Makluman perkhidmatan home delivery sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Tempoh penghantaran akan dilakukan antara jam 10 pagi hingga 7 malam.

Buat masa ini, caj penghantaran akan dikira dari cawangan utama di Seksyen 15, Shah Alam.

Sekiranya anda memerlukan penghantaran dari cawangan yang berdekatan dengaan lokasi anda, pilih pickup dan tuliskan di ruangan notes: saya perlukan delivery dari cawangan berdekatan.

Kami akan memproses tempahan anda dari cawangan yang berdekatan dan pembayaran caj delivery akan dikira secara manual.

AzZainMart Home Delivery

Berita baik! kini kami sudah menyediakan perkhidmatan AzZainMart Home Delivery ke kawasan berdekatan!

azzainmart homedelivery RM6

Masa Penghantaran

Tempahan homedelivery akan dihantar mulai jam 10 pagi hingga jam 7 malam.

Tempahan terakhir diterima setiap hari pada jam 4.00 petang.

Kawasan Perkhidmatan Home Delivery



Kawasan liputan bagi Home Delivery sudah diluaskan ke kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Subang Jaya, Klang dan Puchong.

Untuk semakan pantas caj penghantaran yang dikenakan di kawasan anda, boleh pilih barang dan klik View Cart di bahagian menu.

Masukkan poskod anda dan klik UPDATE. Caj yang dikenakan akan dipaparkan sekiranya kawasan anda berada dalam dalam liputan kawasan perkhidmatan kami.

Home Delivery 1

Untuk mengetahui caj penghantaran yang lebih tepat, anda perlu memasukkan alamat penuh di ruangan alamat sebelum membuat pembayaran.

Cara Penggunaan pemilihan ‘penghantaran dari cawangan berdekatan’

Home Delivery 2
1. Anda perlulah klik pada bahagian ‘(Pickup) Ambil di AzZainMart Berdekatan’ sekiranya poskod anda tiada pilihan Home Delivery.

Home Delivery 3

2. Anda perlu isikan bahagian ‘Order Notes’ tersebut seperti gambar di atas. 

Caj Bayaran Home Delivery

Harga serendah RM6 bergantung kepada kawasan (poskod).

Berita Baik! FREE Home Delivery bagi setiap pembelian RM150 dan ke atas sehingga 31 Disember 2019 (dilanjutkan) bagi poskod berikut:

52200, 53300, 40160, 41000, 50100, 50500, 50000, 50150, 56000, 40470, 50350, 50088, 47200, 47650, 47500, 41460, 40800, 40706, 40460, 54200, 56100, 50200, 40000, 40100, 47630, 47620, 47601, 68000, 50300, 55000, 50586, 54000, 55300, 50450, 50250, 55200, 50050, 54000, 55100, 47610, 47600, 42450, 40450, 40300, 40200, 40100, 40150, 40170, 40400, 41200, 46050

*sehingga 15kg sahaja dan tempahan serta pembayaran melalui laman web ini.

FAQ AzZainMart HomeDelivery

1. Bilakah barang akan dihantar?

Pesanan anda akan dihantar dalam tempoh 1 jam (bergantung kepada lokasi) setelah pembayaran secara online diterima. Pihak kami akan menghubungi bagi mengaturkan waktu penghantaran.

Anda juga boleh memaklumkan waktu yang bersesuaian untuk kami menghantar barang ke rumah dengan meletakkan maklumat di bahagian notes.

2. Boleh guna kad kredit?

Ya, boleh. Pembelian secara online menerima pembayaran menggunakan kad kredit, kad debit, dan juga online transfer (FPX).

3. Saya ada masalah semasa melakukan pembelian, boleh bantu?

Hubungi khidmat pelanggan kami di talian 013-7195173.

4. Ada minimum order?

Tiada had minimum tempahan. Anda hanya perlu bayar harga barang + caj penghantaran serendah RM6. Contohnya jika harga barang bernilai RM6 dan caj penghantaran RM6, anda perlu bayar RM12 sahaja.

Apa Kata Mereka?



Mahu beli secara HomeDelivery? Klik Di Sini Untuk Tempah Sekarang.

azzainmart homedelivery RM6

 

Klik gambar untuk mula membuat tempahan

441 comments

    Blh hnta ke sabak bernam x…poskod 45200

      maaf belum cover kawasan sana

    Salam, Tiada free delivery ke poskod 51000 ke? jarak dengan poskod yang layak free delivery pun lebih kurang dengan beberapa poskod diatas.
    Mohon pertimbangan pengurusan.
    Terima Kasih.

      waalaikumussalam. terima kasih atas cadangan. kami akan kemaskini jika ada perubahan.

    Assalamualaikum,

    Boleh pos ke Kedah tak?

    Assalamualaikum, ada COD ke Gasing Indah, Jln 5/46, 46000 Petaling Jaya tak?

      waalaikumussalam. boleh. masukkan alamat di checkout sebelum pembayaran.

    Boleh hantar ke puncak alam? Delivery charges?

      boleh. pilih barang dan masukkan alamat, sistem akan paparkan caj delivery

    Boleh hantar ke Cyberjaya ke?

      boleh. kami akan hantar dari Puchong

    Penghantaran ke kajang ada ke

      belum ada setakat ni. agak jauh dari kami

    Macamana nk tempah Dr outlet terdekat kerana charge delivery Mahal Dr Shah alam

      boleh pilih pickup dan notes saya perlukan delivery dari outlet terdekat. kami akan proses dari outlet terdekat. cuma mungkin ada barang yang tiada stok

    bila stock ayam dan daging tempatan akan ada?

      ayam sudah ada stok. daging stok tidak mencukupi. vendor tak dapat bekalkan dengan normal lagi

    ada penghantaran ke kelana jaya? 47301 poskod nye

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping