Semalam saya menceritakan kisah bangsa kita melayu muslim yang baik dan sangat bertoleransi dengan bangsa lain.
Hatta kita kehilangan kuasa ekonomi dan dipandang hina oleh bangsa mereka.

Suatu masa dahulu hingga kini bangsa kita sangat bersangka baik dan bertoleransi dalam membeli dan menggunakan produk non muslim.
Walaupon pada produk tersebut tiada logo halal JAKIM, tetap orang kita menyatakan bahawa produk keluaran non muslim ini baik bersih dan halal dimakan atau diguna.
Baca lanjut: Kilang Jijik Proses Bihun Laksa Dekat Kandang Babi
Boleh dikatakan apa yang tidak disokongnya kepada bangsa non muslim ini semuanya di sokong tanpa prajudis.
Orang kita tidak sedar bahawa akibat daripada sokongan berterusan tersebut telah menjadikan bangsa mereka hebat dari segi ekonomi dan kejayaan perniagaan.

Bahkan banyak syarikat-syarikat menjadi besar hasil dari sokongan bangsa melayu muslim kita terhadap perniagaan mereka.
Akhirnya apa yang kita dapat adalah penghinaan dan sikap kurang adab bangsa lain menghina bangsa kita sendiri dek kerna tidak memegang ekonomi negara.
Dikatakan kepada bangsa kita bahawa bangsa melayu adalah bangsa yang PEMALAS dan TIDAK PANDAI BERNIAGA.
Namun, ketika mana orang melayu muslim kita membuat perniagaan dan menawarkan perkhidmatan, orang kita sendiri pula kurang memberi sokongan terhadap mereka.
Banyak pula feedback negatif yang kita berikan dan pelbagai alasan yang dinyatakan utk tidak menyokong perniagaan muslim kita.
Baca lanjut: Bihun Istimewa Cap Masjid Inda Tiada Sijil Halal Jakim
Ada sahaja perkara-perkara yang tidak baik yang akan kita bangkitkan seperti produk tidak baguslah, servis lembab lah, barang di guna tak berkualitilah dan sebagainya.
Siap viralkan lagi mengajak orang-orang lain untuk tidak menyokong bisnes orang muslim kita.
Baca lanjut: Kotor! Anjing Jilat Ikan Kering
Sebaliknya jika produk atau servis non muslim tidak bagus dan kurang baik boleh pula kita berlapang dada dan tidak pernah kecewa dalam menyokong perniagaan mereka.
Puji lagi mereka sedangkan layanan tak mesra yang kita dapat.
Produk sampah yang kita makan. Servis mahal yang kita terima. Itulah sikap kita yang perlu diubah segera.
Persoalannya sampai bila kita harus bersikap demikian?
Hati kita senang dan selesa menyokong perniagaan non muslim tetapi resah dan gelisah dalam menyokong perniagaan melayu muslim itu sendiri.
Tahukah kita bahawa orang-orang non muslim ini jika boleh mereka tidak akan membiarkan duit poket mereka keluar sedikit pon masuk kedalam poket kita orang muslim.
Wang mereka akan beredar sesama mereka sahaja walaupon harganya mahal daripada apa yang kita tawarkan.
Kesan dari itu mereka sangat kuat ekonominya ditambah pula sokongan orang muslim kita terhadap perniagaan mereka.

Mari kita sama-sama ubah pendirian ini.
Bermula dari menyokong perniagaan non muslim kearah menyokong perniagaan muslim.
Tidakkah kita mahu melihat lebih ramai orang islam kaya dan berjaya?
Tidakkah kita mahu melahirkan lebih ramai umat islam kita berbayar zakat untuk kesenangan umat?
Tidakkah kita mahu menikmati produk yang dihasilkan oleh tangan-tangan umat islam yang sudah pasti halalan toyyiban?
Tidakkah kita mahu merasai perkhidmatan dari orang muslim kita sendiri yang sudah pasti akan memberi kejayaan dalam perniagaan mereka?
Biarlah wang kita beredar sesama kita dalam kelompok umat islam di Malaysia ini. Ini satu jihad ekonomi yang sedang kita perjuangkan.

Sampai bila bangsa kita harus dipandang hina dan disantuni dengan sikap kurang adap dari bangsa lain.
Tunjukkan kehebatan bangsa kita dalam perniagaan dan kuasa membeli.
“BUY MUSLIM FIRST” adalah kempen sokongan terhadap produk dan bisnes orang muslim kita diutamakan.
Baca lanjut: Kempen BMF
Siapa lagi mampu mengubahnya jika bukan kita.
Bila lagi kita perlu berubah jika bukan sekarang.

Teruskan menyokong perniagaan orang muslim kita yang kita kenal atau ketahui.
Bantu mereka dalam meningkatkan ekonomi diri dan umat yang mana ianya akan berbalik semula kepada umat dari hasil zakat yang dikeluarkan.
Artikel ini ditulis oleh saudara Muhd Sofi Eimani. Beliau merupakan pengusaha Pasaraya M-eimani Muslim Factory HUB
