Posted on Leave a comment

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM

Telur-dijeruk-air-garam

Telur masin termasuk makanan yang melibatkan proses dan layak untuk memohon pensijilan halal Malaysia.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 1

Lazimnya, bahan ramuan asas untuk pembuatan telur masin adalah :

  1. Telur itik dari pelbagai gred kualiti seperti gred AA,A dan B.
  2. Sekam padi/abu padi (paddy ash)
  3. Tanah liat (e.g red soil)
  4. Garam laut

Bahan-bahan yang digunakan ini juga akan dipastikan sumber dan kualitinya serta jaminan kebersihan, keselamatan dan implementasi sistem jaminan halal sepanjang rantaian pemprosesannya.

Telur itik yang digunakan itu sendiri dijaga kualiti gred dan kebersihannya dari awal sehingga telur masin terhasil termasuklah kawalan dari ladang mana telur tersebut diperolehi.

Ini kerana etika yang baik dalam penyediaan makanan itu menjadi kriteria penting dalam pensijilan halal Malaysia.

Pelbagai pendapat dan dakwaan berkenaan hukum memakan telur masin yang didakwa bercampur dengan najis dan bahan-bahan yang diharamkan oleh syarak.

Tidak kurang ada juga pihak yang menyatakan kerisauan berkenaan kualiti dan kebersihan telur masin yang dihasilkan.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 2

Saya dah lama berhenti makan telur asin. Sebab saya dah was-was. Bila was-was, hati saya tak setuju saya terus berhenti makan kecuali yang kakak saya buat sendiri pakai garam dan telur itik bela sendiri.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 3

Telur masin banyak keluaran Cina. Tak letak babi pun. Cuma tempat penyediaan kilang tu kotor la. Tanah dia longgok atas jalan. Ada banyak anjing dalam kilang.

Sumber: https://www.facebook.com/HabHalalJakim

Hukum Memakan Telur Haiwan Yang Tidak Dibasuh

Penjelasan dan perincian berkenaan isu memakan telur haiwan yang tidak dibasuh sebelum pemprosesan dilakukan ada diterangkan di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 4

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Apakah hukum seseorang yang membuat roti canai telur menggunakan telur ayam yang tidak dibasuh? Adakah ia bernajis atau sebaliknya?

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Jika telur tersebut tidak kelihatan padanya najis seperti tahi ayam dan sebagainya maka ia dihukum suci.

Berkata Imam Abu Bakar al-Dimyati, dalam syarahnya terhadap kitab Fath al-Mu`in yang bermaksud:

“Perkataan musannif ‘bahawa tidak wajib untuk membasuh zakar selepas berjimak, telur dan anak yang dilahirkan,’ bererti (barang) yang terkena lembapan faraj, sama ada lembapan itu suci atau tidak, dan kalau ia najis sekalipun ia dimaafkan, maka ia tidak menajiskan perkara-perkara yang telah disebutkan.”

Rujuk I’anah al-Talibin (1/104)

Namun jika ternampak najis pada telur itu, maka wajiblah membasuhnya.

Jika tidak nampak atau disangka sahaja ada najis, maka kembali kepada hukum bahawa ia tidak bernajis.

Jawapan bagi soalan di atas, maka hukumnya suci selagi tidak ada kesan yang menunjukkan kenajisannya seperti tahi ayam.

Jika terdapat najis sekalipun, namun yang dimaka ialah isinya, bukan kulitnya.

Justeru, jika tiada nampak najis yang masuk ke dalam roti canai berkenaan maka hukumnya adalah suci pada asalnya.

Sekalipun begitu, membasuh telur bagi memastikan kebersihan dan kesucian adalah etika yang baik dalam penyediaan makanan.

Wallahua’lam.

Sumber: https://www.muftiwp.gov.my/

Pilihan Telur Masin Lain?

Adakah Telur Masin Perlu memohon sijil Halal JAKIM 5

Telur masin dijeruk air garam melalui proses yang berbeza dari telur masin biasa yang diselaputi campuran sekam padi, tanah liat dan garam yang kebiasaannya bewarna hitam.

Ini kerana telur itik yang telah dibersihkan akan dijeruk dengan larutan air garam untuk satu tempoh masa dan sedia untuk dimakan.

Telur Masin Jeruk Air Garam

Berikut secara ringkas cara penghasilan telur masin yang dijeruk.

Telur-telur itik ini diperoleh dari usahawan muslim tempatan di Jengka, Pahang.

Kemudian, telur-telur yang dikutip ini akan dipastikan bersih dari najis dan kotoran sebelum dijeruk ke dalam air garam.

Selepas dijeruk, Telur masin akan disusun ke dalam bekas telur dan disimpan di dalam chiller bagi mengekalkan kualiti telur.

Telur masin ini boleh terus digunakan atau boleh bilas dengan air terlebih dahulu.

Kelebihan Telur Masin Jeruk

  1. Kaedah ringkas dan bahan yang digunakan bebas dari sumber yang was-was.
  2. Tahap kebersihan telur dapat dilihat dengan lebih jelas.
  3. Telur yang dijeruk mempunyai rasa yang kurang masin sesuai untuk semua golongan.
  4. Kualiti telur terjamin dengan simpanan dalam peti sejuk.
  5. Mudah digunakan tanpa perlu proses tambahan.

Macam mana? adakah anda masih rasa was-was dengan telur masin? Dapatkan telur masin yang dijeruk di AZZAINMART berdekatan anda!

Posted on Leave a comment

Tisha’s Kini mampu pasarkan lebih 40 produk

Produk Tisha

KUALA LUMPUR – Usahawan yang hanya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan membuka gerak murtabak di tepi jalan di Wangsa Melati pada tahun 2012, kini mampu mengembangkan pasaran produk sesuai dengan impiannya.

Shamsul Shah Sulaiman, beliau merupakan pengasas produk jenama Tishas. Turut Dikatakan, beliau yang juga tidak berpengalaman mula menceburi dunia keusahawanan ini apabila kilang tempatnya mencari rezeki ditutup kira-kira 10 tahun yang lalu.

Beliau tidak berputus asa dan mempunyai semangat yang tinggi dalam diri untuk mencuba dan meneruskan perniagaannya dengan hanya berbekalkan modal sebanyak RM 90,000. Anak jati Pulau Pinang ini mengembangkan warisan keluarganya di utara tanah air dengan membuka Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd.

Beliau amat bertuah kerana dibantu isteri, Atika Ramli dan sama-sama membangunkan perniagaan yang kini mampu bertahan selama sembilan tahun. Kini jenama ini mampu mengeluarkan lebih 40 produk di pasaran.

Tisha’s Paratha Low Carb

Kini, syarikat telah melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu menghasilkan produk rendah karbohidrat yang disasarkan menjadi produk pilihan nombor satu peminat roti prata di Malaysia dikenali sebagai Tishas Low Carb.

tisha
Shamsul Shah Sulaiman bersama isterinya, Atika Ramli bersama produk Tishas.

Dapur Kak Kek diusahakan oleh pelakon terkenal, Catriona Ros dan Asianketo diterajui oleh Roslina, bekas pesakit kanser dan pengamal makanan rendah karbohidrat dan keto lebih dari lapan tahun.

Keunikan rasa lauk-pauk menggunakan rempah dan resepi asli citarasa ASEAN dari Dapur Kak Kek dan keprihatinan Asianketo dalam penyediaan makanan yang sihat tanpa gula dan menggunakan bahan asli menjadikan pek Tishas Low Carb berkualiti tinggi, sedap dan disukai ramai.

Shamsul menaruh harapan tinggi untuk melihat produk yang baru dilancarkan ini dapat membuka satu lagi peluang perniagaan kepada mereka yang mementingkan pengambilan makanan sihat sambil boleh menjana pendapatan tambahan apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan semula.

Beliau juga berkongsi kelebihan produk yang menyasarkan pasaran baru, yang lebih mengutamakan makanan sihat untuk rakyat Malaysia. Produk makanan ini amat sesuai untuk pesakit diabetik atau kencing manis, kanser dan obesiti serta pengamal diet sihat.

Tisha's Kini mampu pasarkan lebih 40 produk 8

“Kami mahu Tishas Low Carb ini bukan sahaja menjadi satu pilihan makanan tetapi peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang terjejas akibat pandemik ini.

“Di sini kami memberi mereka peluang untuk mula berniaga sebagai ejen jualan Tishas dengan modal permulaan sebanyak RM50 sahaja,” katanya.

Shamsul yang merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd. berkata, produk itu mampu memberi margin keuntungan antara 16 hingga 25 peratus kepada mereka yang menjadi ejen dan juga stokis.

Tisha's Kini mampu pasarkan lebih 40 produk 9

Bagi memudahkan ejen dan juga pelanggan, laman web Tishas menyediakan kemudahan e-dagang untuk mereka membuat pembelian terus daripada sistem yang disediakan.

Setelah pelanggan selesai membuat urusan pembelian,  Tishas akan menghantar pesanan itu kepada stokis atau ejen mengikut lokasi pelanggan.

Melalui Central Management System (CMS) di myshop, tishasfood.com.my pula memudahkan ejen dan stokis menguruskan perniagaan dengan lebih tersusun dan ia disediakan secara percuma.

Sistem ini juga menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan, menguruskan stok, invois, pembayaran, pesanan penghantaran dan point of sales (POS).

“Pendek kata, kami menyediakan semua kemudahan yang lengkap bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan dengan Tishas.

“Matlamat kami, selain menawarkan produk halal dalam pasaran, kami juga mengalu-alukan mereka yang terjejas akibat pandemik ini, suri rumah dan juga yang berminat menambah pendapatan, untuk menyertai rangkaian ejen jualan kami di seluruh negara,” katanya.

Setakat ini, produk jenama Tishas sudah memasuki pasar raya besar mahupun kecil seperti Giant, Mydin, Jusco, Lulu, Sogo, Village Grocer, B.I.G, ST Rosyam Mart, Sri Ternak, OTK, PDM dan pelbagai kedai Halal Mart seperti Azzainmart, Dr Zainur, Barakah, Lesong, Ramly Mart dan secara dalam talian seperti di Shopee, Jocom, Go Shop dan Lazada.


Brought to you by

KUALA LUMPUR – Bermula secara kecil-kecilan dengan hanya gerai murtabak di tepi jalan di Wangsa Melawati pada tahun 2012,  beliau telah memasang impian mengembangkan perniagaannya.

Tanpa pengalaman berniaga, Shamsul Shah Sulaiman memilih menceburi dunia keusahawanan apabila kilang tempatnya mencari rezeki ditutup kira-kira 10 tahun lalu.

Dengan semangat yang tinggi dan berbekalkan modal sebanyak RM90,000, anak jati Pulau Pinang ini membuka syarikat sendiri, Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd. bagi mengembangkan perniagaan yang diwarisi dari keluarganya di utara tanah air itu.

Beliau amat bertuah kerana dibantu isteri, Atika Ramli dan sama-sama membangunkan perniagaan yang kini mampu bertahan selama sembilan tahun.

Tishas Food Manufacturing kini telah mengeluarkan lebih 40 produk di bawah jenama Tishas.

Kini, syarikat melangkah ke satu tahap yang lebih tinggi iaitu menghasilkan produk rendah karbohidrat yang disasarkan menjadi produk pilihan nombor satu peminat roti prata di Malaysia dikenali sebagai Tishas Low Carb.

Pihaknya bekerjasama dengan dua jenama terkenal iaitu Dapur Kak Kek dan Asianketo untuk projek Tishas Low Carb ini.

Dapur Kak Kek diusahakan oleh pelakon terkenal, Catriona Ros dan Asianketo diterajui oleh Roslina, bekas pesakit kanser dan pengamal makanan rendah karbohidrat dan keto lebih dari lapan tahun.

Keunikan rasa lauk-pauk menggunakan rempah dan resepi asli citarasa ASEAN dari Dapur Kak Kek dan keprihatinan Asianketo dalam penyediaan makanan yang sihat tanpa gula dan menggunakan bahan asli menjadikan pek Tishas Low Carb berkualiti tinggi, sedap dan disukai ramai.

Shamsul menaruh harapan tinggi untuk melihat produk yang baru dilancarkan ini dapat membuka satu lagi peluang perniagaan kepada mereka yang mementingkan pengambilan makanan sihat sambil boleh menjana pendapatan tambahan apatah lagi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh dilaksanakan semula.

Beliau juga berkongsi kelebihan produk Tishas Low Carb yang menyasarkan pasaran baru, yang lebih mengutamakan makanan sihat untuk rakyat Malaysia. Produk makanan ini amat sesuai untuk pesakit diabetik atau kencing manis, kanser dan obesiti serta pengamal diet sihat.

“Kami mahu Tishas Low Carb ini bukan sahaja menjadi satu pilihan makanan tetapi peluang perniagaan kepada mana-mana individu yang terjejas akibat pandemik ini.

“Di sini kami memberi mereka peluang untuk mula berniaga sebagai ejen jualan Tishas dengan modal permulaan sebanyak RM50 sahaja,” katanya.

Shamsul yang merupakan Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Operasi Tishas Food Manufacturing Sdn. Bhd. berkata, produk itu mampu memberi margin keuntungan antara 16 hingga 25 peratus kepada mereka yang menjadi ejen dan juga stokis.

Bagi memudahkan ejen dan juga pelanggan, laman web Tishas menyediakan kemudahan e-dagang untuk mereka membuat pembelian terus daripada sistem yang disediakan.

Setelah pelanggan selesai membuat urusan pembelian,  Tishas akan menghantar pesanan itu kepada stokis atau ejen mengikut lokasi pelanggan.

Melalui Central Management System (CMS) di myshop, tishasfood.com.my pula memudahkan ejen dan stokis menguruskan perniagaan dengan lebih tersusun dan ia disediakan secara percuma.

Sistem ini juga menyediakan kemudahan untuk membuat tempahan, menguruskan stok, invois, pembayaran, pesanan penghantaran dan point of sales (POS).

“Pendek kata, kami menyediakan semua kemudahan yang lengkap bagi mereka yang berminat memulakan perniagaan dengan Tishas.

“Matlamat kami, selain menawarkan produk halal dalam pasaran, kami juga mengalu-alukan mereka yang terjejas akibat pandemik ini, suri rumah dan juga yang berminat menambah pendapatan, untuk menyertai rangkaian ejen jualan kami di seluruh negara,” katanya.

Setakat ini, produk jenama Tishas sudah memasuki pasar raya besar mahupun kecil seperti Giant, Mydin, Jusco, Lulu, Sogo, Village Grocer, B.I.G, ST Rosyam Mart, Sri Ternak, OTK, PDM dan pelbagai kedai Halal Mart seperti Azzain, Dr Zainur, Barakah, Lesong, Ramly Mart dan secara dalam talian seperti di Shopee, Jocom, Go Shop dan Lazada. – MalaysiaGazette

Sumber : Malaysia Gazette

Pandangan AzZainMart

Tahniah kepada produk jenama Tishas yang juga turut menjadi pembekal kepada kedai halal Mart kami iaitu AzZainMart. Sebagai usahawan, kita perlulah tidak mempunyai pemikiran untuk berputus asa dalam menghadapi pelbagai rintangan yang dapat membuahkan kejayaan.

kami juga berharap agar produk keluaran anak tempatan ini mampu menembusi pasaran antarabangsa dan menjadi contoh kepada bakal-bakal usahawan di masa akan datang.

Sehubungan itu, pihak AzZainMart ingin mengajak anda bersama-sama menyokong produk keluaran muslim dan tempatan di pasaran. Oleh itu kami juga turut menyediakan alternatif untuk anda mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai produk muslim dan tempatan yang dijamin kualitinya.

Anda boleh layari laman web AzZainMart untuk dapatkan pelbagai maklumat mengenai produk muslim di pasaran.

Posted on Leave a comment

Produk Auntie Tim – 30 Peratus Peningkatan Jualan

auntie tim

Kuala Lumpur : Perniagaan Auntie Tim yang dimulai dari rumah kini semakin berkembang dengan menunjukkan kadar peningkatan jualan yang semakin memberansangkan dalam tempoh dua tahun sahaja menerusi Program [email protected] pada 26 April 2021.

Menerusi program itu ia bukan saja membantu usahawan luar bandar memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan tetapi memasarkan produk secara dalam talian melalui platform e-Dagang.

Pengasas Pes Auntie Tim, Rose Nizeana Mokhtaruddin berkata, [email protected] memudahkan perniagaan kerana ia membantu dari pelbagai aspek termasuk logistik dan penghantaran.

Auntie Tim Semakin Terkenal Setelah Melibatkan Diri Dalam Program Pemasaran [email protected]

auntie tim

“Sebelum ini, konsep perniagaan saya lebih kepada fizikal dengan penjualan secara membuka gerai dan penjualan di laman sesawang sendiri”.

“Namun, cara itu sedikit kurang berkesan kerana kurang membuat promosi pemasaran. Apabila menyertai Program [email protected] pada Disember 2019, produk Auntie Tim makin dikenali ramai dan jualan juga meningkat 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Menurutnya, [email protected] ini juga dapat membantu banyak usahawan kecil terutama yang baru menceburi bidang perniagaan serta tidak mempunyai pengalaman dan memerlukan bantuan panduan dalam memasarkan produk mereka.

“Pihak pentadbir [email protected] akan sentiasa membantu usahawan melakukan promosi dan pemasaran sekali gus menaikkan kesedaran terhadap produk dalam kalangan pengguna”.

“Lebih menarik, apabila ada perayaan, [email protected] banyak melakukan promosi termasuk jualan secara siaran langsung. Ia sekali gus memberikan pengiklanan yang cukup banyak untuk sesuatu produk itu,” katanya.

Pengasas produk Auntie Tim turut berkongsi pengalaman bagaimana dirinya mula memasarkan produk pes ini. Rose Nieana mengungkapkan bahawa produk ini terhasil apabila banyak permintaan terhadap sambal nasi lemak dijual ibunya.

“Dulu, ibu berniaga nasi lemak, namun selepas bapa tidak sihat, ibu terpaksa berhenti berniaga untuk menguruskan bapa. Jadi bila ada permintaan yang banyak, tercetuslah idea untuk komersialkan sambal tetapi ketika itu ia hanya sekadar idea kerana ada perkara lain yang difokus”.

“Selepas beberapa tahun, baru kami ambil serius akan idea terbabit dan mula membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya.

Kejayaan Penghasilan Sembilan Produk Auntie Tim

Auntie Tim bermula dengan satu sambal iaitu sambal serbaguna dan kini jenama itu sudah menghasilkan sembilan produk.

“Kini, kami ada sembilan produk dengan enam pes sedia untuk dimakan dan tiga lagi adalah pes rendang yang siap untuk di masak”.

“Satu kelebihan produk Auntie Tim ini, kita tidak menggunakan bahan pengawet manakala pes boleh tahan sehingga lebih setahun andai belum dibuka lagi,” katanya.

Sementara itu, bagi pengedar produk Bubble O2, Norashidah Ismail, [email protected] salah satu jalan terbaik memasarkan produknya di pasaran terutama pengguna yang mengenali KPLB dan eLokal Sdn Bhd.

Menurutnya, langkah diambil itu secara tidak langsung membolehkan masyarakat mengenali produk Bubble O2 menerusi platform [email protected].

[email protected] ini mengumpul semua produk luar bandar atau kampung yang kebanyakan tidak dikenali. Ia mengumpul, memperaga dan menghebahkan produk yang memang ada tetapi tidak dikenali ramai kerana mungkin usahawan tiada platform memasarkan dan memperkenalkan produk mereka.

“Begitu juga produk air mineral semula jadi Bubble O2 yang mempunyai 162 peratus oksigen larut dalam air.

“Dengan [email protected] ini, pengguna akan nampak produk dihasilkan orang kita, orang Malaysia dan Bumiputera,” katanya.

Sudah menyertai [email protected] selama lebih kurang dua tahun, Norashidah berharap masyarakat terus menyokong [email protected] ini kerana ia platform dalam talian yang memudahkan usahawan dan pengguna.

“Bagi pengguna yang ingin mencari produk Bumiputera, datanglah ke Galeri [email protected] atau membuat pembelian secara dalam talian.

“Bagi usahawan pula, sertai [email protected] untuk memasukkan produk di dalam platform e-dagang ini kerana ia dapat meningkatkan jualan secara dalam talian, sekali gus sesuai dengan pengamalan norma baharu ini,” katanya.

sumber : Harian Metro

Pandangan AzZainMart Terhadap Kejayaan Yang Dicapai oleh Auntie Tim

Pada pandangan kami, ini adalah suatu pencapaian yang amat baik memandangkan produk ini merupakan produk muslim tempatan.

Hasil daripada penelitian bahawa produk Auntie Tim ini menunjukkan potensi yang memberansangkan untuk terus maju di masa akan datang dimana produk ini sesuai bagi individu yang memerlukan sesuatu produk yang mudah untuk dimasak dan dinikmati.

Selain itu, Produk ini juga dapat memberi inspirasi kepada usahawan yang lain untuk terus berusaha dan mencari alternatif dalam mengatur strategi jualan serta nekad untuk mencapai matlamat perniagaan mereka bagi memenuhi keperluan pasaran masa kini.

Oleh itu, masyarakat perlu berbangga kerana negara kita juga mampu menghasilkan ramai lagi usahawan dan produk tempatan disamping dapat memartabatkan produk muslim sebagai pilihan isirumah.

Disini kami di AzZainMart memberi anda kemudahan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk muslim yang berada di pasaran.