Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART 1

Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART

Isu ini bermula dengan hantaran yang dikeluarkan oleh laman Facebook AZ ZAIN MY dengan tajuk AZZAINMART JENAMA TIRUAN pada 28 Ogos 2019.

Laman Facebook tersebut dimiliki oleh Mumtaz Meat & Marine Food Sdn Bhd selaku plaintif dalam kes yang dibicarakan.

*Hantaran di Facebook ini sudah tidak dapat dilihat setelah dibuang/ditutup/disorok.

Tuduhan melampau batas dan tidak berasas

Tuduhan dan tohmahan yang terdapat dalam hantaran ini terlalu melampaui batas dan menyebabkan ramai pembaca dan juga pelanggan kami terpedaya terhadap apa yang disampaikan.

Ini menyebabkan kami segera membuat hantaran balas dengan memberikan fakta dan jawapan balas pada hari yang sama.

Pihak kami juga telah membuat hantaran balas yang lebih terperinci yang mengandungi pelbagai fakta dan gambar di sini: AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini Jawapan Kami

Laman web azzain.my yang dimiliki oleh pihak plaintif juga sehingga hari ini masih memaparkan tentang maklumat berikut:

Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART 2
https://azzain.my/kenali-azzain/

Mengikut fakta yang diberikan oleh pihak defenden-defenden di Mahkamah, AZZAINMART masih lagi menjual produk keluaran plaintif sehinggalah menerima surat saman bertarikh 30 Oktober 2019.

Ini berikutan kami berpendapat tiada lagi keperluan untuk menjual produk keluaran plaintif.

Isu dibawa ke Mahkamah Tinggi (Harta Intelek) Kuala Lumpur

Walaubagaimanapun isu tersebut tidak berakhir di situ.

Tiada rundingan atau perbincangan ditawarkan kami terus menerima surat saman pada 30 Oktober 2019 yang dibicara di Mahkamah Tinggi Shah Alam dengan permulaan pengurusan kes pada 4 November 2019.

Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART 3
Dr Zainol (Hadapan kanan) bersama defenden-defenden hadir memberi keterangan sebagai saksi defenden

Berikut merupakan tuntutan plaintif terhadap defenden:

Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART 4
Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART 5

Kes ini dipindahkan ke Mahkamah Tinggi (Harta Intelek) Kuala Lumpur berikutan jumlah tuntutan dan berkaitan dengan cap dagangan.

Keputusan Kes

Setelah Dua (2) tahun melalui proses pengurusan dan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dihadapan hakim YA Dato’ Mohd Radzi bin Harun kes ini selesai dengan mahkamah membuat keputusan kes pada hari Jumaat, 08 April 2022.

Keputusan Kes Mahkamah AZZAINMART 6
Dari kiri Megat (Peguam Defenden), Hazwan (Ketua Pegawai Operasi AZZAINMART) dan Afiq (Peguam defenden)

AZZAINMART selaku defenden diwakili oleh barisan peguam dari Megat Afiq & Partners.

Megat Muslehuddin Bin Megat Radzuan peguam mewakil defenden memetik keputusan mahkamah berkata,

Mahkamah Tinggi Harta Intelek di Kuala Lumpur telah memutuskan bahawa:

Tidak ada apa-apa pelanggaran cap dagang Plaintif telah dilakukan oleh Defendan-Defendan pada bila-bila masa mulai tahun 2008 hinggalah ke hari ini;

Tiada kelirupaan (passing off) terhadap cap dagang Plaintif telah dilakukan oleh Defendan-Defendan pada bila-bila masa mulai dari tahun 2008 sehingga kini;

Dalam keputusan kes, Hakim juga telah menyampaikan,

“Saya menolak keseluruhan tuntutan plaintif terhadap semua defenden dengan kos RM20,000.”

Halatuju AZZAINMART

Keputusan kes mahkamah yang menyebelahi kami ini akan memberi ruang untuk menyambung semula usaha-usaha tertangguh sebelum ini.

Ini kerana terdapat beberapa gerak kerja ditangguhkan bagi memberi laluan kepada perbicaraan kes sehingga selesai.

Pada tahun 2022 ini, AZZAINMART hadir dengan 9 cawangan akan memperkukuhkan struktur dalaman syarikat sebelum menambah cawangan pada masa akan datang.

Penghargaan

Alhamdulillah, kami memanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT atas kemenangan kes ini. Ucapan terima kasih kepada barisan peguam yang bijaksana dan juga kepada para pelanggan yang tidak putus memberi sokongan kepada perniagaan AZZAINMART.

Moga kami dapat terus istiqamah menjadi rangkaian kedai halal mart yang menjual produk keluaran muslim yang halalan toyyiban mubarakah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping