
Julung-julung kali diadakan Anugerah perusahaan Kecil Dan Sederhana yang dibawakan oleh Bank Islam Dan Utusan Malaysia. Sebanyak lapan kategori anugerah yang telah disampaikan pada majlis tersebut. Lapan kategori  anugerah yang dipertandingkan adalah Anugerah Perdana, Anugerah PKS Baharu Terbaik (Pertumbuhan  Terbaik), Anugerah Perkhidmatan Hospitaliti Terbaik Pulangan Ekuiti Terbaik, Anugerah Produk Pengguna Terbaik ( Pertumbuhan Terbaik ), Anugerah Produk Pengguna Terbaik (Pulangan Ekuiti Terbaik), Anugerah Produk Pertanian Terbaik Pulangan Ekuiti Terbaik,Anugerah Pemasaran Digital Terbaik dan akhir sekali Anugerah Pembangunan Komunikasi Dan Sosial Terbaik. Mumtaz Meat & Marine Sdn Bhd  telah dipilih untuk menerima Anugerah Produk Pengguna Terbaik (Pulangan Ekuiti Terbaik).
Tujuan Anugerah ini dilaksanakana merupakan plotform utama bagi  PKS patuh syariah untuk menanda  aras dan membangunkan jenama produk serta perkhidmatan mereka dalam menerokai bahagian pasaran  yang lebih meluas. Anugerah disampaikan oleh Pengarah Urusan Bank Islam (M) Berhad, Datuk Seri Zukri Samat; Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Noordin Abbas; Pengerusi SME Corporation, Tan Sri Ir. Dr. Mohamed Al Amin Abdul Majid; dan Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation, Datuk Dr. Hafsah Hashim.

Kami pihak Pengurusan Az-Zain Shah Alam mengucapkan Tahniah kepada Mumtaz Meat & Marine Food Sdn Bhd.