fbpx
e-tunai-rakyat-insentif-RM30

E-Tunai Rakyat: Insentif RM30

Program e-Tunai Rakyat

Touch ‘n Go eWallet adalah rakan kepada Program e-Tunai Rakyat. Program ini adalah inisiatif Belanjawan 2020 oleh kerajaan untuk menggalakan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia

Program ini juga bertujuan untuk memupuk gerakan digital yang lebih selamat dan cekap, tidak kira sama ada anda seorang pengguna atau pemilik perniagaan.

Melalui program ini, pihak kerajaan telah memperuntukkan dana sebanyak RM450 juta yang akan diagihkan melalui satu-kali insentif digital bernilai RM30 kepada 15 juta rakyat yang layak. Insentif ini boleh digunakan di mana-mana rakan niaga yang terlibat.

Bagaimanakah e-Tunai Rakyat akan dijalankan?

RM30 akan diberikan sekali kepada akaun e-wallet individu bagi menggalakkan transaksi tanpa tunai.

Siapakah yang layak untuk program ini?

  1. Warganegara Malaysia yang mempunyai MyKad
  2. Berumur 18 tahun dan ke atas dalam tahun 2020. 
  3. Pendapatan tahunan kurang dari RM100,000

Berapa lamakah Program e-Tunai Rakyat ini?

Pengguna boleh membuat tuntutan mereka bermula 15 Januari 2020 dan program ini akan tamat pada 14 Mac 2020.

Bagaimanakah saya boleh muat turun TNG eWallet?

Anda boleh buat turun TNG eWallet di Google Play Store (bagi telefon pintar Android) atau App Store (bagi telefon pintar iPhones)

Bilakah Anda Boleh Membuat Tuntutan?

Anda boleh membuat e-Tunai Rakyat anda pada 15 Januari 2020.

Di manakah E-Tunai Rakyat ini boleh digunakan?

Sekiranya anda mendapat e-tunai rakyat sebanyak RM30, anda boleh menggunakan sebagai pembayaran di kaunter seluruh cawangan AzZainMart.

Touch ‘N Go eWallet

Video cara Pendaftaran Touch ‘N GO eWallet

 

Korang yang tak pernah register Touch ‘n Go eWallet atau dah pernah install tapi tak pernah topup atau reload, masih berpeluang untuk dapatkan reloa secara percuma. boleh rujuk mana-mana pusat jualan yang menyediakan soft pin reload ewallet touch n go ni.

Jika anda anda soft pun reload, boleh rujuk step di bawah untuk menebus.

1st install apps Touch ‘n Go eWallet di apps store (iPhone) atau play store.

2nd register. Register senang dan cepat je.

3rd Dah selesai register tekan + Reload eWallet. Then click bahagian bawah kiri ada pilihan TNG Reload Pin.

Kegunaan eWallet Touch ‘N Go

Di dalam video ini ditunjukkan penggunaan eWallet ini atau teruskan scroll ke bawah untuk senarai kegunaan.

  1. Scan To Pay
    Dah dapat percuma RM8 kan? jadi RM8 tu boleh buat sebagai pembayaran di mana-mana cawangan AzZainMart!Video Cara Buat Pembayaran Menggunakan eWallet  
  2. Fund Transfer
    Boleh pindah eWallet antara satu sama lain. Suami pindah kat isteri, anak pindah ke Ibu. Pastu boleh datang buat pembayaran di AzZainMart.
  3. App Reload
    Kadang-kadang kami ada juga promosi kalau guna eWallet ni dapat diskaun. Tapi dalam eWallet korang dah habis. So boleh topup dengan cara lain seperti Kad Debit/Kredit dan lain-lain.
  4. Prepaid Top Up
    Boleh top up untuk sesiapa sahaja. Bukan untuk nombor sendiri sahaja.
  5. Postpaid Bills
    yang pakai postpaid pun boleh bayar bill menggunakan eWallet ni. Bukan prepaid je.
  6. Utilities Bills
    Buat masa ni ada untuk pembayaran Astro sahaja.
  7. RFiD
    Ini merupakan satu teknologi baru dari Touch ‘N Go. Sekarang masih dalam fasa percubaan untuk bayar tol lebih pantas tanpa Smart Tag. Kalau nak guna RFiD perlu daftar kenderaan anda terlebih dahulu.
  8. Rewards
    Boleh dapat cashback atau apa-apa promosi lain akan dimaklumkan dalam apps ni.
  9. Movies
    Boleh beli tiket di sini
  10. Flight
    Tiket penerbangan pun boleh beli melalui eWallet Touch ‘N Go ni.

Maklumat lanjut berkenaan Touch ‘N Go eWallet boleh layari https://www.tngdigital.com.my/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Khidmat Pelanggan

Hubungi talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173 atau 03-55230323.

Hantar sebarang komen atau aduan berkenaan perkhidmatan melalui email [email protected] atau [email protected]

Pembayaran

SenangPay
SenangPay-Payment

Logistik

Hubungi Kami

Laman Sosial Kami

Copyright © 2020 azzainmart.com | Cap dagangan AzZainMart dimiliki oleh YAQIN MART SDN BHD (1200250-K)

Shopping cart

0

No products in the cart.