Description
Secara amnya kesihatan terbaik ialah makanan sunnah yang halal dan baik serta bersih, seimbang dan berzat.
Makanan sebegini dikelaskan sebagai makanan berfungsi.
Ayam Dr Zainol menitik beratkan kualiti kebersihan yang menyeluruh.
Makanan berfungsi adalah makanan yang telah diproses ataupun yang masih segar, ia bertindak untuk membina kesihatan tubuh dan menawarkan ketahanan dengan imuniti yg tinggi dan mengawal tubuh daripada diserang penyakit kronik.
Selain itu, ia juga menawarkan pelbagai nutrisi tambahan yg tidak terdapat dalam makanan biasa.
Jika kehidupan yang sihat bergantung kepada pengetahuan mengenai tubuh sendiri, maka mengetahui apa yang dimakan dan dari mana ia datang adalah sama pentingnya untuk menjaga amal ibadah kita supaya doa dan ibadat kita diterima Allah SWT.
Makanan berfungsi adalah makanan atau komponen pemakanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang melangkaui asas nutrisi.
Kita boleh mengawal kesihatan melalui pemilihan makanan, dengan mengetahui sesetengah makanan yang mampu membekalkan faedah kesihatan yang lebih spesifik.
Insya Allah dengan izin Allah SWT, AYAM DR ZAINOL berusaha sedaya upaya untuk terapkan kesemua aspek Maqasid Syariat (tuntutan agama) dalam menyediakan makanan 100% Hallalan Thoyiba, yang digelar dalam dunia perubatan sebagai makanan bernutrisi dan berfungsi.
Lynna –
Ayam yang dijual bersih dan berkualiti tinggi. Sangat sedap …
mohd karim maskonMohd –
Rm17.80 untuk ayam seberat 1.2kg
Bermakna 1kg berharga rm14.80 kan?
Hazwan –
berat tersebut adalah berat bersih selepas dibuang organ dalaman, kaki, dan kepala.
Azizah Mohamed Nor (verified owner) –
Semalam saya ada order ayam daging DrZainol, sebanyak 4 ekor.
Hari ini saya baru buka satu bungkus dan dapati kurang satu peha ayam…..???????
Boleh tolong jelaskan kepada saya…?????
Hazwan –
maaf atas kesulitan yang puan hadapi. maklumat dari kilang menyatakan ayam dr zainol di pek pada berat 1.2-1.3kg. jadi ada pek yang tak cukup bahagian tapi beratnya melebihi had yang ditetapkan.
Hazwan Jaludin (verified owner) –
Dihasilkan oleh Dr. Zainol. Individu yang tidak asing lagi dalam industri ayam.