Pelajar Jabatan Syariah Dan Pengurusan, Universiti Malaya telah membuat permohonan kepada beberapa rumah sembelihan untuk membuat lawatan sambil belajar, malangnya hampir semua rumah sembelihan tidak menerima permohonan kami dengan pelbagai alasan.
Permohonan kepada beberapa rumah sembelihan untuk membuat lawatan hampir semua menolak dengan pelbagai alasan.

Alhamdulillah syukur kepada Allah S.W.T akhirnya permohonan kami untuk melawat rumah sembelihan diterima oleh Kilang Ayam Dr Zainol.
Pada 6.12.2019, dengan izin Allah, seramai 48 pelajar dan seorang pensyarah dapat memasuki kilang ayam Dr Zainol dan “We Had The Real Live Experience”.

Kilang pemprosesan yang sangat unik, luar biasa, tersusun dan patuh syariah
Pelajar juga mendapat peluang menyembelih dan melihat satu sistem pemprosesan yang sangat unik, luar biasa, amat tersusun dan mematuhi syariah setiap peringkat pemprosesan.
Dari awal ayam masuk ke station sembelih, seorang daripada halal checker akan memastikan hanya ayam segar dan hidup sahaja yang akan disembelih.

Kemudian, seorang lagi halal checker akan memastikan ayam disembelih mematuhi syariah sembelihan.
Usus ayam dikeluarkan sebelum penceluran
Selepas disembelih, bermulalah kaedah pemprosesan ayam yang sangat unik dan tidak terdapat di Malaysia atau di tempat lain. Kepala ayam dipisahkan dan usus ayam dikeluarkan kemudian ayam dimandikan supaya badannya bersih sebelum masuk ke scalding tank (penceluran air panas).

Proses ini adalah untuk memastikan segala kotoran, darah dan najis dalam usus ayam tidak mencemari air panas.
Kaedah pemprosesan yang sungguh hebat membuatkan kami sangat teruja dengan konsep Halalan Toyyiban yang dipraktikkan di kilang ayam Dr Zainol.

Selepas proses membuang bulu, ayam akan melalui proses QC yang rigid sehingga ayam dikerat dan dicuci bersih sebelum dipacking.
Kilang ayam Dr Zainol adalah kilang yang sangat bersih dan mempunyai susun atur yang kemas, maka tidak hairanlah kilang ini digelar sebagai Kilang Pintar Dengan Kejituan Tinggi.
Diberi Gred A oleh Majlis Perbandaran Kajang
Kilang yang digredkan A ini telah menjadi sumber inspirasi kepada kami pelajar yang ingin menceburi industri halal selepas menjadi graduan.

Setelah selesai melawat bahagian pemprosesan, kami semua pelajar sempat bersantai-santai dengan Dr Zainol. Sesi perkongsian pengalaman dan ilmu sekali lagi menambat jiwa kami, Subhanallah ilmu seluas lautan yang dikongsikan oleh Dr Zainol.
Sudah pasti pengalaman ini akan menjadi kenangan sepanjang hidup untuk kami pelajar Jabatan Syariah dan Pengurusan untuk terus maju kehadapan dan menerajui industri halal pada masa akan datang.

Kami berdoa semoga Allah S.W.T curahkan kejayaan keatas Dr Zainol dalam perniagaannya dengan harapan lebih banyak lagi usahawan muslim akan mengikuti jejak langkah Dr Zainol dalam menegakkan industri halal.
Galeri gambar lawatan
Artikel ini ditulis oleh JSP – Jabatan Syariah dan Pengurusan Universiti Malaya
Merdeka Sale!
Kami mengadakan promosi sempena Merdeka Sale dari 27 Ogos – 5 September 2020

Untuk makluman, semua cawangan kami menyedikan khidmat penghantaran pada hari yang sama di kawasan sekitar.
-
Saji Santan Kelapa 200mlRM3.25
-
AzZainMart Woven BagRM5.00
-
Hizs Cili Giling 400gRM4.50
-
Sedap Murtabak (Daging) 300gRM13.80
-
Faiza Bihun Siam 400gRM3.90
-
Lesong Minyak Masak 5kgRM29.70
-
Dr. Zainol Ayam Daging 1 Ekor (Potong 8/12)RM22.50
Saya turut serta didalam lawatan tersebut tetapi masih tertanya tanya mengapa Dr zainol mengelak ketika kami bertanya mengenai status Halal Jakim. Walaupun seharian kami bersama di kilang, kami masih tidak berpuas hati kerana pihak kilang tidak menitikberatkan penghalalan dari Jakim. 🙂
Kami diberi makluman mereka masih dalam proses audit.
Pengurusan kilang seperti ini patut diwar-warkan, bukan untuk mendapatkan publisiti semata mata, tetapi menjadi contoh dan pengetahuan kepada pengguna khususnya masyarakat Islam agar menitik beratkan syariat sewaktu membeli makanan. pemakanan yang halal dan suci itu akan menjana keimanan.
Insya Allah. kami juga akan sentiasa mewarwarkan berita seperti ni