KILANG MEMPROSES REMPAH

Bangkai tikus dan lipas disekitar? Kilang Memproses Rempah Ditutup.

Kuala Lumpur – keadaan tidak memuaskan dan menjijikkan. Begitulah hasil tinjauan terhadap sebuah kilang memproses rempah yang tidak mematuhi etika kebersihan di tempat memproses makanan.

Menurut Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Unit Kawalan Makanan, Jabatan Kesihatan & Alam Sekitar ditugaskan membuat pemeriksaan terhadap sebuah kilang memproses rempah di Jalan Terolak, Taman Bamboo pada 5 Mac 2021.

Pegawai kesihatan meletakkan notis penutupan.

Pemeriksaan oleh 6 orang pegawai kesihatan mendapati ;

  • “Tahap kebersihan premis tidak memuaskan dan terdapat urungan tikus mati dan lipas berserta najis di sekitar ruang pemprosesan makanan dan gudang/stor produk siap”.
Bangkai tikus dan lipas berserta najis disekitar mesin memproses rempah
  • Lantai, dinding serta peralatan dan kelengkapan pemprosesan kotor, berdebu dan usang”.
  • “Bahan mentah/makanan diletakkan kurang 0.45cm dari aras lantai”.
keadaan stor, susunan bungkusan dan mesin yang usang dan berdebu.
  • “Susunan stor tidak dikemas dengan baik dan tidak mengamalkan amalan FIFO“.
  • “Pengendali makanan seramai 25 orang (11 warga asing) bagaimanapun mempunyai suntikan tifoid dan hadir kursus pengendali makanan”.

Sehubungan itu, tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah UUK 28(1) UUK Pelesenan Petempatan Makanan (WPKL) 2016 berkuatkuasa 6 Mac 2021 dan kompaun UUKPPM (WPKL) 2016 UUK 25 (1)(c ) – JKAS 095859 telah dikeluarkan.

Pemeriksaan dan pemantauan terhadap premis pengendali / pemprosesan makanan oleh DBKL diteruskan dari semasa ke semasa.

Jenama kilang rempah yang diserbu.

Sumber : Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur

Tiada Sijil Halal? Tetapi masih yang ramai tidak sedar.

Kami telah membuat semakan melalui Direktori Halal Malaysia yang disediakan oleh JAKIM (http://www.halal.gov.my/) tetapi carian nama produk dan juga nama syarikat tidak memaparkan sebarang sijil halal yang dimiliki.

Carian melalui platform Facebook juga turut menujukkan ramai dikalangan pengguna muslim yang masih menggunakan produk rempah jenama Gemini ini.

Perkara ini amat membimbangkan kerana mereka menggunakan produk yang masih diragui status Halalnya daripada pihak JAKIM.

Jenama Gemini ini turut didapati dijual di Shopee daripada akaun ‘Gemini Official Shop’. Pelbagai jenis makanan dan rempah juga ditawarkan.

Mungkin perkara ini memudahkan pengguna non-muslim untuk dapatkan produk serta tiada masalah untuk menggunakannya. Tetapi, bagaimana pula kepada pengguna muslim?

Makluman Terkini Daripada Pihak Kilang.

Pihak kami telah membuat semakan terhadap isu penutupan Kilang Memproses Rempah dan mendapati kilang ini telah mula beroperasi semula dengan keizinan penuh dan kelulusan daripada DBKL.

“Walaubagaimanapun, isu mengenai status Halal Produk masih diragui kerana tiada apa-apa paparan mengenai syarikat di laman web rasmi JAKIM“.

“Kami, Gemini Flour Mills (M) S / B dengan sukacitanya memaklumkan bahawa kami telah memulakan semula operasi perniagaan kami setelah mendapat izin penuh dan kelulusan undang-undang dari DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) selepas mesyuarat rasmi kami dalam menjelaskan video yang banyak disiarkan dalam sosial media baru-baru ini.

Pemeriksaan penuh oleh doktor dan kakitangan yang telah diiktiraf oleh pihak DBKL telah dijalankan di premis kilang pada 8 Mac 2021.

Keputusannya telah membuktikan bahawa video yang disebarkan di media sosial merupakan suatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab.

Pegawai yang ditugaskan telah berpuas hati dengan susun atur dan operasi pengeluaran kilang kami semasa lawatan baru-baru ini dan menemukan penyelesaian yang baik antara kedua-dua pihak.

Sekali lagi, kami kesali masalah yang menular namun kami tidak akan memandang remeh dalam menjamin kualiti produk kami.

Kami akan sentiasa mengekalkan dan meningkatkan kualiti kami selama bertahun-tahun. Kami juga akan mematuhi garis panduan yang diperlukan dalam industri makanan.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak DBKL dan kakitangan yang terlibat kerana telah bekerjasama dalam menjaga imej jenama kami dan membantu kami menyelesaikan isu video yang menular ini dengan cara yang terbaik.

Ucapan terima kasih diucapkan kepada pelanggan setia kerana masih menyokong dan menjadi tonggak terbesar dan berharap ia akan terus berterusan.

Yang benar, Pengurusan Gemini Flour Mills (M) S/B

Catatan: Kami mengharapkan sokongan dan kerjasama anda yang berterusan untuk tidak melayan berita palsu yang tular tanpa maklumat yang mencukupi.

Selain itu, kami meminta orang ramai supaya tidak menyebarkan khabar angin berkenaan. Kami menantikan kerjasama dan sokongan anda. Terima kasih”.

Sumber: Facebook Gemini Flour Mills

Pandangan AzZainMart

“Sebagai seorang muslim, kita digalakkan untuk mengamalkan pemakanan yang bersih dan diyakini Halal.

Bukan sahaja dari aspek kebersihan dalam proses pembuatan, malah dari segi status Halal produk juga perlu dititikberatkan”.

Oleh itu, kami AzZainMart ingin menyeru kepada anda untuk bersama-sama menyokong dan menggunakan produk buatan muslim yang diyakini berkonsepkan Halalan Toyyiban.

Disini kami memberi anda alternatif yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai PRODUK MUSLIM yang ada di pasaran.

Produk-produk ini bukan sahaja sudah memiliki sijil halal JAKIM tetapi tahap kebersihan dan kualiti produk juga terjamin.

BACA LANJUT: Lawatan Ke Kilang Rempah Cap O

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Khidmat Pelanggan

Hubungi talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173 atau 03-55230323.

Hantar sebarang komen atau aduan berkenaan perkhidmatan melalui email [email protected] atau [email protected]

AzZainMart

Pembayaran

SenangPay
SenangPay-Payment

Logistik

Hubungi Kami

Laman Sosial Kami

Copyright © 2020 azzainmart.com | Cap dagangan AzZainMart dimiliki oleh YAQIN MART SDN BHD (1200250-K)

Shopping cart

0

No products in the cart.

%d bloggers like this: