fbpx

Muruku Guna Logo Halal Palsu, Diproses 7 PATI di premis kotor dipenuhi najis tikus

JAIS serbu premis proses muruku guna logo halal palsu

SHAH ALAM, 2 Julai — Sebuah premis memproses muruku di Kajang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam selepas dikesan menggunakan logo halal tidak sah pada bungkusan produk makanan ringan berkenaan.

Pengarah JAIS, Mohd Shahzihan Ahmad berkata serbuan kira-kira pukul 11 pagi hasil aduan orang ramai itu dilakukan bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat.

“Semakan menerusi sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis tersebut bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang sah dan logo halal digunakan pada bungkusan produk muruku itu juga tidak sah.

Hasil siasatan turut mendapati produk makanan ringan itu dijual secara meluas di pasar raya berhampiran  premis berkenaan, kedai serbaneka 24 jam, kedai-kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pemilik premis berkenaan didapati menggunakan label jenama nama wanita Islam sebagai strategi bagi mengelirukan umat Islam bahawa muruku itu adalah keluaran produk Muslim yang boleh dimakan tanpa was-was.

Justeru kata Mohd Shahzihan, JAIS merampas 138 kotak makanan ringan berkenaan dan 960 kotak  bertanda logo halal tidak sah bernilai RM14,819.00.

“Rampasan dan siasatan dilakukan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan, pemilik premis boleh didenda  maksimum RM200,000,” katanya.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja namun hanya dua sahaja rakyat tempatan manakala selebihnya merupakan pekerja asing dan disyaki tidak mempunyai dokumen atau permit kerja yang sah.

Mohd Shahzihan berkata pemeriksaan ke atas premis itu juga menunjukkan ia berada dalam keadaan sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan ringan berkenaan.

“PKD Hulu Langat juga mengambil tindakan terhadap premis itu mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan Peraturan 7(1) ekoran tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis serta arahan penutupan premis dibawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam terutamanya umat Islam supaya sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan serta memastikan logo digunakan adalah asli dan diiktiraf oleh JAIS atau JAKIM.

BERNAMA

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah premis memproses makanan ringan di Kajang yang menggunakan Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) tidak sah. – Foto ihsan JAIS

Maruku tiada sijil halal, gaji Pati, kotor

GUNA Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) tidak sah, menggaji tujuh pendatang asing tanpa izin (Pati) dan keadaan premis kotor.

Itu keadaan sebuah premis memproses muruku di Kajang yang diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pagi semalam.

Pengarah JAIS Mohd Shahzihan Ahmad berkata, Bahagian Pengurusan Halal (JAIS) menjalankan operasi bersepadu dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Kajang dan Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat.

“Pemeriksaan mendapati terdapat penggunaan logo halal yang tidak sah (logo generik) pada bungkusan produk makanan ringan muruku yang dijual.

“Hasil siasatan juga mendapati produk ini dijual secara meluas di pasar raya berhampiran, kedai serbaneka 24 jam, kedai runcit di sekitar Hulu Langat, Cheras serta di platform e-dagang.

“Antara strategi pemasaran yang digunakan syarikat itu adalah menggunakan label jenama nama wanita Islam bertujuan mengelirukan masyarakat Islam kononnya produk itu keluaran produk muslim dan boleh dimakan oleh orang beragama Islam tanpa was-was,” katanya dalam satu kenyataan di Shah Alam hari ini.

Mohd Shahzihan berkata, hasil semakan yang dilakukan dalam Sistem MYe-Halal Malaysia mendapati premis berkenaan bukan pemegang SPHM yang sah.

“Oleh itu, JAIS melakukan sitaan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 membabitkan 138 kotak siap berbungkus (pelbagai peket), 960 kotak bertanda logo halal yang tidak sah (belum digunakan) dan pelbagai lagi.

“Anggaran nilai rampasan yang dilakukan adalah sebanyak RM14,819.

“Siasatan dijalankan mengikut Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) Akta Perihal Dagangan 2011 dan jika disabit kesalahan pemilik premis boleh didenda sehingga maksimum RM200,000,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan yang dilakukan juga mendapati pemilik premis menggajikan sembilan pekerja membabitkan dua warga tempatan manakala tujuh lagi warga asing.

“Pekerja warga asing itu disyaki dari India dan tidak memiliki pasport atau permit kerja yang sah.

“Keadaan premis juga sangat kotor terutamanya di kawasan pemprosesan makanan dan pejabat kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap premis mengikut Peraturan Kebersihan Makanan 2009 11(1)b kerana gagal menyediakan rekod latihan pengendali makanan dan 7(1) disebabkan tidak memperbaharui perakuan pendaftaran premis makanan.

“Tindakan arahan penutupan premis turut dilakukan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang awam terutamanya umat Islam agar sentiasa teliti terhadap logo halal yang dipamerkan dan pastikan ia adalah logo asli yang diiktiraf oleh JAIS atau JAKIM.

“Umat Islam perlu lebih peka terhadap produk yang mempamerkan logo halal dan sentiasa melakukan semakan terhadap logo dan produk halal di direktori Halal Malaysia (www.halal.gov.my) atau hubungi Bahagian Pengurusan Halal (JAIS) di talian 03-55143760/3486 bagi sebarang kemusykilan atau pertanyaan mengenai status pensijilan yang dipamerkan pada produk makanan, minuman, kosmetik, premis makanan,barang gunaan atau pelbagai lagi, ” katanya.

Metro

Tak ada muruku yang mendapat sijil halal?

Ada!, kami menjual muruku yang telah mendapatkan persijilan halal JAKIM.

Pilihlah produk halalan thoyyiba!

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Khidmat Pelanggan

Hubungi talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173 atau 03-55230323.

Hantar sebarang komen atau aduan berkenaan perkhidmatan melalui email [email protected] atau [email protected]

Pembayaran

SenangPay
SenangPay-Payment

Logistik

Hubungi Kami

Laman Sosial Kami

Copyright © 2020 azzainmart.com | Cap dagangan AzZainMart dimiliki oleh YAQIN MART SDN BHD (1200250-K)

Shopping cart

0

No products in the cart.

%d bloggers like this: