botol-heineken

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN

POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN


Oleh: Bilal Jailani

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 1
akhbar the sun memaparkan iklan Heineken

1. Akhbar The Sun bertarikh 8 Julai 2019 memaparkan poster minuman zero-alcohol keluaran syarikat Heineken dengan slogan “Now You Can”.

Maka timbul persoalan, siapakah yang dimaksudkan dengan “you”?

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 2
akhbar The Sun bertarikh 8 Julai 2019

2. Secara jelasnya, “You” merujuk kepada golongan yang allergic dengan bahan memabukkan (dalam Islam disebut Khamr), yang kita tahu majoriti golongan ini adalah Muslim.

Justeru, saya merasakan iklan ini cuba membawa naratif produk ini sesuai untuk Muslim.

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 3
Iklan asal Heineken 0.0

3. Adakah Heineken Zero-Alcohol halal?

Di sini kita lihat pentingnya umat Islam memahami konsep Haram Lizatihi dan Haram Ligahirihi.

Zat dan pati minuman ini tidaklah memabukkan, tetapi ia tetap haram diguna (consume) kerana beberapa sebab:

a) Mendekatkan diri dengan industri arak: Penggunaan produk ini boleh merobohkan tembok sensitiviti kita, dan hasilnya kita rasa normal apabila di’associate’ dengan arak.

b) Mempromosi jenama arak: Pembelian produk ini dikaitkan dengan sokongan terhadap jenama ini, apatah lagi jika kita dilihat sedang menikmatinya di media sosial atau di alam nyata. Itu adalah pemasaran tak langsung.

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 4
Contoh jenama Malta yang dikeluarkan oleh syarikat arak dan diluar secara berleluasa di pasaran Malaysia.

c) Menyerupai budaya orang kafir: Rasulullah SAW amat sensitif dengan penyerupaan dan perkongsian identiti kufur. Sebolehnya, seorang Muslim mesti dilihat sebagai seorang Muslim, dan tidak menyerupai orang bukan Islam.

d) Menghilangkan kuasa nahi munkar: Orang yang minum produk ini pasti tidak mempunyai aura mencegah keluarganya yang minum arak, kerana dia juga dilihat sebagai minum arak. Nahi munkar itu wajib, maka menjaga aura nahi munkar juga wajib.

4. Jelas bahawa produk ini perlu dijauhi oleh umat Islam. Saya amat bersyukur jika pihak berkuasa agama seperti Jabatan Mufti dan JAKIM dapat mengeluarkan ketetapan yang jelas terhadap isu sebegini.

5. Nota Tambahan:

“Heineken 0.0 is double brewed with 100% natural ingredients, and only 53 calories per 250ml serving. We gently remove the alcohol through vacuum distillation and blend the brew to perfection to ensure that same great Heineken taste,” she said. (Sumber)

Ustaz Bilal Jailani 
Jurulatih dan Perunding Industri
Halal Industry Development Corporation

Sumber: Facebook Bilal Jailani

Kami amat bersetuju dan menyokong usaha pencegahan seperti ini.

Walaupun pihak pengeluar boleh memberi jawapan apakah maksud ‘Now You Can’ yang mereka maksudkan, kita sebagai umat islam harus ke hadapan terlebih dahulu bagi memastikan tubuh badan kita terhindar dari bahan-bahan yang tidak halal.

Sebagai umat islam kita harus mengutamakan makanan halalan thoyyiba. Kita juga dikehendaki menjauhi perkara yang syubhah apatah lagi yang haram.

Semoga kita sama-sama terus diberi peringatan dan dilindungi Allah dari perkara-perkara maksiat.

[EDISI KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN

DISCLAIMER KECIL PADA POSTER HEINEKEN 0.0
Oleh: Bilal jailani

1. Saya baru perasan yang pihak Heineken ada memaparkan penerangan “Heineken 0.0 is retricted to non-Muslim aged 21 years old and above only” di posternya.

DISCLAIMER-KECIL-PADA-POSTER-HEINEKEN

2. Oleh itu, jelaslah pada kita bahawa produk ini memang haram Lizatihi, sekalipun kita tidak dapat akses maklumat proses pembuatannya.

3. Maklumat proses pembuatan amat penting untuk menentukan suatu itu Haram Lizatihi. Ketika saya menulis artikel berkaitan ini sebelum ini, saya menghujah dalam konteks Haram Lighairihi kerana tidak mempunyai maklumat yang cukup berkenaan proses pembuatannya.

4. Hal ini kerana, fatwa yang dikeluarkan Muzarakah Fatwa itu mensyaratkan alkohol itu disuling, atau proses pembuatannya menyerupai proses membuat arak. Siapa yang boleh tahu Heineken suling, atau Heineken menghasilkannya melalui proses membuat arak?

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 5

5. Apabila saya dapat sedikit maklumat tentang proses pembuatannya, saya terus menambah Nota Tambahan Point 5 pada tulisan saya. Walau bagaimanapun, bagi saya ia masih belum cukup untuk mengatakan ia Haram Lizatihi.

6. Hanya selepas saya perasan penafian kecil inilah, baru saya yakin ia Haram Lizatihi. Justeru, bagi saya, isu normalisasi bukanlah isu besar. Isu yang lebih besar adalah kenapa tulisan penafian itu terlalu kecil, hingga ramai tak perasan.

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 6
Asalnya tak perasan, sebab tulisan terlalu kecil. Jadi tak diketahui ini arak atau bukan arak. Sebab itu dibahaskan ia Halal atau Haram. 

Ada satu produk syarikat arak yang jelas dijual bersama produk lain, iaitu Guiness Malta.

So, perlu disiasat samada produk 0.0 ni dalam kategori Guiness Malta, atau kategori Arak.

7. Mengambil contoh praktis Peraturan Penandaan Babi dan Anjing 2013, semua barangan yang diperbuat daripada anjing atau babi mesti ditanda dengan ungkapan “DIPERBUAT DARIPADA ANJING/BABI” dalam bahasa kebangsaan, dengan saiz 10mm. Saya berpandangan arak juga perlu segera dimasukkan dalam peraturan ini.

8. Wakil Heineken Malaysia baru saja menghubungi saya. Saya tanya mengapa disclaimer itu terlalu kecil? Mereka menjawab, “Asalnya ia agak besar di akhbar, kemudian menjadi kecil apabila gambarnya disebar melalui media sosial. Pihak kami akan menambah baik keadaan ini dengan memperbesar saiz tulisan disclaimer seperti ini di masa akan datang, supaya ia tidak lagi mengelirukan muslim”.

[KEMASKINI] POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN 7
Kenyataan rasmi dari Heineken Malaysia Bhd dah jelaskan tentang produk ni

9. Akhir sekali, buat mereka yang sedang bincangkan adakah Heineken 0.0 itu arak padahal ia tak memabukkan, saya ingin kongsikan 2 idea saya:

a) Definisi khamr adalah: suatu yang memabukkan akal manusia yang paling lemah dalam masyarakat jika dikonsumsi pada kadar normal (Bilal, 2019).

b) Suatu bahan yang tidak memabukkan, tetap dikira haram jika diproses dari bahan yang memabukkan. Saya kira Heineken 0.0 haram kerana diproses dari suatu bahan yang memabukkan.

Sekian.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping