Bagaimana anda boleh memeriksa jika ayam dibeli itu telah disembelih mengikut tuntutan syara’ Mazhab Syafie dari tanda-tanda zahir pada ayam.

Nota: Kesan geseran pisau di leher bukanlah syarat syara’. Ia hanya dalil sokongan.
Petrol + Air = Rosak Enjin
Halal + Haram = Rosak Hati
Sebarkan ilmu survival akhir zaman ini kepada semua.
HUKUM ASAL UNTUK SESUATU DAGING DAN SEMBELIHAN ITU HARAM SEHINGGA ADA DALIL IANYA HALAL. JIKA RAGU MENGENAI SESUATU DAGING SEMBELIHAN, HUKUMNYA KEMBALI KEPADA YANG ASAL
Sumber: Yani Hardinata Hairuddin
Yani Hardinata adalah pengasas kepada jenama Ladangku.

Gambar Ayam Tak Putus Urat dengan Ayam Putus Urat



Cara Penyembelihan.
Disyaratkan penyembelihan itu:
1. Memotong seluruh halqum (saluran nafas) dan seluruh marih (saluran makanan dan minuman).
2. Niat untuk menyembelih ketika melakukan penyembelihan.
3. Jika seseorang memegang pisau di tangannya dan terlepas pisau itu daripada tangannya, lalu terkena leher binatang dan terputus seluruh halqum dan marihnya, tidaklah dikira sebagai penyembelihan, kerana tidak ada niat untuk melakukan penyembelihan, maka tidak halal memakan daging binatang tersebut.
4. Hendaklah binatang itu mati semata-mata disebabkan oleh penyembelihan (tidak dilakukan satu perbuatan lain yang boleh membawa maut kepada binatang itu ketika disembelih).
.
Apabila telah cukup segala rukun-rukun dan syarat-syarat penyembelihan yang tersebut, maka halal binatang itu, kecuali sembelihan yang dimaksudkan kepada selain Allah atau disebutkan sewaktu menyembelihnya selain nama Allah, walaupun sembelihan itu mencukupi segala rukun-rukun dan syarat-syarat yang telah disebutkan.
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: “Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kamu (memakan) bangkai, darah, daging babi, dan apa yang disembelih dengan menyebut selain nama Allah.” (Surah Al-Nahl: 115
Saya tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ayam az-zain sampai ke tempat saya tak?
waalaikumussalam. maaf info tersebut di luar pengetahuan kami. untuk dapatkan maklumat, hubungi 03-87231720
Saya sedih dengan keadaan sekarang…makanan dah xdijamin halal keseluruhannya shubhah..bagaimana saya nak order ayam organik? Customer demand harga ayam…saya buat bisnes keluarga ,kedai makan.
waalaikumussalam. hubungi 0387231720 pada waktu pejabat untuk dapatkan maklumat berkenaan harga bagi penjual. harap maklum.