Assalamualaikum dan selamat pagi.
Semalam Pegawai eksekutif Jenama Sufi yang mengeluarkan produk Bihun Sufi berkongsi perasaan bahawa bihun sufi sudah boleh didapati di Aeon.
Tapi lihat di foto sebelah kiri yang menunjukkan bihun sufi diletakkan di bahagian paling bawah.
Foto sebelah kanan pula di AzZainMart Shah Alam, bihun sufi diletakkan di bahagian atas dan mendapat ruang penuh sebaris.
Jemput datang ke kedai kecil kami. Tapi hajat kami besar untuk membantu memudahkan umat islam khususnya mendapatkan produk halalan thoyyiba.
Di sini kami menjual pelbagai produk keluaran usahawan muslim dari pelbagai negeri.
Kedai dibuka setiap hari mulai jam 9pagi hingga 9 malam.