60,000kg ayam beku diragui halal cuba dibawa masuk ke Malaysia

60,000kg ayam beku diragui halal cuba dibawa masuk ke Malaysia

60,000kg ayam beku diragui halal cuba dibawa masuk ke Malaysia 1

PADANG BESAR, 3 Jun (Bernama) — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Perlis berjaya menggagalkan dua cubaan membawa masuk ayam beku yang diragui status halalnya dan buah mangga mengandungi haiwan perosak.

60,000kg ayam beku diragui halal cuba dibawa masuk ke Malaysia 2

MAQIS dalam satu kenyataan hari ini, berkata pihaknya berjaya menghalang kemasukan keratan ayam beku ke negara ini pada Sabtu lepas (1 Jun).

Katanya ayam tersebut seberat 60,000 kilogram bernilai RM500,000 didapati tidak mempunyai label yang mengesahkan ayam itu disembelih daripada loji diperakui oleh negara pengekspot iaitu Thailand.

60,000kg ayam beku diragui halal cuba dibawa masuk ke Malaysia 3
Contoh ayam beku dari Thailand

Perbuatan mengimport keratan ayam sejuk beku yang tidak mematuhi syarat-syarat permit import MAQIS menjadi satu kesalahan di bawah Seksyen 15 (1) dan 15(2), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728), kata kenyataan itu.

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali.

MAQIS berpendapat status halal daging ayam tersebut adalah meragukan dan keputusan dibuat supaya keratan ayam sejuk beku itu tidak dibenarkan masuk dengan mengarahkan ejen/pengimport membawa balik semula ke negara asal.

Sementara itu, MAQIS turut mematahkan cubaan membawa masuk mangga import dipercayai mengandungi haiwan perosak iaitu kumbang pengorek buah di Kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Padang Besar, semalam (2 Jun).

MAQIS turut menahan dua lori kira-kira 4 petang yang membawa muatan buah mangga import dari Thailand seberat 9,600 kilogram dengan anggaran nilai RM144,000.

Katanya hasil pemeriksaan yang dilakukan terhadap beberapa buah mangga itu menemukan kumbang pengorek buah.

Perbuatan mengimport tumbuhan dan buah–buahan yang mengandungi haiwan perosak dan berpenyakit adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 14, Akta Perkhidmatan Kurantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya.

BERNAMA

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping