Perdana-Menteri-Tan-Sri-Muhyiddin-Yassin-membuat-lawatan-ke-Demuara

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan ke Demuara

Awal pagi tadi saya dan isteri telah melawat sebuah syarikat IKS Bumiputera di Bukit Gambir, Muar iaitu De Muara Enterprise.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan ke Demuara 1

Perniagaan yang dimiliki oleh pasangan suami isteri, Encik Mohamad Zain bin Solihin dan Puan Siti Zubaidah binti Muhammad ini menyediakan produk pelbagai pes makanan.

Alhamdulillah saya sangat berbangga dengan semangat dan kecekalan pasangan ini yang tabah mengharungi tempoh PKP dan masih berupaya meneruskan perniagaan serta mengekalkan pekerja mereka.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan ke Demuara 2

Saya juga dapat saksikan bagaimana perniagaan ini mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Saya sendiri perlu menjalani saringan gejala seperti mengambil suhu badan dan memakai apron pakai buang sebelum memasuki premis perniagaan mereka.

Inilah normal baharu kehidupan yang mesti kita biasakan dan sesuaikan dalam aktiviti harian kita semua.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat lawatan ke Demuara 3

Insya-Allah, saya doakan agar perniagaan De Muara Enterprise dan syarikat-syarikat IKS lain terus maju dan semoga kita semua dapat bekerjasama mengawal penularan wabak COVID-19.

Sumber: Facebook: Muhyiddin Yassin

Produk Keluaran Demuara

Bacaan lanjut:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shopping cart

0

No products in the cart.

%d bloggers like this: