produk-usahawan-tekun

Produk Usahawan TEKUN Tembusi Pasaran Myanmar

Helang Gagah Group eksport minyak masak bernilai RM12j setahun

2 September – Malaysia muncul sebagai pembekal minyak sawit premium pertama di Myanmar susulan termenterainya memorandum persefahaman pembekalan minyak masak bergred tinggi (IV60) jenama LESONG ke negara itu

Memorandum itu membabitkan pembekalan bernilai RM12 juta setahun antara pengeluar minyak masak bumiputera, Helang Gagah Group Sdn Bhd dengan syarikat gergasi Myanmar, KK Myanmar Business Group.

Pengarah Urusan Helang Gagah Group, Datuk Dr Mohamad Zaini Md Taha, Myanmar dipilih sebagai destinasi eksport pertama kumpulan di luar Malaysia kerana permintaan minyak masak sawit yang tinggi di negara itu serta kurang persaingan.

Produk Usahawan TEKUN Tembusi Pasaran Myanmar 1
Mohamad Zaini (kiri) dan Latt bertukar dokumen perjanjian Connect 2019 di Yangon, baru-baru ini sempena Persidangan Malaysia-Myanmar

Katanya, kedudukan pasaran Myanmar berhampiran Malaysia dan sistem pelabuhan mesra pengeksport memberikan kelebihan untuk meneroka pasaran itu, selain faktor iklimnya ketika cuaca sejuk memerlukan rakyat mendapatkan minyak masak gred tinggi.

“Myanmar memerlukan banyak minyak sawit kerana budaya masakan mereka, setakat ini hanya ada dua jenama di pasaran berkenaan, namun jenama LESONG ada kelebihan berbanding jenama besar itu kerana memiliki gred tinggi Iodine Value 60 (IV60).

Ini bermakna, minyak sawit LESONG ditapis sebanyak enam kali dan masih kelihatan jernih selepas menggoreng 20 kali, selain cuaca ketika musim sejuk Myanmar tidak sesuai untuk membawa gred yang rendah ke sini,” katanya pada sidang media sempena Persidangan Malaysia-Myanmar Connect 2019 di sini.

Beliau sebelum itu memeterai perjanjian persefahaman pembekalan bagi pihak Helang Gagah manakala KK Myanmar Business Group diwakili Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ko Ko Latt.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kejayaan besar Malaysia itu membuktikan keberhasilan program keusahawanan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) yang diterajui TEKUN Nasional untuk membawa produk usahawan ke Myanmar.

Katanya, dengan pembekalan baharu itu, kupulan menyasarkan untuk meraih peningkatan jualan sekitar 30 peratus sebulan.

“Ketika ini, jualan kami berlegar sekitar RM1.5 juta hingga RM1.6 juta sebulan, iaitu sekitar 400 tan hingga 500 tan sebulan disumbangkan sepenuhnya daripada domestik.

Dengan jangkaan tambahan jualan RM1 juta sebulan daripada pasaran baharu Myanmar, kami jangkakan jualan keseluruhan kumpulan akan meningkat kepada RM2.5 juta,” katanya.

Sumber : Berita Harian

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping