Telah Tertumpas Sindiket Air Zam-Zam Palsu Di Maakah. 1

Telah Tertumpas Sindiket Air Zam-Zam Palsu Di Maakah.

Arab Saudi berjaya menumpaskan sindiket pembungkusan air zam-zam palsu yang semakin berleluasa.

Menerusi perkongsian Facebook Setiausaha akhbar kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham Mokhles, beliau telah memuat naik satu status bersama video paparan sindiket tersebut yang menggunakan air paip.

“Pihak berkuasa Arab Saudi difahamkan telah berjaya menumpaskan sindiket pembungkusan air zam-zam palsu di negara tersebut.

“Ramai yang tertipu selama ini, apabila sindiket terbabit hanya menggunakan air paip dan kemudiannya membotolkannya sebagai air zam-zam untuk dijual termasuk di eksport,”tulis status tersebut.sindiket air zam zamPada Jumaat, pihak berkuasa Arab Saudi bertindak memusnahkan ratusan ribu botol air zamzam palsu manakala puluhan premis dan kedai yang terlibat dengan kegiatan berkenaan disita dalam serbuan besar-besaran di seluruh negara.

Menurut Saudi Gazette, serbuan itu susulan aduan mengenai pihak tertentu yang didapati cuba mengambil kesempatan ekoran permintaan tinggi terhadap air zamzam sebagai minuman utama ketika berbuka puasa selain kuantiti besar yang sering dibeli oleh jemaah umrah sepanjang Ramadan.

Sehubungan itu, kerajaan Arab Saudi membenarkan hanya kedai-kedai berdaftar untuk menjual air zamzam bagi mengekang pengedarannnya di pasaran gelap serta memastikan para jemaah dan penduduk menerima bekalan air zamzam tulen.

Dalam pada itu, masih terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan air zamzam palsu yang telah dicampur dengan air biasa.

Awal minggu lalu, pihak berkuasa Madinah berjaya merampas lebih 3,000 botol air zamzam palsu yang ditampal dengan pelekat Projek Air Zamzam Raja Abdullah di tempat letak kereta di sebuah kawasan perumahan.-SuaraTV

Sumber

MAKLUMAN: PIHAK KAMI SUDAH TIDAK MENGEDARKAN LAGI AIR ZAM-ZAM SELARAS DENGAN LARANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA 13 MEI 2015.
LAYARI ISU PENJUALAN AIR ZAM-ZAM UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

2 comments

    Salam admin,

    Diharap saya dapat sedikit penjelasan. Malam ni 8/8/17 saya membeli air zam zam di az zain hulu langat dan membeli air zam zam 10l RM 140. Sebelum mengkaji & check di dalam website. Sekadar bertanya adakah air yg saya beli juga kategori palsu? Disebab kan saya bertanya kepada cashier, dia menjawab az zain cuma mendapat air direct daripada tabung haji.

    Saya perlukan pencerahan
    019/4953517 – DANI

      Waalaikumussalam.

      maaf kami tiada maklumat berkenaan ketulenan air zam zam tersebut.

      kesemua 5 cawangan kami tidak menjual air zam-zam. senarai cawangan kami di sini: http://azzainmart.com/index.php/hubungi-kami-3/

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping