KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 10

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering

Kotor! itu yang boleh disimpulkan akibat kurang rasa sensitiviti. Ikan kering yang dijemur untuk diniagakan dicemari anjing liar.

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 1
Kelihatan 6 ekor anjing yang berada berdekatan, tiba-tiba menuju ke arah jemuran ikan sebelum memijak dan memakannya .

Video Penuh Berita TV9: Kotor! Anjing Jilat Ikan Kering

Bukan Sahaja Dipijak Tetapi Turut Dijilat

Bukan sahaja dipijak tetapi lebih menjijikan turut dijilat haiwan berkenaan. Malah, tanpa kawalan anjing terbabit menjadikan tempat jemuran ikan kering itu sebagai sumber makanan.

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 2
Insiden dirakan di Pulau Langkawi

Insiden ini dirakam di sebuah kawasan di Pulau Langkawi, Kedah. Kelihatan 6 ekor anjing yang berada berdekatan, tiba-tiba menuju ke arah jemuran ikan sebelum memijak dan memakannya. Walaupun cuba dihalau haiwan itu bertindak agresif.

Penduduk Hampir Kebanyakan Warga Asing

Difahamkan kawasan itu terkenal dengan penghasilan produk hiliran seperti ikan bilis, udang dan ikan kering. Penduduk di kawasan itu hampir kebanyakan warga asing, kerana ada yang tidak boleh bertutur dalam bahasa tempatan. Malah, ada yang melarikan diri sebaik dihampiri kru TV9.

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 3
kawasan terkenal dengan produk ikan bilis, udang dan ikan kering.

Dalam perkembangan sama Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU) ada menerima banyak aduan berkaitan kebersihan pemprosesan makanan terutama membabitkan ikan dan udang kering di kawasan utara

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 4

Presiden Persatuan Pengguna Melayu Kawasan Utara (PPMKU),Leftenan Kolonel Che Johan Che Hassan

PBT Perlu Berada Di Barisan Hadapan Dalam Menangani Isu Sensitif Ini

Presidennya, Leftenan Kolonel Che Johan Che Hassan berkata pihak yang berkaitan terutamanya Pihat Berkuasa Tempatan (PBT) perlu berada di barisan hadapan dalam menangani isu-isu sensitif seperti ini

Jadi benda-benda ini saya ingat tindakan mesti dicepatkan supaya benda ini tidak berentetan.

Kita tau bulan puasa akan datang tak berapa hari lagi.

Saya difahamkan ikan masin membuka selera, umat islam untuk buka puasa atau pun makan sahur.

Jadi elakkanlah kita buat amal dengan masa yang sama kita makan dengan benda yang tercemar dianggap haramlah.

Anjing kencing atau berak di atas ikan kering tu

Udang Dan Ikan Kering Untuk Pasaran Seluruh Utara

Menurut rekod persatuan ini kira-kira 95% pengusaha udang dan ikan masin terdiri dari pengusaha bukan bumiputera sebaliknya dikuasi warga asing, kata che johan ikan kering yang diproses di kawasan itu untuk pasaran di seluruh utara terutama kedah dan perlis

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 5
95% Pengusaha Udang Dan Ikan Masin Terdiri Dari Pengusaha Bukan Bumiputera

Isu makanan kotor dan pembuatannya sambil lewa tanpa memikirkan tahap kebersihan bukan isu terpencil. Menurut pengguna sudah tiba masanya kerajaan mewajibkan pengesahan halal ke atas mana-mana produk termasuk yang dihasilkan yang pengusaha kecil dan sederhana sebelum dikeluarkan di pasaran. Atau setidaknya mengasingkan produk keluaran muslim dengan bukan muslim.

Kata mereka tindakan itu bagi mengelakkan perasaan was-was dan tindakan boikot ke atas produk muslim lain yang tidak berkaitan.

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 6
Salahuddin Abdullah, Pesara Kerajaan.

Memang kita rasa was-was kalau kita nak makan pun.

Sebab kita dah nampak benda-benda macam tu kan.

Jadi kalau nak makan jugak tu kena pi cari yang hak kita rasa kita halal.

Yang tempat orang melayu jual ka tapi kita pun kadang-kadang kita tak tau orang melayu yang jual tu ambil dari mana.

Jadi kalau kata was was betul tak yah makan la jawapannya

Salahuddin Abdullah, Pesara Kerajaan.
KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 7
Mohd Tarmizi Ghazali, Kakitangan Awam

Dan kita orang islam tak kan berkompromi dengan isu-isu yang melibatkan halal haram terutama melibatkan anjing naik atas makanan.

Benda-benda macam ni patut dilarang sama sekali.

Mohd Tarmizi Ghazali, Kakitangan Awam

Benda-benda macam ikan kering, telur masin pun kena ada logo halal?


Ya logo halal sebenarnya penting.

Sebab kita boleh kenal pasti yang mana halal yang telah diiktiraf oleh kerajaan.

Sebab halal haram main peranan.

Sebab kita orang di malaysia ni kita sangat mementingkan halal.

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering 8

Pengguna Berharap Pihak Berkaitan Membuat Pemantauan Dengan Kerap

Lebih dari itu, pengguna berharap kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) termasuk agensi kerajaan berkaitan terutamanya membabitkan soal pengguna akan kebersihan untuk melakukan pemantaun dengan kerap. Ini bagi memastikan produk makanan yang dikeluarkan mematuhi prinsip syariah, bersih dan suci serta selamat dimakan.

Sumber: Facebook Berita TV9

Bacaan Berkaitan

Lawatan Ke Tempat Penghasilan Ikan Kering Tanjung Dawai

Apakah pendapat anda? Adakah perkara seperti ini perlu diberi pemantauan yang khusus? kongsikan di ruangan komen di bawah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping