Bihun Sufi Miliki dua sijil halal 1

Bihun Sufi Miliki dua sijil halal

Syed Ahmad Zulkifli menunjukkan tanda halal pada Bihun Sufi keluaran syarikatnya
Syed Ahmad Zulkifli menunjukkan tanda halal pada Bihun Sufi keluaran syarikatnya

KUANTAN – Bihun Sufi keluaran syarikat Sufi Brand diyakini halal kerana memiliki dua sijil halal yang diiktiraf iaitu daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Pertubuhan Usahawan Halal Muslim Malaysia (PUHMM) selain berdaftar dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Pengurus Pengedaran Bihun Sufi Brand Wilayah Timur, Syed Ahmad Zulkifli Syed Kassim berkata, sejak dipasarkan pada 2009, produk berkenaan sudah mempunyai sijil halal yang diiktiraf.

Menurutnya, bihun keluaran syarikatnya turut dieksport ke negara Islam seperti China dan Indonesia.

“Bihun yang dihasilkan melalui proses yang menitikberatkan soal kebersihan agar dapat menjamin konsep halal dan toyyiban.

“Buat masa ini, jualan Bihun Sufi sentiasa mendapat sambutan pada setiap bulan selain pelbagai promosi dijalankan,” katanya.

Syed Ahmad Zulkifli Syed Kassim berkata, dengan kelebihan dua sijil halal dimiliki, Sufi Brand ternyata mempunyai ‘bonus’ dalam pasaran terutama kepada pengguna Muslim.

Katanya, dalam usaha menarik lebih ramai pelanggan menggunakan Bihun Sufi, pasaran produk juga semakin luas.

“Permintaan tinggi daripada pelanggan dari dalam dan luar Pahang amat menggalakkan. Justeru, saya harap pengguna yakin dengan produk Bihun Sufi yang dikeluarkan.

“Selain mempunyai kelebihan seperti tahan lama dan lambat basi, bihun ini wajar menjadi pilihan utama pengguna Muslim,” katanya.

Bihun Sufi adalah keluaran 100 peratus Bumiputera itu menggunakan 80 peratus beras dan tepung sagu gred A untuk menghasilkan bihun yang lebih sedap serta berkualiti.

Artikel ini diambil dari http://www.sinarharian.com.my/ bertarikh 6 Jun 2015

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping