Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor 1

Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor

Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor 2
Mohd Zawawi (lima dari kiri) dan Mohd Shahzihan (tujuh dari kiri) bersama wakil penerima anugerah di Majlis Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor 2022 di Shah Alam Convention Centre pada Jumaat.

SHAH ALAM – Hanya 14 daripada 343 pusat penyembelihan di Selangor yang mendapat Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) setakat Januari lalu.

Exco Hal Ehwal Agama Islam, Pengguna dan Industri Halal Selangor, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, baki daripada jumlah tersebut masih belum mendapat sijil berkenaan.

Pengusaha premis sembelihan halal wajar diiktiraf

Pengusaha pusat sembelihan yang memiliki sijil halal wajar diberi pengiktirafan sebagai dorongan agar terus melaksanakan operasi mengikut piawaian dan patuh syariah.

Penghargaan itu juga bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha premis di negeri ini memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).

Menurutnya, antara punca premis-premis berkenaan sukar mendapatkan SPHM kerana kebanyakan mereka menjalankan aktiviti sembelihan di atas tanah pertanian.

“Tapi perkara ini boleh dibincangkan supaya mereka dipindahkan ke premis-premis industri untuk mengurangkan pencemaran kawasan sekitar seperti darah daripada sisa sembelihan dapat diurus dengan baik.

Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor 3
Mohd Zawawi ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor 2022 di Shah Alam Convention Centre pada Jumaat.

“Semua 343 premis tersebut dipantau oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), cuma kita sedang melihat bagaimana mereka boleh dijadikan sebagai pusat sembelihan halal yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor 2022 di Shah Alam Convention Centre, di sini pada Jumaat.
Dalam pada itu, Mohd Zawawi menyarankan semua pengusaha pusat sembelihan di Selangor untuk memohon SPHM untuk kepentingan bersama terutamanya pengguna.

Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor 4
Kilang Ayam Dr Zainol dipilih Tempat ke-3 dalam Anugerah Premis Sembelihan Terbaik Negeri Selangor 2022 bagi kategori industri besar dan sederhana

Ujarnya, kerajaan Selangor turut membantu pihak tersebut untuk mendapatkan sijil halal menerusi program International Muslim Friendly Affiliation Network (IMFAN).

“Saranan saya kepada semua pengusaha pusat sembelihan halal ini supaya mereka mencari lokasi yang lebih sesuai dan selamat untuk kepentingan bersama terutamanya pengguna kerana kita tidak tahu bagaimana keadaan sembelihan tersebut.

“Jika keadaannya kotor dan tidak terurus, pasti ia akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan penduduk dan pengguna,” katanya.

Sementara itu, Majlis Anugerah Premis Sembelihan Halal Terbaik Negeri Selangor 2022 diadakan bagi memberikan pengiktirafan kepada pengusaha-pengusaha pusat sembelihan di negeri tersebut.

Mohd Zawawi berkata, para penerima anugerah dibahagikan kepada dua kategori iaitu industri kecil dan sederhana.

Hanya 14 pusat sembelihan dapat sijil halal di Selangor 5
Kilang Ayam Dr Zainol dipilih Tempat ke-3 dalam Anugerah Premis Sembelihan Terbaik Negeri Selangor 2022 bagi kategori industri besar dan sederhana bersama pemenang-pemenang lain.

“Juri membuat keputusan memilih premis-premis terbaik dan ini adalah hasil cetusan daripada JAIS yang ingin mendorong pusat-pusat sembelihan ini untuk mendaftarkan premis mereka dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Diharapkan dengan adanya anugerah ini, ada dorongan dan rangsangan kepada pemain industri dalam sektor sembelihan ini untuk mendapatkan sijil halal,” katanya.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad.

SUMBER: Sinar Harian

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping