AzZainMart menyerahkan Zakat Perniagaan

‘Tidak puas hati, sila jumpa kami’ – LZS

‘Tidak puas hati, sila jumpa kami’ – LZS

'Tidak puas hati, sila jumpa kami' - LZS 1
Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Dr.Aziudin Ahmad (tengah) dan Abdul Basith Hamid (empat kiri) bergambar bersama wakil- wakil syarikat yang membuat pembayaran zakat perniagaan di majlis Iftar dan Penyerahan Zakat Perniagaan bertempat di Wisma PKPS hari ini. Foto oleh MOHD. SHAHARANI SAIBI

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) bersedia menemui mana-mana pihak tidak berpuas hati sehingga menyebarkan fitnah dalam memburukkan agensi itu. 

Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid berkata, ini berikutan institusi agama seperti LZS sering kali menjadi sasaran para netizen yang tidak bertanggungjawab.

'Tidak puas hati, sila jumpa kami' - LZS 2
Wakil AzZainMart, En Mohd Hazwan Bin Jaludin menyerahkan replika cek kepada Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Dr. Aziudin Ahmad bersama Ketua Pegawai Penyelaras LZS, Abdul Basith Hamid.

Katanya, terbaru apabila fitnah itu menggunakan platform politik untuk menyebarkan maklumat palsu mengenai zakat.

Fitnah berniat jahat untuk meruntuhkan LZS

“Kita tidak pasti sejauh mana posting itu mewakili mana-mana parti tetapi secara halusnya ianya memang berniat jahat untuk meruntuhkan LZS.

'Tidak puas hati, sila jumpa kami' - LZS 3

“Jika ada pihak tidak berpuas hati atau ingin mendapatkan maklumat boleh merujuk atau terus ke ibu pejabat kami,” katanya ketika berucap sempena majlis iftar dan penyerahan zakat perniagaan di sini hari ini.

Jelas Abdul Basith , pihaknya sentiasa menyebarkan maklumat pengagihan wang zakat diterima sama ada menerusi media sosial atau media massa yang lain.

Sebelum ini, terdapat surat layang tular di laman sosial Facebook berkaitan luahan seorang individu berkaitan mempersoalkan tentang pembayaran zakat kepada LZS.

Perbandingan jumlah kutipan dan agihan zakat

Kutip RM211.9 juta dan agih RM250.4 juta

Dalam pada itu, beliau menjelaskan sehingga April lalu LZS telah mengutip zakat sebanyak RM211.9 juta dan mengagihkan RM250.4 juta wang zakat di Selangor.

Tambah Abdul Basith, antara agihan utamanya termasuk bantuan kewangan dan makanan bulanan berjumlah RM57.5 juta; bantuan bina, baik pulih dan sewa rumah (RM19.4 juta) dan bantuan keperluan Pendidikan dan yuran persekolahan (RM14.8 juta) kepada asnaf fakir, miskin dan mualaf.

Majlis Iftar dan penyerahan zakat perniagaan 2019

52 buah syarikat RM5.4 juta zakat

Terdahulu pada majlis tersebut, sebanyak 52 buah syarikat menyerahkan zakat perniagaan mereka berjumlah RM5.4 juta yang diterima Timbalan Pengerusi LZS, Datuk Dr. Aziudin Ahmad.

Pada majlis sama, LZS turut menyerahkan sumbangan lapan buah van mobiliti Orang Kelainan Upaya (OKU) bernilai RM1.35 juta kepada rumah warga emas, Institut Pengajian Tinggi dan persatuan OKU terpilih. – K! ONLINE

Sumber: Kosmo Online

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping