Kilang sembelih ayam dekat Cheras, kotor lagi jijik 1

Kilang sembelih ayam dekat Cheras, kotor lagi jijik

Masih ada yang abai kebersihan

Satu operasi bersama oleh DBKL dan agensi sahabat iaitu JASWPKL, IWK dan SPAN telah diadakan pada 13 September 2022 (Selasa) pada jam 1.00 pagi di sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak, Cheras.

Operasi melibatkan keseluruhan 21 orang anggota telah memeriksa pusat penyembelihan tersebut dan mendapati ianya berada dalam keadaan yang daif.Hasil

pemeriksaan mendapati :

  • ✅ Lantai dan dinding di ruang proses berkarat, berlumut, berdaki hitam dan kotor hasil aktiviti sembelihan ayam;
  • ✅ Semua pengendali makanan di premis tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan kerana hampir semua pekerja merupakan warga asing;
  • ✅ Tiada sistem penapisan sisa efluen/water treatment;
  • ✅ Sisa efluen/fizikal/darah tanpa dirawat hasil aktiviti penyembelihan ayam terus dialirkan ke saliran/longkang awam;
  • ✅ Meletakkan atau memproses ayam mentah di atas lantai; dan
  • ✅ Tandas kotor dan tiada kelengkapan asas.

Sehubungan itu, tindakan berikut telah dilaksanakan terhadap premis tersebut:

  1. ✅ Amaran dan nasihat berhubung kehendak-kehendak kesihatan yang perlu dipatuhi telah diterangkan kepada pelesen/pekerja;
  2. ✅ Mengeluarkan 2 Kompaun:UUK 23(3)(b)- UUKPPM (WPKL) 2016;SEK 47(1)(d)-AJP&B 1974.
  3. ✅ Notis Perintah Penutupan Di bawah Akta Makanan 1983 – arahan pembersihan dan penambahbaikan berkuatkuasa 13 September 2022 @ selasa dan pemeriksaan susulan akan dijalankan.

Manakala tindakan oleh pihak JASWPKL:

  • ➡️Pengambilan sampel air untuk dianalisa; dan
  • ➡️Penahanan Operasi kelengkapan Di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127.

Sumber Facebook: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Kilang sembelih ayam dekat Cheras, kotor lagi jijik

KUALA LUMPUR: Sebuah pusat penyembelihan ayam di Desa Tun Razak dekat Cheras di sini, didapati bukan sahaja dikesan beroperasi dalam keadaan terlalu kotor dan menjijikkan, malah turut mengabaikan aspek kesihatan apabila tiada pengendali makanan di situ menerima suntikan tifoid.

Operasi oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kuala Lumpur, Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) semalam mendapati, premis itu melakukan pelbagai kesalahan dengan pengabaian aspek kebersihan.

Lantai Dan Dinding Berkarat, Berlumut, Berdaki Hitam Dan Kotor

“Hasil pemeriksaan bersama 21 anggota, mendapati premis itu berada dalam keadaan yang daif dengan lantai dan dinding ruang proses penyembelihan berkarat, berlumut, berdaki hitam dan kotor. Ia terhasil dari aktiviti sembelihan ayam.

“Kita juga mendapati, semua pengendali makanan di premis itu tidak mendapatkan suntikan tifoid dan gagal mempamerkan dokumen pengenalan kerana hampir semua pekerja adalah warga asing.

Sisa Fizikal Dan Darah Terus Dialirkan Ke Longkang Awam

“Premis itu juga tiada penapisan sisa efluen atau air terawat malah sisa itu termasuk sisa fizikal dan darah tanpa dirawat akan terus dialirkan ke saliran dan longkang awam,” kata DBKL di Facebook, hari ini.

DBKL berkata, ayam mentah yang diproses juga diletakkan di lantai sahaja.

“Kita turut dapati tandas di premis itu kotor dan ia juga tiada kelengkapan asas,” katanya.

Katanya, hasil operasi itu, dua kompaun mengikut UUK 23(3)(b)-UUKPPM (WPKL) 2016 dan Seksyen 47 (1)(d)-AJP&B 1974 dikeluarkan.

“Notis Perintahan Penutupan Di bawah Akta Makanan 1983 iaitu arahan pembersihan dan penambahbaikan dikeluarkan, berkuatkuasa hari ini (semalam).

“JASWPKL juga sudah mengambil sampel air untuk dianalisa dan penahanan operasi kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a) Akta 127,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Pandangan AZZAINMART

Kami berasa sangat terkejut dan kesal dengan keadaan yang ditunjukkan ini. Langsung tidak menonjolkan kilang ini menghasilkan produk yang halal lagi baik.

Berdasarkan semakan kami di laman web JAKIM, kami mendapati tiada pusat sembelihan yang mendapat Sijil Pengesahan Halal di kawasan tersebut.

Malah hanya terdapat 2 sahaja pusat sembelihan yang disenaraikan di portal halal JAKIM bagi kawasan Kuala Lumpur.

Baca Lanjut: Hanya 14 dari 343 Pusat Sembelihan Yang Mendapat Halal di Selangor

Di ruangan komen, ada beberapa yang mengenali dan tahu pemilik kilang tersebut.

Kilang sembelih ayam dekat Cheras, kotor lagi jijik 17
Kilang sembelih ayam dekat Cheras, kotor lagi jijik 18

Kami berharap para pengguna muslim khususnya sentiasa peka dan ambil tahu sumber ayam yang dibeli.

Sokonglah jenama tempatan yang telah mendapat HALAL dan elakkan membeli dari sumber yang tidak diketahui.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping