fbpx
PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG MEMPROSES MEE

PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG MEMPROSES MEE

PEMERIKSAAN SANITASI DAN PENUTUPAN KILANG MEMPROSES MEE

DBKL melalui Unit Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar pada 24 Jun 2020 (Rabu) telah nenjalankan pemeriksaan dan siasatan ke atas premis YAMARICO TEA beralamat di No 15, Jalan Segambut Selatan , Segambut 51200 KL.

Kekuatan anggota seramai 5 orang dalam pemeriksaan telah mendapati :

  1. Terdapat tikus berkeliaran di sekitar tempat pemprosesan makanan berserta urungan najisnya (Tidak melantik syarikat kawalan serangga perosak secara berjadual);
  2. Lantai dan dinding tempat penyediaan makanan kotor serta berdaki hitam;
  3. Tandas kotor dan berbau;
  4. 3 Pengendali makanan bukan warganegara
  5. -tidak mempunyai suntikan tifoid,
  6. -tidak memakai penutup kepala & apron semasa mengendalikan makanan,;
  7. Peralatan, kelengkapan serta mesin pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang; dan
  8. Lokasi dan keadaan struktur premis tidak sesuai dijadikan kilang pemprosesan makanan.

Tindakan Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 24 Jun 2020 telah dilaksanakan.

Sebarang aduan berkaitan kebersihan boleh diajukan terus ke Pusat Panggilan Setempat DBKL di talian 1 800 88 3255 atau terus ke Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL.

Apakah Jenama Mee Kuning Ini?

Kami buat beberapa carian berkenaan YAMARICO TEA tetapi tidak mempunyai sebarang info yang berkaitan.

Walaubagaimanapun, semakan kami di Google Maps pada alamat yang diberikan oleh DBKL amatlah mengejutkan.

foto dari Google Maps pada November 2019 menunjukkan kilang ini tidak mempunyai papan tanda perniagaan.

Premis ini sejak sekian lama dalam keaadaan tidak terurus dan menjijikkan.

Foto yang kami sertakan dibawah menunjukkan keadaan yang meloyakan ini sudah ada sejak Ogos 2019 lagi.

Bahagian belakang bagi premis kilang mee pada Ogos 2019

Apakah pilihan produk mee kuning halalan thoyyiba?

Sebagai pengguna muslim, kita amatlah disarankan untuk memilih produk yang halal lagi baik.

Kenapa kita hendak membeli produk yang tidak diketahui asal usulnya? kita sudah ada banyak pilihan seperti Mi Kuning Delimaz dan juga Mi Kuning Gardenia.

Mee kuning yang dinyatakan ini telah pun mendapat persijilan halal dan tidak perlu diragui lagi,

Moga kita sama-sama sentiasa memilih produk halalan thoyyiba.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Khidmat Pelanggan

Hubungi talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173 atau 03-55230323.

Hantar sebarang komen atau aduan berkenaan perkhidmatan melalui email [email protected] atau [email protected]

Pembayaran

SenangPay
SenangPay-Payment

Logistik

Hubungi Kami

Laman Sosial Kami

Copyright © 2020 azzainmart.com | Cap dagangan AzZainMart dimiliki oleh YAQIN MART SDN BHD (1200250-K)

Shopping cart

0

No products in the cart.