fbpx

‘Bihun Istimewa’ Cap Masjid India Tiada Sijil Halal Jakim – Pengarah Hab Halal

Artikel ini dikeluarkan oleh Astro Awani pada 11 Jun 2014

KUALA LUMPUR: ‘Bihun Istimewa’ cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Selasa.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.

Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik di laman sosial, pada Selasa.

Mengenai kicap ‘ABC Saus Manis’ yang didakwa menggunakan botol arak, Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan logo halal Jakim.

“Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan berdasarkan aduan orang awam,” katanya.

Hakimah berkata produk ‘ABC Saus Manis’ yang asli dikilangkan di Indonesia dan mempunyai pengesahan halal daripada badan pensijilan halal Majelis Ulama Indonesia (MUI) yang diiktiraf Jakim.

Sumber

Ekoran peristiwa ini, JAKIM juga ada memuat naik kenyataan di Facebook pada 10 Jun 2014 seperti berikut.

bihun_kotor

 

Adakah anda mencari Bihun yang disahkan Halal?

Bihun Sufi merupakan bihun alternatif bagi umat islam sekarang!

Hasil Siasatan, Pihak Berkuasa Mendapati Kilang Terbabit Turut Mengeluarkan Produk Bihun Yang Lain Iaitu Cap Kucing, Cap Kambing Dan Cap Timun. Sehubungan Dengan Itu, Premis Itu Diarah Tutup Serta Merta.

Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid 6

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd Roslan Mahyuddin mengarahkan semua peniaga menghentikan penjualan keempat-empat jenama berkenaan di pasaran.

“Kita tidak dapat memastikan berapa luas penjualan semua jenama bihun dikeluarkan oleh kilang berkenaan, namun kita akan melakukan pemantauan berterusan di premis lain. Kita beri amaran kepada peniaga supaya tidak lagi menjual jenama berkenaan kerana ia adalah satu kesalahan dan sekiranya mereka didapati masih menjualnya, kita tidak akan teragak-agak untuk mengenakan hukuman berat,” katanya.

Namun Begitu, Pihak Kilang Bihun Tersebut Tetap Berdegil Dengan Arahan Yang Diberikan Pihak Berkuasa Dan Bertindak Untuk Meneruskan Operasi Seperti Biasa

Sungguhpun arahan sudah dikeluarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menutup operasi kilang bihun di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, namun tinjauan mendapati kilang tersebut masih beroperasi.

Adakah kilang ini masih wujud?

Kilang Bihun Cap Masjid Musnah Terbakar

Kilang bihun yang gagal mematuhi aspek kebersihan dan diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, kira-kira jam 3 pagi pada 17 Jun 2014.

Kilang Bihun Cap Masjid Musnah Terbakar

Kilang bihun yang gagal mematuhi aspek kebersihan dan diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) minggu lalu dilaporkan musnah terbakar dalam kejadian kebakaran di Batu 7, Jalan Ipoh, kira-kira jam 3 pagi pada 17 Jun 2014.

Dalam Kejadian Itu, Empat Lagi Kilang Yang Terletak Berhampiran Turut Musnah Dijilat Api. 15 Anggota Bomba Dikerah Ke Lokasi Kejadian Pada Jam 3.25 Pagi.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Selayang, Azrul Khairi, pihaknya menerima panggilan pada jam 3.10 pagi. Dua jentera dengan 15 anggota dikerah ke lokasi kejadian dan tiba dilokasi kejadian 15 minit kemudian.

Katanya, ketika pasukan bomba tiba, api sudah hampir meranapkan kelima-lima unit kilang terbabit. “Pihak bomba terpaksa mengambil tindakan segera mengawal api daripada terus merebak ke beberapa lagi unit kilang berhampiran,” kata Azrul.

Pernah Dengar Bihun Cap Masjid? Sebagai Pembeli, Mungkin Anda Pernah Terbeli Produk Ini Di Pasaran.

 

Tapi Pernahkah Anda Lihat Gambar Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid Ini Di Selayang?

Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid

Lihat Gambar-Gambar Di Bawah. Jangan Terkejut Kerana Inilah Realiti Sebenar Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid.

Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid 2

Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid 3 Kilang Pemprosesan Bihun Cap Masjid 4

Beli Bihun Halal Secara Online

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!