5,365 USAHAWAN MILIKI SIJIL HALAL – EXCO

SHAH ALAM, 14 Jun (Bernama) — Selangor merekodkan kira-kira 5,365 usahawan memiliki sijil halal yang aktif menerusi Skim Pensijilan Halal Malaysia (SPHM) setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna Dan Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata sehingga hari ini, sejumlah 1,086 usahawan bumiputera (20 peratus) dan 4,279 usahawan bukan Bumiputera (80 peratus) mempunyai sijil halal aktif di negeri itu. 

Hanya 20% Usahawan Yang Memiliki Sijil Halal Adalah bumiputera 2

“Sebelum ini kebanyakan usahawan (yang memohon sijil halal) adalah dalam kalangan bukan Islam kerana mereka melihat dari segi aspek ekonomi. Kalau tiada sijil halal, produk mereka sukar diterima oleh pengguna. Jadi itu antara permintaan pengguna, akhirnya mereka akur dan memohon sijil halal,” katanya.

Mohd Zawawi berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Islam dan Melayu Karamah Insaniyah Teras Pembentukan Jati Diri Umat di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Permohonan Sijil Halal Dalam Kalangan Bumiputera Meningkat

SEMENYIH, 13 Jun (Bernama) — Permohonan persijilan halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menunjukkan trend peningkatan dalam kalangan usahawan bumiputera sepanjang tiga tahun bermula tahun 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata statistik permohonan bagi bumiputera yang diperolehi oleh JAKIM merekodkan sebanyak 1,500 permohonan pada 2021 manakala tahun 2022 (1,700) dan tahun ini, setakat Jun 1,000 permohonan.

Hanya 20% Usahawan Yang Memiliki Sijil Halal Adalah bumiputera 3

“Kenaikan itu adalah berikutan peranan yang telah dimainkan oleh pihak JAKIM untuk menggalakkan pemain industri dalam kalangan bumiputera terutama yang beragama Islam, untuk memohon sijil berkenaan.

“Hakikatnya memang ramai pemain industri adalah mereka yang bukan bumiputera, sebab itu permohonan sijil halal itu dipelopori mereka yang bukan beragama Islam,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada Rumah Perlindungan Al-Fattah, di sini hari ini.

Sumber: Bernama

Ulasan Azzainmart

Mengikut data dari Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 (MyCensus 2020), DOSM, penduduk Malaysia yang beragama Islam adalah 63.5% dari keseluruhan.

Hanya 20% Usahawan Yang Memiliki Sijil Halal Adalah bumiputera 4

Ini bermakna walaupun orang islam merupakan majoriti di Malaysia, penguasaan ekonomi khususnya pemain industri Halal masih rendah.

Pernyataan ini telah ditunjukkan dari 2 berita sebelum ini yang menunjukkan 20% sahaja pemegang sijil Halal Malaysia di Selangor adalah orang Islam.

Semoga dengan makluman seperti ini dapat sedikit sebanyak menyedarkan kepada kita bahawa umat islam sebenarnya masih ada banyak ruang untuk menjadi pemain utama industri terutamanya dalam sektor makanan halal.

Kami amat menggalakkan para pembekal untuk sentiasa menambah baik kualiti produk masing-masing dan ini termasuklah ke arah mendapat persijilan halal Malaysia.

Hanya 20% Usahawan Yang Memiliki Sijil Halal Adalah bumiputera 5
Sumber

Ini kerana dengan adanya sijil halal Malaysia, bukan sahaja dapat meyakinkan pengguna tempatan akan status kebersihan halalan thoyyiba produk yang dihasilkan malah membuka peluang untuk mengeksport produk ke luar negara.

Pelbagai agensi seperti HDC, MARA dan lain-lain telah menyediakan kursus dan juga geran bagi membantu golong Bumiputera memperoleh sijil halal Malaysia.

Moga para usahawan muslim terus menerus berusaha menambaik baik kualiti produk dan mengambil ruang dan peluang yang disediakan.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping