Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 1

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong!

Program Karnival Muslimat Masjid Bandar Bukit Puchong 2020.
Tema: Muslimah Kerana Dirimu Amat Berharga.
Tarikh: Ahad. 8 Mac 2020.
⏰: 6.15 pg – 10.00 mlm.

Pelbagai acara menarik untuk seisi keluarga bakal diadakan.

Antaranya adalah:

1: Solat Subuh berjemaah serta Tazkirah.

⏰: 6.15 pg – 7.15 pg.

2: Riadah Muslimah.

⏰: 7.15 pg – 8.00 pg.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 2

Riadah Muslimah ini akan dikendalikan oleh Maniac Fitness Recovery.

Muslimat yang menyertai riadah ini bakal diberikan sarapan pagi percuma.

3: 🎊🎉Majlis Perasmian.

⏰: 9.00 pg – 9.30 pg.

4: Bicara Santai Remaja Muslimah.

⏰: 9.30 pg – 10.30 pg.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 3

Tajuk: Muslimah Kerana Diri Mu Amat Berharga.
🎓: Ahli Panel oleh Pn Hamsatulazura Hamzah.
Bicara santai ini akan menekankan harga diri remaja, kepentingan maruah dan isu-isu sosial remaja.

5: Bicara Santai Muslimah.

⏰: 11.00 pg – 12.30 pg.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 4

Tajuk: Harta Ku, Harta Ku. Harta Mu, Harta Ku Jua.
🧕🏻: Penampilan istimewa Pn Hjh Abby Fana @ Kak Bed, Penyampai Radio Sinar FM sebagai Moderator.
🎓: Ahli Panel pula ialah Pn Marlina Amir Hamzah AMN dan Pn Siti Razasah Abd Razak dari Persatuan Peguam-peguam Muslim Malaysia. Kupasan isu-isu panas masa kini berkenaan harta wanita, harta sepencarian, pengurusan harta, faraid, hibah, wasiat dan pelbagai lagi.

6: Solat Zohor Berjemaah.

⏰: 1.30 ptg – 1.40 ptg.

7: Temuramah Bersama Dr Anda.

⏰: 2.30 ptg – 3.30 ptg.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 5

Tajuk: Kesihatan dan Kerjaya Wanita.
🧕🏻: Panel Dr Noor Bila binti Talib dari Poliklinik Medi-Nur.
Perbincangan topik-topik kesihatan muslimah amnya, soal jawab isu-isu kesihatan diri serta keluarga.

8: Acara Santai. Pelbagai Pertandingan.

⏰: 2.30 ptg – 4.30 ptg.

Pertandingan Masakkan Bonda

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 6

Juri oleh Chef Asma.
Pertandingan ini khusus untuk ibu gandingan bersama seorang anak gadis. Pertandingan memasak ini akan menampilkan Chef Asma sebagai Juri Jemputan.

D.I.Y Sandwich.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 7

Terbuka kepada anak-anak lelaki dan perempuan berusia 10 tahun hingga 15 tahun. Pertandingan ini menguji kreativiti anak-anak ini mencipta sandwich yang sihat lagi menyelerakan.

Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 8

Pertandingan yang popular ini diadakan khusus untuk kanak-kanak berusia 4 hingga 10 tahun.

9: Solat Asar berjemaah.

⏰: 4.55 ptg – 5.10 ptg.

10: 🏆🎁Acara Penyampaian Hadiah.

⏰: 5.15 ptg – 6.00 ptg.

11: Solat Maghrib berjemaah.

⏰ 7.30 mlm – 7.45 mlm.

12: Forum Each For Equal?

⏰: 8.00 mlm – 9.30 mlm.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 9

🎓: Ahli Panel oleh
Prof Madya Mohd Nor Mamat.
Senator Asmak Hussin.
Ustazah Isfadiah Mohd Dasuki.

Moderator: Tn Roslan Hanapiah.
Kupasan forum kali ini merujuk kepada tema hari wanita sedunia yang membicarakan mengenai hak sama rata untuk keadilan terhadap wanita menurut kaca mata Islam.

13: Flea Market.

⏰ 8. 00 pg – 6.00 ptg.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 10

Jualan menarik pelbagai gerai travel agen, makanan, pakaian, mainan kanak kanak, buku, alat elektrik pada harga yang berpatutan.

14: Pelbagai Booth.

⏰: 9.00 pg – 1.00 ptg.

Jom ke Karnival Muslimah Masjid Bandar Bukit Puchong! 11

Tabung Haji.
Bizzmilla Travel Tours.
Zakat Mobile.
Mobile Team KWSP.
Bank Rakyat.
Islamic Relief Malaysia.
Maniacs Fitness Recovery.
Dan Pelbagai lagi!

Jom! jumpa anda di sana ya!

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping