fbpx

Tanda tanya berhubung pusat penyembelihan ayam

Satu rakaman video yang pada mata kasar menunjukkan penyembelihan dan pemprosesan ayam dilakukan tanpa mengikut hukum syarak selain mengenepikan aspek kebersihan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Aktiviti itu dikatakan berlaku di Seri Kembangan, Selangor.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Datuk Haris Kasim ketika dihubungi Bernama berkata pihaknya dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya telah mengenal pasti lokasi premis berkenaan dan telah menjalankan siasatan.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan lokasi sebenar premis terbabit.

Tanda tanya berhubung pusat penyembelihan ayam

“Laporan berkaitan akan dikeluarkan kemudian setelah siasatan lengkap dilakukan,” katanya.

Haris bagaimanapun berkata berdasarkan kepada klip video berkenaan, premis itu nampaknya tidak mempunyai sijil halal.

“Ini kerana proses untuk mendapatkan sijil halal bagi pusat penyembelihan perlu melalui syarat-syarat ketat termasuk dari aspek kebersihan,” katanya.

Video berdurasi tiga minit 40 saat yang dikongsi di media sosial itu antara lain memaparkan seorang pekerja menyembelih beberapa ekor ayam tanpa mengikut hukum syarak sebelum dibiarkan mati dengan mencampakkannya ke dalam bekas besar berisi air.

Ia turut menunjukkan ayam yang telah disembelih diuruskan di atas lantai simen yang dipenuhi darah oleh beberapa pekerja lain.

— Bernama

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

×

Cart

Dapatkan Kupon

RM5 OFF

Subcribe e-mail kami dan dapatkan kod diskaun serta-merta!