#BMF - Buy Muslim First 1

#BMF – Buy Muslim First

#BMF – Episode 2 | Pasaraya AzZainMart Shah Alam

Buy Muslims First adalah contoh sokongan terhadap perniagaan Muslim, tapi nak tahu juga bagaimana perniagaan mereka?

Kerja keras antara yang diperlukan untuk mengukuhkan penguasaan ekonomi di kalangan Muslim dalam pelbagai sektor dan ianya haruslah bermula dengan kesedaran.

Ikuti #BMF episod 2 bersama Datuk Nadzim Johan mengenai realiti peniaga-peniaga Muslim hanya di TV Pertiwi.

#BMF – Episode 1 | Pasaraya AA Cash & Carry Selayang

Kempen utamakan produk-produk Muslim atau lebih dikenali Buy Muslims First (BMF) telah dilancarkan bagi menyokong ekonomi produk-produk Muslim.

Mari bersama dengan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya mengetahui lebih lanjut tentang kempen yang dijalankan ini.

Maksud BMF atau dikenali dengan Buy Muslim First adalah kempen untuk menyarankan orang-orang islam terutamanya orang melayu untuk membantu membeli produk orang islam dan terutama orang melayu terlebih dahulu berbanding dengan produk-produk lain.

#BMF - Buy Muslim First 2

Tujuannya ialah supaya dengan ini kita memberi ruang, memberi peluang kepada peniaga-peniaga melayu untuk memasarkan produk mereka dengan lebih luas lagi selama ini mereka tidak dapat peluang-peluang berkenaan.

Jadi kita harap dengan kempen ini, mereka memenuhi peluang itu, dengan itu insyaAllah. perniagaa mereka akan lebih maju, berkembang dan akhirnya impaknya akan terkesan dengan seluruh komuniti.

Bukan sahaja harga kurang, malah ekonomi orang melayu juga akan meningkat.

#BMF - Buy Muslim First 3

Dan apabila ekonomi orang melayu meningkat, maka akan lahirlah satu komuniti yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh, dan akhirnya lahirlah satu negara yang mempunyai penduduk yang boleh berdamai, memberi kelestarian, yang dicita-citakan oleh kita semua di negara ini.

Inilah sebenarnya tujuan kita adakan kempen BMF.

Apabila kita melancarkan kempen BMF ini, kta tidak sama sekali bermaksud untuk memboikot produk-produk yang dihasilkan oleh bukan islam ataupun bukan melayu.

#BMF - Buy Muslim First 4

Kita hanya sekadar untuk umat islam membeli produk-produk orang melayu terlebih dahulu.

Jadi tidak timbul persepsi-persepsi negatif yang diberikan oleh pihak-pihak tertentu yang nak menggagalkan kempen ini.

Ini terbukti apabila tuan-puan melihat dalam kedai orang melayu ini, terdapat produk-produk non-muslim juga.

#BMF - Buy Muslim First 5

Jadi bukan sahaja produk orang bukan islam sahaja yang ada dikedai ini.

Ini membuktikan bahawa, kempen ini bukan membawa satu sentimen racist ataupun sentimen untuk memboikot produk-produk non-muslim yang lain.

Jadi kalau ada kenyataan-kenyataan yang seperti itu, saya sangat berharap bahawa masyarakat sekian dapat mengenepikan dan menerus beristiqomah terhadap kempen BMF ini

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping