Ayam sejuk beku bernilai RM521,864 dirampas

Ayam beku seludup bernilai RM204,864 dirampas di Machang

Ayam beku seludup bernilai RM204,864 dirampas di Machang 1

PASIR MAS, 14 Mac (Bernama) — Sejumlah 12,608 kilogram (kg) daging ayam sejuk beku bernilai RM204,864 dirampas pihak berkuasa, hasil pemeriksaan di sebuah premis penyimpanan bahan sejuk beku di Machang pada 5 Mac lalu.

Difahamkan, serbuan dilakukan pihak berkuasa selepas mendapat maklumat mengenai kegiatan mencurigakan di premis berkenaan hasil risikan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) di sempadan Kelantan-Thailand.

Ayam beku seludup bernilai RM204,864 dirampas di Machang 2
SAIFUL Yazan Alwi (kanan) memeriksa ayam sejuk beku yang dirampas oleh Aksem di Machang pada 5 Mac lalu. – UTUSAN ONLINE

Sebaik serbuan dibuat dan pemeriksaan dilakukan ke atas empat buah lori di situ, pihak berkuasa menemui 2,134 kotak mengandungi 12,608 kg daging ayam beku yang dipercayai diseludup masuk ke sini melalui pangkalan haram di Sungai Golok.

Susulan daripada itu, kesemua barangan yang dirampas diserahkan pihak AKSEM kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) untuk tindakan lanjut.

Ketua Pengarah MAQIS, Saiful Yazan Alwi, berkata pemeriksaan dijalankan mendapati premis terbabit tidak mempunyai dokumen yang sah seperti permit import dan sijil halal daripada badan halal yang diiktiraf negara pengeksport.

Katanya, ayam sejuk beku itu diseludup masuk ke sini dari negara jiran untuk dipasarkan di seluruh negara sama ada di pasar basah dan sebagainya.

“Mengikut laporan, mereka menggunakan modus operandi dengan membawa masuk ayam sejuk beku ini melalui pangkalan haram sepanjang Sungai Golok, sebelum disimpan di mana-mana premis di sini sebelum dihantar ke negeri lain untuk dipasarkan.

Ayam beku seludup bernilai RM204,864 dirampas di Machang 3
Saiful (kanan) dan Shaharuddin (dua dari kanan) bersama anggotanya menunjukkan sebahagian ayam sejuk beku pada sidang media di pejabat MAQIS, Rantau Panjang. – NSTP/Hazira Ahmad Zaidi

“Namun hasil kecekapan dan rondaan berkala yang dilakukan pihak berkuasa termasuk AKSEM, kita berjaya menumpaskan kegiatan mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

“Pihak AKSEM sudah menyerahkan kes ini kepada MAQIS untuk tindakan undang-undang di bawah Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728),” katanya kepada pemberita pada sidang media di pejabat MAQIS, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah AKSEM, Datuk Shaharuddin Abu Sohot.

Saiful Yazan berkata, perbuatan mengimport tanpa permit sah daripada MAQIS adalah satu kesalahan dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya.

Jelasnya, nilai keseluruhan rampasan daging ayam serta lori adalah sebanyak RM521,864.

BERNAMA

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping