Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir (4)

(Kemaskini) Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir

Jabatan Kimia Malaysia Sahkan Gula-gula White Rabbit mengandungi gelatin Khinzir

Pada 20 Mei yang lepas kami telah menyiarkan berita dari Brunei berikutan terdapat unsur khinzir yang telah dikenal pasti oleh pihak berkuasa di sana di dalam gula-gula White Rabbit.

Alhamdulillah. setelah hampir 4 bulan pihak berkuasa Malaysia pula mengesahkan perkara ini.

Moga sama-sama ambil cakna dan saling ingat mengingati kepada yang lain.

Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir

(Kemaskini) Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir 1
Gula-gula white rabbit menjadi fenomena di Malaysia ketika tahun 80an hingga 90an dan masih dijual hingga kini.

Siaran Akhbar dan Foto : Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 18 Mei. – Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Negara Brunei Darussalam melalui Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH), Jabatan Hal Ehwal Syariah telah menghantar produk makanan gula-gula Creamy Candy berjenama White Rabbit keluaran Negara China untuk dianalisa kandungan bahan ramuan yang digunakan.

(Kemaskini) Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir 2
Radio Television Brunei (RTB) memaparkan gula-gula white rabbit disahkan positif mengandungi protein khinzir

Positif Protein Khinzir

Hasil keputusan penganalisaan makmal yang dibuat oleh Jabatan Perkhidmatan Saintifik, Kementerian Kesihatan telah mendapati bahawa produk tersebut positif mengandungi protein khinzir.

Berikutan hasil dapatan terkini ini, KHEU meminta kerjasama daripada para pengimport dan peniaga untuk membuat pengasingan produk tersebut dari tempat penyimpanan umum dan diletakkan di bahagian ‘Non-Halal’.

Santan Ice Cream yang mengeluarkan Ais Krim dengan perisa gual-gula Rabbit White di Brunei telah menarik produk ini pada 17 Mei 2019 tetapi tiada alasan yang diberikan pada waktu tersebut.

Pengguna Muslim Dikehendaki Menjauhi Dan Tidak Memakan Produk Gula-gula White Rabbit

Pengguna berugama Islam yang memiliki produk terbabit adalah dikehendaki untuk menjauhi dan tidak memakan produk ini.

Sehubungan dengan itu, KHEU juga mengingatkan kepada semua pengimport produk makanan ke negara ini supaya mengambil langkah berpatutan dengan melabel kandungan bahan ramuan produk-produk makanan yang diimport menggunakan bahasa Melayu atau Inggeris secara telus dan bertanggungjawab.

Iklan dari Santan Ice Cream mengenai produk Ais Krim White Rabbit

Pelabelan tersebut bertujuan untuk memudahkan orang ramai mengetahui isi kandungan produk dan membuat pilihan tepat sebelum membeli sebarang produk.

Pelabelan secara salah, mengeliru atau memperdaya boleh dikenakan di bawah peruntukan 9 (b) Akta Kesihatan Awam (Makanan) Penggal 182 iaitu: ”melabel, membungkus, menyediakan, menjual atau mengiklankan sebarang makanan dengan cara yang salah, mengeliru atau memperdayakan tentang ciri, jenis, nilai, bahan, kualiti, komposisi, merit atau keselamatan, kekuatan, ketulenan, berat, asal, umur atau kadarannya, atau dengan melanggar bab 10 atau peruntukan-peruntukan lain Akta ini.”

Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir

Kesalahan sedemikian boleh membawa hukuman penjara selama lima tahun atau suatu denda atau kedua-duanya sekali.

Umat Islam Diingatkan Lebih Berhati-hati Dalam Memilih Produk

KHEU juga mengingatkan orang ramai, terutamanya umat Islam di Negara Brunei Darussalam agar lebih berhati-hati dalam memilih / membeli produk-produk makanan atau minuman yang dijual di pasaran dengan memastikan produk berkenaan mempunyai pengesahan halal dari mana-mana badan pensijilan halal yang diperakui.

hebahan asal gula-gula White Rabbit positif protein khinzir di Instagram Kementerian Hal Ehwal Ugama Brunei

Di samping itu, KHEU menekankan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi mana-mana peniaga yang mempunyai Sijil Halal atau Permit Halal menjual, menghidangkan atau menggunakan produk-produk makanan yang belum mendapat kebenaran daripada Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Bab 37 Perintah Sijil Halal dan Label Halal 2005 dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi dari BND8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pandangan AzZainMart

Kami berpendapat amatlah baik umat islam di Malaysia mengambil langkah yang sama untuk menjauhi dan mengelakkan dari memakan produk gula-gula White Rabbit Ini.

Ini berikutan pihak Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) yang bertindak sebagai pengawal selia makanan Halal di Malaysia belum memberi maklum balas berkenaan hal ini.

Kami sangat kagum dengan usaha Brunei yang dilihat semakin meningkatkan mutu kawalan halal di negara tersebut.

Kami juga telah menghubungi page Facebook Hab Hala Jakim untuk bertanyakan berkenaan hal ini.

(Kemaskini) Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir 3
(Kemaskini) Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir 4
(Kemaskini) Gula-gula White Rabbit mengandungi protein khinzir 5

Semoga kita semua mendapat panduan dari hal ini.

Dokumentari di kilang White Rabbit

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping