Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran

Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran

Menggunakan logo halal tanpa kebenaran sejak dua bulan lalu

SHAH ALAM – Perbuatan sebuah syarikat memproses mi segera mengaut untung dengan menggunakan logo halal tanpa kebenaran sejak dua bulan lalu mengundang padah selepas diserbu dalam kejadian di Taman Industri Integrasi Rawang, di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu telah menyita 1,128,872 pek mi segera dianggarkan RM1.49 juta menerusi Ops Halal dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor.

Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran 1

Pengarahnya, Muhamad Zikril Azan Abdullah berkata, serbuan itu hasil maklumat dan risikan pihaknya sejak sebulan lalu terhadap penggunaan logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) oleh syarikat berkenaan walaupun telah dibatalkan sejak Oktober tahun lalu.

Premis kotor dan bahan mentah diletakkan di atas lantai kilang.

Katanya, penarikan sijil halal itu berikutan kegagalan dalam mematuhi standard pemegang sijil halal seperti ditetapkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

“Ini termasuk premis kotor dan bahan mentah yang diletakkan di atas lantai kilang.

“Wakil syarikat memaklumkan telah membuat permohonan rayuan namun ditolak JAIS susulan gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap teguran yang dibuat pihak JAIS,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zikril, pihaknya turut menemui sejumlah 258 gulung, 2,696,00 unit plastik pembungkus dan hampir 42,000 unit kotak pembungkus yang menggunakan logo halal yang telah dibatalkan penggunaan oleh JAIS.

Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran 2
Semakan dari gambar yang disertakan tertera perkataan “VIT’S FRESH RAMEN”

Kata beliau, kes disiasat mengikut Perenggan 4 Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 kerana membekalkan atau menawarkan makanan dengan membuat sebarang representasi bagi memperdayakan orang Islam bahawa makanan itu boleh dimakan.

“Sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM5 juta dan bagi kesalahan berikut, denda tidak lebih RM10 juta untuk perbadanan,” ujarnya.

Jelas beliau, kes turut disiasat mengikut Peraturan 4 Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011. -K!ONLINE

Sumber: Kosmo

Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran 3
Carian di Google Search berkaitan “Vit’s Fresh Ramen” menunjukkan kotak yang sama seperti dalam gambar dimuatkan dalam berita Kosmo.

Pandangan AzZainMart

Pihak kami cuba menjejaki jenama yang dipaparkan dalam berita ini dan mendapati kotak pembungkusan ini menyerupai jenama seperti yang dipaparkan.

Kami juga membuat semakan di Direktori Halal Malaysia yang disediakan oleh JAKIM (http://www.halal.gov.my/) tetapi carian nama produk dan juga nama syarikat tidak memaparkan sebarang sijil halal yang dimiliki.

Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran 5
Lebih 1juta pek mi segera dirampas guna logo halal tanpa kebenaran 6

Kami berpendapat adalah tidak wajar bagi sebuah syarikat korporat yang memiliki pelbagai sijil lain seperti GMP, HACCP dan MeSTI ini tidak berjaya memperbaharui sijil halal mereka.

Kami menyokong penuh usaha JAKIM, JAIS dan KPDNHEP dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan halal supaya umat islam khususnya dapat menikmati produk makanan yang terjamin status halal.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping