Posted on Leave a comment

BELACAN PIJAK KAKI DAN KILANG TAUHU KOTOR

BELACAN PIJAK KAKI DAN KILANG TAUHU KOTOR 1

Pekerja pijak belacan semasa proses menjemur

Jemur belacan sambil dipijak dengan selipar.

BELACAN PIJAK KAKI DAN KILANG TAUHU KOTOR 2

Itu situasi menjijikkan yang dikesan semasa operasi oleh Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Jabatan Kesihatan negeri di sebuah kilang memproses belacan di Butterworth di sini hari ini.

Bahkan, kilang yang dipercayai beroperasi lebih lima tahun tanpa lesen perniagaan yang sah itu turut didapati menggunakan logo halal meragukan.

BELACAN PIJAK KAKI DAN KILANG TAUHU KOTOR 6

Sementara itu, dalam operasi berasingan di sebuah kilang pembuatan tauhu di Tasek Gelugor di sini turut mendapati persekitaran dan proses pembuatannya yang kotor selain penemuan najis tikus.

BELACAN PIJAK KAKI DAN KILANG TAUHU KOTOR 7

Akibatnya, kedua-dua kilang berkenaan diarahkan ditutup selama dua minggu mengikut Seksyen 11, Akta Makanan 1983 untuk kerja-kerja pembersihan.

Ketua Unit Penguatkuasaan BKKM, Mohd. Wazir Khalid berkata, arahan itu dibuat susulan penemuan najis tikus semasa Op Bersih yang dijalankan pihaknya bersama Majlis Bandaraya Seberang Perai tersebut.

“Kilang tauhu itu pernah diperiksa dua bulan lalu melibatkan soal pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Bagaimanapun, hari ini bukan sahaja kita menjumpai najis tikus di dalam stor, tapi keadaan kilang kotor dengan lebihan tauhu yang berselerakan,” katanya kepada pemberita sejurus operasi berkenaan hari ini.

Menurutnya, sebanyak tujuh notis kompaun bernilai RM12,000 atas pelbagai kesalahan berkaitan kebersihan telah dikeluarkan pada operasi itu.

“Pada masa sama, terdapat di antara lapan hingga sembilan pekerja di kedua-dua buah premis yang belum mendapat suntikan tifoid dan dikenakan kompaun secara individu untuk kesalahan itu,” ujarnya.

Tambah beliau, antara kesalahan lain yang turut dikesan adalah peralatan yang digunakan kotor dan tidak memakai pakaian perlindungan diri (PPE).

Sumber: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia

Ulasan AZZAINMART

Syabas dan tahniah kepada pihak penguatkuasa yang terus menerus membuat lawatan terhadap pusat-pusat penghasilan produk makanan.

Sebagai pengguna kita perlu sentiasa peka dan ambil tahu status produk makanan yang digunakan.

Contohnya produk Belacan juga sudah ada yang telah mempunyai sijil Halal JAKIM.

Sekurang-kurangnya jika tiada sijil Halal JAKIM kita hendaklah tahu siapa dan bagaimana produk dihasilkan.

Insya Allah AZZAINMART membantu anda mendapatkan produk-produk halalan thoyyiba

Posted on Leave a comment

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini.

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 10
Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 11

Pada 28 September 2015 kami telah berkunjung ke tempat penghasilan Sayur Fucuk Hasdey di Pulau Pinang.

6 Tahun berlalu, alhamdulillah pada tahun 2021 kami sekali lagi mengunjungi pusat penghasilan ini.

Banyak penambahbaikan yang telah dilakukan oleh mereka.

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 12

Dari tiada pengesahan Halal JAKIM, kini telah mendapat persijilan Halal JAKIM dengan ketiga-tiga produk mereka.

Paling menarik dah ada Suhun! 🥰🥰😘

Sebelum ini kami sering memberi makluman kepada pelanggan yang bertanyakan tentang suhun ini bahawa kami tidak menjual kerana pembekal-pembekal yang cuba memasukkan produk ini tidak menyertakan persijilan halal.

Sijil Halal ini adalah sangat penting bagi produk seperti suhun ini kerana produk ini tidak dihasilkan di Malaysia.

Fucuk Hasdey Dulu dan Kini. 13

Jadi pihak pembekal perlu mencari sumber produk yang mendapat persijilan halal dari negara yang diiktiraf oleh JAKIM sebelum mendapat sijil Halal JAKIM.

Tahniah kami ucapkan kepada seluruh tenaga kerja Fucuk Hasdey!

Moga para usahawan lain juga terus melakukan perubahan dan penambahbaikan untuk peningkatan kualiti produk. 💪💪

Keyakinan Anda Keutamaan Kami!

Sumber: Facebook AzZainMart

Dapatkan Fucuk Hasdey Di AzZainMart Dengan Segera

Posted on Leave a comment

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal

perencah-Hilal-asli-kiri-produk-Muslim-dan-tiruan-kanan-jenama-Bilal

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal.

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal 14

Saya belum ketemui yang sebelah kanan untuk lihat tempat atau kilang produk ini. Boikot produk yang bertujuan merosakkan yg asli!

Pandangan AZZAINMART

Walaupun dalam hantaran di laman Facebook menyatakan produk tersebut masih belum ditemui, kami berpendapat adalah wajar kita sebagai pengguna muslim mengambil perhatian berkenaan hal ini.

Perencah masakan Hilal sudah lama berada di pasaran dan juga sudah dijual oleh kami semenjak perniagaan ini mula diusahakan.

Produk muslim jenama BILAL

Makanala jenama Bilal pula adalah juga jenama muslim.

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal 15

Bilal (Taucu) adalah jenama Produk Masakan yang terdiri daripada Kacang Soya Bergaram, Taucu. Bilal (Taucu) adalah Jenama Islam yang diusahakan oleh Syarikat Hajjah Thamimah Bt Rehan. Syarikat Hajjah Thamimah Bt Rehan dimiliki oleh orang Islam.

Sumber rujukan: mukminbrands.com

Sardin Cap Bilal Jenama Bukan Muslim

Walaubagaimanapun kebelakangan ini jenama Bilal ini juga digunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab untuk melariskan jualan.

Contohnya bagi produk sardin CAP BILAL yang pernah tular sebelum ini adalah bukan keluaran muslim

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal 16

Cap Bilal (Sardin) adalah jenama Makanan yang terdiri daripada Sardin Dalam Tin. Cap Bilal (Sardin) adalah Jenama Bukan Islam yang diusahakan oleh Syarikat Cherng Chang Chan Sdn. Bhd yang berpengkalan di Selangor. Syarikat Cherng Chang Chan Sdn. Bhd dimiliki oleh orang Bukan Islam.

Sumber rujukan: mukminbrands.com

Bilal tak keluarkan produk sardin

Perkara ini juga diakui oleh pemilik asal jenama BILAL yang mana kejadian ini telah merosakkan reputasi mereka kerana ramai pengguna muslim menganggap jenama BILAL keseluruhannya bukannlah produk keluaran muslim.

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal 17

“JENAMA Bilal diasaskan sejak 1972 oleh arwah bapa dan ibu, malah anak-anak tidak pernah menjualnya kepada Cina,” kata pemilik produk jenama Bilal, Rozliana Zainal Abidin.

Rozliana, 49, mengambil alih perniagaan diusahakan arwah bapanya, Zainal Abidin Ali dan arwah ibunya, Thamimah Rehan sejak 1972 bersama tiga beradik lain.

“Saya terkejut melihat perkara tular berkenaan yang mengatakan sardin jenama CAP BILAL bersama lambang masjid diedarkan sebuah syarikat Cina beralamat di Sungai Buloh.

“Buat pengetahuan semua, syarikat kami tidak pernah mengeluarkan produk sardin, kami hanya mengeluarkan produk dalam botol seperti kicap, cuka, taucu dan kordial jenama Bilal yang mempunyai lambang kubah masjid,” katanya kepada Harian Metro di Kuala Lumpur, hari ini.

Rozliana berkata, dia menerima banyak maklum balas daripada rakan dan pelanggan yang mahu kepastian mengenai jenama Bilal yang kini tular dan didakwa dikeluarkan oleh syarikat Cina, sekali gus meminta ia diboikot umat Islam.

Sumber: hmetro.com.my Disiarkan pada: Januari 21, 2019 @ 5:41pm
Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal 18

Jenama Bilal ada Pensijilan JAKIM

Hasil semakan kami, produk-produk keluaran Z & T FOOD INDUSTRIES SDN. BHD dengan jenama BILAL ini hanya mengeluarkan produk-produk yang mendapat pensijlan Halal JAKIM sahaja.

Walaubagaimanapun, terdapat juga beberapa syarikat lain yang menggunakan jenama BILAL untuk produk-produk makanan seperti berikut:

Tetapi tiada satu produk Perencah untuk masakan dengan jenama BILAL mempunyai pensijilan Halal JAKIM.

Oleh itu kita sebagai pengguna muslim hendaklah sentiasa sedar dan sentiasa mengambil tahu tentang situasi sebenar sebelum terpedaya.

Cuba mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda tidak melebihi RM5 juta

PUTRAJAYA: Mana-mana pihak yang cuba mengelirukan pengguna dengan status halal boleh didenda tidak melebihi RM5 juta, jika kesalahan pertama dilakukan suatu pertubuhan perbadanan, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim.

Beliau dalam satu kenyataan hari ini berkata, perkara itu berpandukan Perintah Perihal Dagangan (Takrifan Halal) 2011.

“Jika kesalahan dilakukan bukan pertubuhan perbadanan, ia boleh didenda tidak melebihi RM1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama.”

Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/ pada January 12, 2019 6:15 PM

Berbalik kepada perencah masakan jenama BILAL, kami menyarankan mana-mana pihak yang mempunyai akses terdapat produk tersebut untuk segera mengambil tindakan untuk membuat laporan berkenaan penggunaan logo Halal yang tidak diiktiraf pada bungkusan tersebut.

Hati-hati memilih bahan perencah Hilal asli (kiri) produk Muslim dan tiruan (kanan) jenama Bilal 22

Untuk sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan logo dan ungkapan halal atau sebarang isu-isu berkaitan halal, perkara-perkara berikut hendaklah diperincikan oleh pihak pengadu bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut Butir-butir perincian tersebut yang PERLU dilengkapkan seperti:-

1. Nama (pengadu):-
2. No Kad Pengenalan(pengadu):-
3. Alamat (pengadu):-
4. Emel (pengadu):-
5. No Tel/hp (pengadu):-
6. Lokasi aduan:- (Nama dan alamat penuh pengilang/premis)
7. Perincian aduan:- (Contoh:- Produk menggunakan Logo Halal Malaysia tanpa mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah)

Untuk pengetahuan umum, semua maklumat yang diberikan adalah sulit.

Aduan yang telah lengkap boleh dihantar terus ke:-

FB Bahagian Hab Halal, JAKIM:- https://m.facebook.com/HabHalalJakim/ (Melalui Inbox/peti masuk) ATAU/DAN 📧[email protected] ☎03-8892 5000/1