Lawatan Ke Tempat Penghasilan Ikan Kering Tanjung Dawai

Lawatan Ke Tempat Penghasilan Ikan Kering Tanjung Dawai

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Beberapa hari lepas kami ada kongsikan tentang keistimewaan ikan bilis yang dijual di rangkaian Halal Mart kami.

Kali ini kami ingin kongsikan tentang ikan masin pula.

Pada 19 Januari 2016 bersamaan Selasa yang lepas, tim pengurusan kami telah mengunjungi tempat penghasilan ikan kering di Tanjung Dawai, Merbok, Kedah.

Pn Kurishah, wakil dari pihak syarikat melakukan lawatan ke tempat pemprosesan ikan masin Tanjung Dawai.
Pn Kurishah, wakil dari pihak syarikat melakukan lawatan ke tempat pemprosesan ikan masin Tanjung Dawai.

Walaupun di Kompleks Tanjung Dawai amat mudah mendapati pelbagai jenis ikan kering, tim kami cuba untuk melihat sendiri bagaimanakah proses penghasilan ikan kering ini.

Alhamdulillah, kami berjaya melihat sendiri perusahaan yang diusahakan oleh usahawan muslim di kawasan ini.

Kami masih terbayang lagi gambar tempat ikan kering yang diletakkan di atas tanah dan beberapa anjing yang berkeliaran di kawasan sekitar.

KOTOR! Anjing Jilat Ikan Kering.

Kotor! itu yang boleh disimpulkan akibat kurang rasa sensitiviti. Ikan kering yang dijemur untuk diniagakan dicemari anjing liar.

Kelihatan 6 ekor anjing yang berada berdekatan, tiba-tiba menuju ke arah jemuran ikan sebelum memijak dan memakannya .

Baca lanjut

Anda tidak dapat melihat suasana tersebut di sini, lihat tempat pengeringan ikan menggunakan besi tahan karat dan dipasang tinggi dari tanah. kawasan ini juga berpagar bagi mengelak haiwan-haiwan seperti anjing berkeliaran.

Kenapa anda harus pilih Ikan Kering Tanjung Dawai?
1. Dihasilkan dengan proses yang bersih (Tidak diletakkan di permukaan lantai).
2. Ikan disiang dengan bersih sebelum proses seterusnya.
3. Menggunakan ikan segar yang ditangkap oleh nelayan tempatan.

Di mana anda boleh dapatkan ikan kering ini?

kunjungi semua cawangan AzZainMart yang berdekatan anda atau beli secara online dengan caj penghantaran serendah RM6!

Beli Ikan Masin Tanjung Dawai Secara Online Di Sini

2 comments

    Boleh bagi no hp tak,nak beli ikan masin

      puan boleh buat pembelian di website kami.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping