AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 1

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami

KEMASKINI: KEPUTUSAN KES MAHKAMAH AZZAINMART

Baru-baru ini kami mendapat maklum balas terdapat gesaan memboikot #AzZainMart yang merupakan kedai produk halal tiruan.

Ini Jawapan Kami

Apa yang ingin kami jelaskan adalah:

Bermula sejak 2008 dengan papan tanda AZZAINMART

AzZainMart telah bermula sejak 2008 dengan menggunakan papan tanda AzZainMart di Seksyen 17, Shah Alam dan bertambah cawangan di bawah pengurusan yang sama sehinggalah 7 cawangan pada hari ini.

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 2
Cawangan pertama di Seksyen 17, Shah Alam pada 2008 dan masih wujud hingga hari ini.

Kami konsisten menjual produk halalan thoyyiba dan menjalankan tanggungjawab sebagai peneraju kedai halal di Malaysia.

Tiada Produk Tiruan Di AzZainMart

Tiada produk tiruan di AzZainMart. Sekiranya anda berbelanja di sini, anda telah membantu lebih 1300 produk daripada 150 usahawan muslim dan 20 pekerja muslim untuk terus meningkatkan ekonomi masing-masing.

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 5

Hala tuju AzZainMart

Apakah hala tuju kami? AzZainMart fokus untuk membangunkan kedai rangkaian produk halal di seluruh Malaysia. Kami fokus membantu para usahawan muslim memasarkan produk mereka di pelbagai medium.

AzZainMart-KL-dalam-web-3

Kami berasa seronok dan bangga melihat produk muslim juga semakin mendapat tempat di hati masyarakat dan juga ada yang telah ke pasaran antarabangsa.

Memfailkan Cap Dagangan Di MyIPO

Kami juga telah mendapatkan khidmat nasihat dari MyIPO dan telah mendaftarkan trademark AzZainMart bagi mengukuhkan jenama di pasaran. Kami percaya pelanggan kami mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap halal mart yang kami usahakan ini.

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 6

Menyokong Kedai Halal Mart Lain

Kami juga akan terus menyokong kedai halal mart lain sebagai rakan strategik kami.

Tidak kira apa nama yang digunakan, kami akan terus menyokong, memberi hebahan dan memberi pandangan yang bersesuaian.

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 7

Kami juga sentiasa memberi makluman kepada pelanggan bahawa jika tiada cawangan kami yang berdekatan, boleh berkunjung ke halal mart lain yang berdekatan. Insya Allah mereka bawa konsep yang sama, tujuan yang sama.

Sebagai penutup, kami berharap agar para pelanggan kami, bakal pelanggan dan semua pihak jelas dengan isu semasa yang berlaku. Kami berpendapat ada isu yang lebih penting untuk diberi perhatian.

Semoga semua pihak dipermudahkan segala urusan dan terima kasih menyokong produk halalan thoyyiba!

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan boleh hubungi 013-7195173.

Keyakinan Anda, Keutamaan kami!

Ikhlas dari

Hazwan Jaludin
Ketua Pegawai Operasi

Pendapat masyarakat:

AzZainMart Bukan Tiruan

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 8
AzZainMart ni bukan tipu. Mereka Asalnya memang cawangan AzZainMart sama seperti cawangan-cawangan lain kan? Mereka 100% Muslim product. Cuma saya perasan juga mereka buat nama baru AzZainMart tu. Bagi saya sendiri, memang tak keliru. Sebab saya tau AzZainMart yang Ori (Dr Zainol kan pengasas?) lain dengan AzZainMart ni.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 9
Musykil betul, az zain my ni macam tahun ni je buka fb account, sedangkan AzZainMart ni dah lama ada kat FB. Sekarang baru nak claim ke? az zain my ni dari negara yang suka claim ke?
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 10
Kat sini boleh nampak attitude peniaga tu macam mana. Kalau saya, saya pilih peniaga yang bersaing secara sihat. Buka yang mengajak orang boikot pesaing dia.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 11
Lantakla. selalu je beli di Seksyen 15. Memang banyak jenama yang tak pernah dengan tapi islam punya so tak ada masalah rasanya kalau beli mana-mana. bersaing secara sihat je la. Tapi tengok komen azzainy kemain rajin reply komen bagitau dia yang ori. Walhal di page azzainmart reply bersaing secara sihat. hmmm. melayu dan melayu pun nak gaduh kerr.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 12
Azzainmart siap ada jual ayam Dr Zainol lagi. Adakah ayam tu fake juga? tapi kalau sama-sama halal & muslim punya. tak payah lah nak boikot memboikot. benda boleh bawak bincang. jangan sampai ada yang cantas mencantas. bersaing secara sihat demi kebaikan ummah lagi banyak kedai halal lagi baik ummah banyak pilihan. tak kira lah mart ke my ke.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 13
Admin azzainmy pun padam komen saya. triggerd agaknya. serius saya rasa something wrong dengan azzainmy, bukan azzainmart

Saya punya komen bukan kena delete ja, dia siap block saya.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 14
Tak perlu sampai mention tiruan rasanya. AzZainMart tu owner Haji J memang muslim dan banyak support pengusaha muslim juga. kami cawangan azzain lain pun ada ambil barang di sana. Isi sebenar hanya guna nama tambah Mart tu. Mereka juga asalnya cawangan AzZainMart. 1st kedai di seksyen 15 Shah Alam tu. Then kembang jadi 7 kedai AzZainMart tu. Harap tiada pertelingkahan serius. Ekonomi dan business Muslim baru nak up. Ada masalah jangan sampai aib-aib begini. Settle belakang tabir. Nanti non Muslim bertambah tak respect. Wallahua’lam. Moga Allah permudahkan dua-dua pihak.

AzZainMart Menyokong Halal Mart Lain

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 15
Satu benda yang saya tengok komen Azzainmart amat positif. Contohnya Azzainmart menyarankan pelanggan pergi ke halal mart lain sekiranya tiada cawangan Azzainmart yang berdekatan. Dan Azzainmart tagged AzZainMart my bila ada yang nak jadi agen produk AzZainMart. Tiada provokasi tiada kata-kata negatif seperti boikot dikeluarkna. Saya sokong produk muslim yang halal & toyyiban.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 16
ni pendapat peribadi saya, secara logiknya tengok FB page Azzainmy n azzainmart, azzainmy baru je create May 2019 dah claim dia yang ori? Sedangkan azzainmart dah lama ada FB page nye. Compare followers pun azzainmy baru 700+, azzainmart 15k+. Baca komen pun admin masing-masing pulak, Azzainmart tak ada condemn kedai halal lain malah suggest orang untuk pergi mana-mana je kedai halal lain malah suggest orang untuk pergi mana-mana je kedai halal lain kerana konsepnya tetap sama iaitu halalan toyyiban. Tapi azzainmy ajak orang boikot azzainmart. So siapa busuk hati sebenarnya? Maybe azzainmart beroperasi lebih awal tapi trademark dan logo tidak didaftarkan.

Kata-Kata Sokongan Dari Pelanggan

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 17
Allah nak angkat martabat tuan sekeluarga dengan datangkan ujian. teruskan.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 18
Assalam. Azzainmart adalah syarikat yang telah membantu S&M Barakhah Food dan ramai usahawan Melayu dalam memasarkan produk mereka. Kami doakan semua akan selesai dengan baik.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 19
Tahniah ya semoga maju dan berjaya. Pastikan pasaraya AzZainMart hasil produk orang Islam sahaja barang-barang disusun kemas, bersih kaki tangan mesra pelanggan. Insya Allah pasti ramai orang datang.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 20
Az Zain My pun satu. tak perlu la nak buat status tutup periuk nasi orang lain, tak usah la berdengki bagai dalam berniaga. Orang melayu patut sokong orang melayu yang lain. Bukan menjatuhkan sesama bangsa. Semoga Azzainmart terus success dan semoga Allah pelihara business tuan. amin.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 21
Kit ada perkara lain yang lebih besar untuk diperjuangkan. Tak perlu nak suluh benda yang kecik. Sokong ja peniaga yang orang kita jalankan. Azzain ka Azzainart ka. Azzain hypermarket ka, Yang penting orang kita yang berjaya. Saya dah pi ke kedai azzainmart ni. Semya produk dalam tu adalah produk keluaran muslim termasuk dalam dan luar negara, jika tak silap saya tak ada satupun produk non muslim kat sini. Nak susu ka. nak air bikarbonat ka. nak beras ka, nak apa pun semua disediakan dengan jenama keluaran muslim. kalau siapa nak buat azzainsupermarket pulak nanti habaq mak. kita support jugak.
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 22
Semoga rahmat & perlindungan Allah bersama tuan sekeluarga. Terima kasih kerana supply barangan halal untuk kami orang Shah Alam sejak bertahun-tahun lamanya.

Kekecohan Yang Ditimbulkan

Memplagiat logo serta jenama

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 23

Page FB AZ ZAIN MY telah membuat tuduhan tidak berasas sedangkan jenama ini sudah mula digunakan sejak 2008 lagi.

Menjual Ayam Yang Diragui Halal

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 24

AzZainMart tidak menjual ayam yang diragui kehalalan. Ini merupakan satu tuduhan berat yang dilontarkan.
Link berita yang diberikan juga tiada kena mengena dengan AzZainMart. Boleh rujuk di sini: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/454295/padah-guna-logo-halal-tanpa-kebenaran

Katanya, pihaknya menyita beberapa bahan promosi daripada syarikat itu untuk siasatan lanjut manakala pemiliknya akan dipanggil untuk menyalurkan maklumat lanjut.

“Penyembelih juga mempunyai sijil tauliah selain semua pekerja mematuhi prosedur bekerja dan tiada ketidakpatuhan di kilang penyembelihan ayam dikesan.

Menyeru Boikot

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 25

Ajakan yang tidak sihat dengan membuta tuli memboikot ini merupakan satu tindakan yang tidak wajar dilakukan tanpa usul periksa.

Mengelirukan Orang Awam Dengan Laporan Polis

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 26

Laporan polis yang disertakan dan pautan berita tiada kena mengena dengan AzZainMart. Pihak FB Page AZ ZAIN MY sengaja menimbulkan kekecohan dengan niat buruk.

Dr Mumtaz Abd Razak, 56, menunjukkan salinan laporan polis yang dibuat di Balai Polis Semenyih, di Selangor baru-baru ini ekoran produk hasil keluarannya diciplak pihak lain dan menggunakan logo halal tidak sah.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31584

AzZainMart tidak mengeluarkan atau menghasilkan sebarang jenama Ayam atau mempunyai kilang Ayam untuk menciplak produk pihak lain. Kami hanya fokus memasarkan produk keluaran usahawan muslim dari Seluruh Malaysia di Lembah Klang.

Menumpang Publisiti Supaya Dikenali Ramai

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 27

Ini adalah tidak tepat kerana AzZainMart konsisten membuat hebahan dengan usaha dan kreativiti sendiri membangunkan jenama ini sejak 2008. Page FB AZ ZAIN MY yang baru dibuat pada 2019 ini pula yang membuat tuduhan.

Tiada Tawaran Kerjasama Diterima Seperti Didakwa

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 28

Sehingga artikel ini ditulis, tiada tawaran untuk memberi kerjasama dengan baik diterima.

Tidak konsisten dalam membuat kenyataan.

Page FB AZ ZAIN MY banyak membuat perubahan mengelirukan kepada orang awam secara sengaja dan niat buruk berdasarkan hantaran yang dikemaskini dan juga telah dipadam.

Mendakwa memiliki 400 cawangan

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 29

Sedangkan mereka hanya mempunyai 120 PENGEDAR dan bukannya CAWANGAN.

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 30

Dakwaan ini sengaja ditimbulkan untuk memberi kekecohan kepada orang awam terhadap jenama AzZainMart.

Mengelirukan Orang Awam Sebagai Pekedai Runcit

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 31

Page FB AZ ZAIN MY dengan sengaja mencetuskan kekecohan dan mengelirukan orang awam sebagai pekedai runcit yang beroperasi di Semenyih.

Ekoran hal ini, kami telah menerima aduan dari orang ramai yang telah ke sana untuk berkunjung ke kedai runcit tetapi hampa dengan maklumat yang mengelirukan.

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 32
AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 33

Kekeliruan yang ditimbulkan dengan sengaja telah membuatkan orang awam menggunakan maklumat yang tidak tepat.

Menyekat Orang Awam Mendapatkan Maklumat

AZZAINMART TIRUAN? Betul ke? Ini jawapan kami 34

Orang awam yang bertindak untuk mendapatkan maklumat dengan bertanya soalan-soalan yang relevan juga disekat dari Page FB AZ ZAIN MY serta merta. Ini menunjukkan mereka tidak telus dalam memberi maklumat dan juga dengan sengaja menimbulkan kekecohan.

Apa pendapat ada? boleh kongsikan di ruangan komen di bawah.

12 comments

    saya pengusaha murtabak ayam dan daging frozen berskala mikro. bagaimana cara produk² kami dapat memasuki rangkaian kedai AzZainMart?

      hubungi cik hidayah 0133653934

    Tolong buka di Banting satu, dulu ada, macam- macam barang ada, tapi sekarang dah tutup.

      Insya Allah. moga ada halal mart yang bagus dibuka di sana.

    Bersempena dgn kempen #BMF ni, xde perancangan nak buka cawangan kat Putrajaya ke?

      Insya Allah ada. tapi Putrajaya sewa mahal sangat. insya Allah jika ada lokasi yang sesuai kami akan usahakan

    RAZID HalalMart Sungai Besar menyokong sepenuhnya AZZAINmart, legasi mereka menjadi ikon bagi halalmart seluruh malaysia.

      terima kasih atas sokongan tuan/puan. Semoga diberkati Allah.

    jadi yang heboh pasal AzzainMart itu tiruan itu sahih atau tidak? Jika sahih, adakah pihak AzzainMart ambil tindakan dan sekiranya tidak sahih, perlu makluman secara umum agar rakyat Melayu Islam tidak keliru. Mohon pencerahan….

      tidak sahih puan. kami akan ambil tindakan setelah mendapat maklum balas dari MyIPO.

    mohon buka cawangan di pantai dalam

      Insya Allah kami usahakan

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping