zamzam tiruan

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN

KENYATAAN AKHBAR
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN

Kementerian Kesihatan mengambil maklum laporan akhbar Harian Metro pada 11 Mei 2015 bertajuk “Zam Zam Tiruan” berkenaan penjualan air zam zam tiruan di pasaran tempatan yang diragui ketulenan dan keselamatan kepada pengguna.

zamzam tiruan

Air zam zam diperolehi dari bawah tanah dan dikategorikan sebagai air mineral semulajadi seperti termaktub di bawah Peraturan 360A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985. Pengimportan air mineral semulajadi memerlukan lesen punca air serta kelulusan dan pengesahan daripada pihak berkuasa geologi dan hidrologi dari negara pengeksport.

Ketulenan Air Zam Zam diragui

Kerajaan Arab Saudi hanya membenarkan pengedaran air zam zam secara percuma kepada jemaah haji dan umrah serta pelawat untuk kegunaan persendirian dalam kuantiti yang terhad semasa berlepas dari Arab Saudi. Sehubungan itu, penjualan air zam zam tidak dibenarkan di Malaysia.

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN 1

Dalam hal ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah bersetuju supaya Kementerian Kesihatan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam memandangkan ia di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan.

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN 2
AIR ZAMZAM TIRUAN BUKAN DIBUNGKUS DI MELAKA

Selaras dengan itu, Kementerian Kesihatan sedang mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap penjualan air zam zam berdasarkan Seksyen 4(1)(f), Akta Makanan 1983. Hasil penguatkuasaan yang telah dijalankan sejak tahun 2012 sehingga kini di seluruh negara, air zam zam bernilai RM30,098.30 telah dirampas. Kementerian Kesihatan kini sedang meningkatkan tindakan penguatkuasaan ke atas penjualan air zam zam.

Di bawah Peraturan-Peraturan Makanan 1985, mana-mana orang yang disabitkan kesalahan menjual air zam zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM5,000.00 atau penjara tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya sekali.

Kementerian Kesihatan sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Sekiranya pengguna mendapati air zam zam di pasaran, pengguna boleh membuat aduan melalui Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) http://fsq.moh.gov.my atau facebook BKKM www.facebook.com/bkkmhq

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
13 Mei 2015

Kes Berkaitan Pengedaran Air Zam-Zam

ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN 3
Arsenic warning over fake Zam Zam water
how pure is zam zam water sold on streets
How pure is zam zam water sold on streets?
ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN 4
Fake Zamzam water factory busted in Saudi holy city of Makkah
ISU PENJUALAN AIR ZAM ZAM TIRUAN 5
over 70000 containers of fake zamzam water confiscated

Larangan Penjualan Air Zam Zam Di Berita TV3 pada 4 Januari 2020

Penjualan air zam-zam adalah dilarang dan tidak dibenarkan di negara ini.
Bahagian keselamatan dan kualiti makanan kementerian kesihatan (KKM) memaklumkan
individu yang melakukan kesalah itu boleh berdepan tindakan undang-undang.

Mana-mana individu yang disabitkan kesalahan mengimport, mengedarkan dan menjual air zam-zam boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Kenyatan berkenaan turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan atau aduan berhubung perkara itu boleh menyalurkan pada bahagian keselamatan dan kualiti makanan.

Hukum Menjual Air Zam-Zam

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-77 yang bersidang pada 10 – 12 April 2007 telah membincangkan Kajian Semula Hukum Penjualan Air Zam-Zam. Muzakarah telah memutuskan bahawa berdasarkan nas-nas daripada hukum syarak, Islam membenarkan penjualan, perdagangan atau urusniaga air zam-zam. Walaubagaimanapun pihak pemerintah boleh mengenakan sekatan sekiranya terdapat pihak yang mencemarkan kesucian dan kemuliaan air tersebut.

Maklumat lanjut: https://azzainmart.com/apakah-hukum-menjual-air-zam-zam

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping