Posted on Leave a comment

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 1

Saya selalu dihubungi oleh anak-anak muda yang berminat untuk menceburi bidang ternakan ayam.

Ini adalah apa yang boleh saya kongsikan berdasarkan pengalaman saya lebih dari 33 tahun dalam bidang ini.

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 2

Lahir dengan nama Ayam Bismi, idea perniagaan saya yang kuat didukung isteri yang juga merupakan Pengarah Urusan syarikat itu, Mazlina Kamarudin bermula pada 1988 setelah beliau menamαtkan pengajian dalam industri perladangan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Arau, Perlis.

Ketika saya keluar dari Institut Teknologi Mara (ITM) (kini UiTM) zaman inflasi jadi memang susαh nak dapat kerja, tetapi saya suka berniaga sejak di bangku sekolah sampai ke ITM.

“Selepas habis belajar, saya diperkenalkan dengan seorang rakan yang mengajak saya membuka perniagaan memproses ayam,”

Pusat pemprosesαn ayam pertama yang diusahakan dengan rakan kongsi saya itu terletak bersebelahan dengan rumah keluarga saya iaitu tapak asal Pusat Jualan Utama dan Ibu Pejabat Ayam Bismi ketika ini.

Saya masih ingat hari pertama saya sembeIih 50 ekor ayam yang dibeli daripada FAMA.

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 3

Itu pun bukan senαng kerana saya hanya mampu jual 10 ekor sahaja dan ayam yang tidak dapat dijual itu dibawa balik dan disimpan dalam peti sejuk rumah kawan kerana nak bawa balik risau ibu bapa bimbαng,

Di sebalik pelbagai ujian termasuk rakan kongsi saya menghilαngkan diri, saya memberanikan diri membuka ladang ternakan pertama di Binjal, Napoh, Kubang Pasu pada 1995 dengan kapasiti 20,000 ekor.

Itu pun ada cabαran apabila daripada 20,000 ekor anak ayam yang saya ternak hampir 80 peratus mαti kerana penyαkit hαwar. Tetapi kegαgalan itu tetap memberi pengajaran kepada saya untuk berhati-hati,

Bermula dengan sebidang tanah

Saya juga serik menyewa tanah selain dihadapkan dengan karenah tuan tanah, saya akhirnya membeli sebidang tanah dengan harga RM80,000 di Kampung Lampam, Pendang pada 1998 dan memindahkan ladang ternakan di Napoh ke kawasan itu.

Sehingga kini, dengan visi Peneraju Solusi Ayam Halal Untuk Ummah Di Malaysia, syarikat ini telah membuka sebanyak 18 ladang ternakan bersepadu dibuka di seluruh Kedah dengan kapasiti setiap ladang antara 20,000 hingga 235,000 ekor setiap kitaran.

Bukan itu sahaja untuk memastikan kualiti ayam yang dipasarkan pada tahap terbaik dan suci, syarikat ini turut membuka makmalnya sendiri melalui anak syarikat, Naka Biolife Sdn. Bhd. dengan pelaburan lebih RM250,000 demi memastikan proses penjagaan pemakanan ayam ternakan bebas daripada penyαkit dan sisα khinzir.

Dari 50 ekor hingga ke 18 ladang ternakan 4

Syarikat ini juga mempunyai doktor veterinar sendiri yang bukan sahaja untuk memastikan produksi ternakan berjalan lancar mengikut jadual tetapi ternakan yang sihat dan selamat dimakan oleh pelαnggan.

Syarikat saya turut mempunyai kilang memproses ayam di Simpang Empat Alor Setar yang dilengkapi peralatan moden untuk melancarkan urusan pemprosesan ayam selain mempunyai sijil pengesahan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Kilang Ayam Bismi juga mempunyai Sijil Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) daripada Bahagian Kualiti Makanan Kementerian Kesihatan, ini bermakna kilang ini dikehendaki mematuhi prosedur amalan perkilangan baik dan bersih.

Mempunyai lebih 600 ejen di seluruh negara

Dari segi jualan, Ayam Bismi mempunyai 16 peruncit di Kedah dan Perlis serta lebih 600 ejen atau stokis di seluruh negara untuk menjual pelbagai produknya termasuk ayam segar beku serta produk nilai tambah seperti bertih jagung ayam, ayam perap, bebola ayam, ayam kisar dan rempah ayam goreng tandoori.

Selain itu, syarikat ini juga terkenal dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatannya termasuk menubuh Rumah Makan Percuma (RMP) yang menyediakan makan tengah hari percuma kepada masyarakat setempat dalam kalangan asnaf dan mereka yang terjejαs akibat pαndemik Covid-19.

Sumber: Utusan Online

Baca lanjut: Ayam Bismi menyumbang RM200,000 zakat dan RM150,000 kepada Masjid At-Taqwa pada Tahun 2019

Dapatkan produk ayam bismi di Azzainmart

Posted on Leave a comment

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup.

KILANG MEMPROSES REMPAH

Kuala Lumpur – keadaan tidak memuaskan dan menjijikkan. Begitulah hasil tinjauan terhadap sebuah kilang memproses rempah yang tidak mematuhi etika kebersihan di tempat memproses makanan.

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 5

Menurut Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar ditugaskan membuat pemeriksaan terhadap sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo pada 5 Mac 2021.

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 6
Pegawai kesihatan meletakkan notis penutupan.

Pemeriksaan oleh 6 orang pegawai kesihatan mendapati ;

  • “Tahap kebersihan premis tidak memuaskan dan terdapat urungan tikus mati dan lipas berserta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan gudang/stor produk siap”.
Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 7
Bangkai tikus dan lipas berserta najis disekitar mesin memproses rempah
  • Lantai, dinding serta peralatan dan kelengkapan pemprosesan kotor, berdebu dan usang”.
  • “Bahan mentah/makanan diletakkan kurang 0.45cm dari aras lantai”.
Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 8
keadaan stor, susunan bungkusan dan mesin yang usang dan berdebu.
  • “Susunan stor tidak dikemas dengan baik dan tidak mengamalkan amalan FIFO“.
  • “Pengendali makanan seramai 25 orang (11 warga asing) bagaimanapun mempunyai suntikan tifoid dan hadir kursus pengendali makanan”.
Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 9

Sehubungan itu, tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah UUK 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuatkuasa 6 Mac 2021 dan kompaun UUKPPM (WPKL) 2016 UUK 25 (1)(c ) – JKAS 095859 telah dikeluarkan.

Pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis pengendali / pemprosesan makanan oleh DBKL diteruskan dari semasa ke semasa.

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 10
Jenama kilang rempah yang diserbu.

Sumber : Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Tiada Sijil Halal? Tetapi masih yang ramai tidak sedar.

Kami telah membuat semakan melalui Direktori Halal Malaysia yang disediakan oleh JAKIM (http://www.halal.gov.my/) tetapi carian nama produk dan juga nama syarikat tidak memaparkan sebarang sijil halal yang dimiliki.

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 11

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup. 12

Carian melalui platform Facebook juga turut menujukkan ramai dikalangan pengguna muslim yang masih menggunakan produk rempah jenama Gemini ini.

Perkara ini amat membimbangkan kerana mereka menggunakan produk yang masih diragui status Halalnya daripada pihak JAKIM.

Jenama Gemini ini turut didapati dijual di Shopee daripada akaun ‘Gemini Official Shop’. Pelbagai jenis makanan dan rempah juga ditawarkan.

Mungkin perkara ini memudahkan pengguna non-muslim untuk dapatkan produk serta tiada masalah untuk menggunakannya. Tetapi, bagaimana pula kepada pengguna muslim?

Makluman Terkini Daripada Pihak Kilang.

Pihak kami telah membuat semakan terhadap isu penutupan Kilang Memproses Rempah dan mendapati kilang ini telah mula beroperasi semula dengan keizinan penuh dan kelulusan daripada DBKL.

“Walaubagaimanapun, isu mengenai status Halal Produk masih diragui kerana tiada apa-apa paparan mengenai syarikat di laman web rasmi JAKIM“.

“Kami, Gemini Flour Mills (M) S / B dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami telah memulakan semula operasi perniagaan kami setelah mendapat izin penuh dan kelulusan undang-undang dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) selepas mesyuarat rasmi kami dalam menjelaskan video yang banyak disiarkan dalam sosial media baru-baru ini.

Pemeriksaan penuh oleh doktor dan kakitangan yang telah diiktiraf oleh pihak DBKL telah dijalankan di premis kilang pada 8 Mac 2021.

Keputusannya telah membuktikan bahawa video yang disebarkan di media sosial merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pegawai yang ditugaskan telah berpuas hati dengan susun atur dan operasi pengeluaran kilang kami semasa lawatan baru-baru ini dan menemukan penyelesaian yang baik antara kedua-dua pihak.

Sekali lagi, kami kesali masalah yang menular namun kami tidak akan memandang remeh dalam menjamin kualiti produk kami.

Kami akan sentiasa mengekalkan dan meningkatkan kualiti kami selama bertahun-tahun. Kami juga akan mematuhi garis panduan yang diperlukan dalam industri makanan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL dan kakitangan yang terlibat kerana telah bekerjasama dalam menjaga imej jenama kami dan membantu kami menyelesaikan isu video yang menular ini dengan cara yang terbaik.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada pelanggan setia kerana masih menyokong dan menjadi tonggak terbesar dan berharap ia akan terus berterusan.

Yang benar, Pengurusan Gemini Flour Mills (M) S/B

Catatan: Kami mengharapkan sokongan dan kerjasama anda yang berterusan untuk tidak melayan berita palsu yang tular tanpa maklumat yang mencukupi.

Selain itu, kami meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin berkenaan. Kami menantikan kerjasama dan sokongan anda. Terima kasih”.

Sumber: Facebook Gemini Flour Mills

Pandangan AzZainMart

“Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang bersih dan diyakini Halal.

Bukan sahaja dari aspek kebersihan dalam proses pembuatan, malah dari segi status Halal produk juga perlu dititikberatkan”.

Oleh itu, kami AzZainMart ingin menyeru kepada anda untuk bersama-sama menyokong dan menggunakan produk buatan muslim yang diyakini berkonsepkan Halalan Toyyiban.

Disini kami memberi anda alternatif yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PRODUK MUSLIM yang ada di pasaran.

Produk-produk ini bukan sahaja sudah memiliki sijil halal JAKIM tetapi tahap kebersihan dan kualiti produk juga terjamin.

BACA LANJUT: Lawatan Ke Kilang Rempah Cap O

Posted on 4 Comments

Cara Mudah Menyediakan Sambal Kacang & Satay Jamilah Mansor

JM_sambal kacang 500g

Cara Mudah Menyediakan Sambal Kacang & Satay Jamilah Mansor

Kali ni kami ingin kongsikan cara mudah dan ringkas menyediakan kuah kacang menggungakan Sambal Kacang & Satay Jamilah Mansor. Kuah sambal kacang ni sebenarnya penentu keseluruhan menu kita tu sedap ke tak. kalau tengok tetamu sampai habiskan kuah kacang yang kita sediakan tu, fuhh itu maknanya sedap la tu.
JM_sambal kacang 500g jamilah mansor
Bila musim perayaan ni kalau masak menu yang ada guna kuah kacang macam nasi impit, satay, atau ketupat tu jangan kalut sangat nak cari macam-macam bahan.
Sekarang dah ada Sambal Kacang Ketupat & Satay Jamilah Mansor. Senang je nak sediakan. Cepat pulak. Tak payah risau dah kacang hangit ke, terlebih pedas ke atau pun tak sedap.
Ha.. ni kami kongsikan langkah-langkah penyediaan.
JM_sambal kacang 500g

Beli online Jamilah Mansor Sambal Kacang Ketupat & Satay 500g. Klik di sini: https://goo.gl/5hCByf

4 langkah mudah menyediakan Sambal Kacang Jamilah Mansor.

 
1. Tumis bunga cengkih, bunga lawang, kayu manis dan sebiji bawang yang dihiris dengan sedikit minyak.
2. Masukkan air bersama daun pandan, biarkan sehingga mendidih.
3. Masukkan Sambal Kacang Ketupat & Satay Jamilah Mansor dan masak sehingga naik minyak.
4. Hidangkan bersama satay, ketupat,nasi impit atau lontong.
 
Masya Allah, 4 langkah je. kalau tak boleh buat jugak tak tau nak cakap apa dah. 😂😂
Sambal kacang ketupat satay jamilah mansor 150g
Beli online Jamilah Mansor Sambal Kacang Ketupat & Satay 150g. Klik di sini: https://goo.gl/QtH6NX
Sambal Kacang Ketupat & Satay Jamilah Mansor ni ada 2 saiz satu 500g dan 150g. Beli lah ikut keperluan masing-masing tak perlu membazir.

Jamilah Mansor Sambal Kacang Pecal 150g

sambal pecal jamilah mansor 150g
Beli online Jamilah Mansor Sambal Kacang Pecal 150g. Klik di sini: https://goo.gl/4xMy7S
Jenama Jamilah Mansor (JM) ni terkenal jugak dengan Sambal Kacang Pecal. Sambal ni sesuai dimakan bersama sayur-sayuran yang dicelur atau direbus seperti pucuk ubi, kangkong, kacang panjang, nangka atau jantung pisang.

Selain itu, boleh jugak dijadikan sos pencicah kepada cucur udang, tauhu sumbat, keropok lekor dan cakoi.

Semua produk di atas boleh dapatkan di mana-mana kedai Az-Zain berdekatan atau beli online pun boleh. Free Delivery. Harga sama dengan di kedai. Kalau nak tengok produk-produk yang kami jual online klik sini: https://goo.gl/a6mBVu