auntie tim

Produk Auntie Tim – 30 Peratus Peningkatan Jualan

Kuala Lumpur : Perniagaan Auntie Tim yang dimulai dari rumah kini semakin berkembang dengan menunjukkan kadar peningkatan jualan yang semakin memberansangkan dalam tempoh dua tahun sahaja menerusi Program [email protected] pada 26 April 2021.

Menerusi program itu ia bukan saja membantu usahawan luar bandar memperluaskan pasaran produk dan perkhidmatan tetapi memasarkan produk secara dalam talian melalui platform e-Dagang.

Pengasas Pes Auntie Tim, Rose Nizeana Mokhtaruddin berkata, [email protected] memudahkan perniagaan kerana ia membantu dari pelbagai aspek termasuk logistik dan penghantaran.

Auntie Tim Semakin Terkenal Setelah Melibatkan Diri Dalam Program Pemasaran [email protected]

auntie tim

“Sebelum ini, konsep perniagaan saya lebih kepada fizikal dengan penjualan secara membuka gerai dan penjualan di laman sesawang sendiri”.

“Namun, cara itu sedikit kurang berkesan kerana kurang membuat promosi pemasaran. Apabila menyertai Program [email protected] pada Disember 2019, produk Auntie Tim makin dikenali ramai dan jualan juga meningkat 20 hingga 30 peratus,” katanya.

Menurutnya, [email protected] ini juga dapat membantu banyak usahawan kecil terutama yang baru menceburi bidang perniagaan serta tidak mempunyai pengalaman dan memerlukan bantuan panduan dalam memasarkan produk mereka.

“Pihak pentadbir [email protected] akan sentiasa membantu usahawan melakukan promosi dan pemasaran sekali gus menaikkan kesedaran terhadap produk dalam kalangan pengguna”.

“Lebih menarik, apabila ada perayaan, [email protected] banyak melakukan promosi termasuk jualan secara siaran langsung. Ia sekali gus memberikan pengiklanan yang cukup banyak untuk sesuatu produk itu,” katanya.

Pengasas produk Auntie Tim turut berkongsi pengalaman bagaimana dirinya mula memasarkan produk pes ini. Rose Nieana mengungkapkan bahawa produk ini terhasil apabila banyak permintaan terhadap sambal nasi lemak dijual ibunya.

“Dulu, ibu berniaga nasi lemak, namun selepas bapa tidak sihat, ibu terpaksa berhenti berniaga untuk menguruskan bapa. Jadi bila ada permintaan yang banyak, tercetuslah idea untuk komersialkan sambal tetapi ketika itu ia hanya sekadar idea kerana ada perkara lain yang difokus”.

“Selepas beberapa tahun, baru kami ambil serius akan idea terbabit dan mula membuat penyelidikan dan pembangunan (R&D),” katanya.

Kejayaan Penghasilan Sembilan Produk Auntie Tim

Auntie Tim bermula dengan satu sambal iaitu sambal serbaguna dan kini jenama itu sudah menghasilkan sembilan produk.

“Kini, kami ada sembilan produk dengan enam pes sedia untuk dimakan dan tiga lagi adalah pes rendang yang siap untuk di masak”.

“Satu kelebihan produk Auntie Tim ini, kita tidak menggunakan bahan pengawet manakala pes boleh tahan sehingga lebih setahun andai belum dibuka lagi,” katanya.

Sementara itu, bagi pengedar produk Bubble O2, Norashidah Ismail, [email protected] salah satu jalan terbaik memasarkan produknya di pasaran terutama pengguna yang mengenali KPLB dan eLokal Sdn Bhd.

Menurutnya, langkah diambil itu secara tidak langsung membolehkan masyarakat mengenali produk Bubble O2 menerusi platform [email protected].

[email protected] ini mengumpul semua produk luar bandar atau kampung yang kebanyakan tidak dikenali. Ia mengumpul, memperaga dan menghebahkan produk yang memang ada tetapi tidak dikenali ramai kerana mungkin usahawan tiada platform memasarkan dan memperkenalkan produk mereka.

“Begitu juga produk air mineral semula jadi Bubble O2 yang mempunyai 162 peratus oksigen larut dalam air.

“Dengan [email protected] ini, pengguna akan nampak produk dihasilkan orang kita, orang Malaysia dan Bumiputera,” katanya.

Sudah menyertai [email protected] selama lebih kurang dua tahun, Norashidah berharap masyarakat terus menyokong [email protected] ini kerana ia platform dalam talian yang memudahkan usahawan dan pengguna.

“Bagi pengguna yang ingin mencari produk Bumiputera, datanglah ke Galeri [email protected] atau membuat pembelian secara dalam talian.

“Bagi usahawan pula, sertai [email protected] untuk memasukkan produk di dalam platform e-dagang ini kerana ia dapat meningkatkan jualan secara dalam talian, sekali gus sesuai dengan pengamalan norma baharu ini,” katanya.

sumber : Harian Metro

Pandangan AzZainMart Terhadap Kejayaan Yang Dicapai oleh Auntie Tim

Pada pandangan kami, ini adalah suatu pencapaian yang amat baik memandangkan produk ini merupakan produk muslim tempatan.

Hasil daripada penelitian bahawa produk Auntie Tim ini menunjukkan potensi yang memberansangkan untuk terus maju di masa akan datang dimana produk ini sesuai bagi individu yang memerlukan sesuatu produk yang mudah untuk dimasak dan dinikmati.

Selain itu, Produk ini juga dapat memberi inspirasi kepada usahawan yang lain untuk terus berusaha dan mencari alternatif dalam mengatur strategi jualan serta nekad untuk mencapai matlamat perniagaan mereka bagi memenuhi keperluan pasaran masa kini.

Oleh itu, masyarakat perlu berbangga kerana negara kita juga mampu menghasilkan ramai lagi usahawan dan produk tempatan disamping dapat memartabatkan produk muslim sebagai pilihan isirumah.

Disini kami di AzZainMart memberi anda kemudahan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk muslim yang berada di pasaran.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Shopping cart

0

No products in the cart.

%d bloggers like this: