Sindiket Proses Air Zam Zam Di Melaka Tidak Benar 1

Sindiket Proses Air Zam Zam Di Melaka Tidak Benar

MAKLUMAN: PIHAK KAMI SUDAH TIDAK MENGEDARKAN LAGI AIR ZAM-ZAM SELARAS DENGAN LARANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA 13 MEI 2015.
LAYARI ISU PENJUALAN AIR ZAM-ZAM UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Artikel ini dikeluarkan oleh akhbar Sinar Harian pada 4 April 2015

MELAKA – Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Melaka, Mohd Faisal Rahman menafikan status yang dimuat naik seorang pemilik akaun di laman sosial Facebook kononnya wujud sindiket memproses dan membungkus air zamzam tiruan di negeri ini.

Menurutnya, status yang didakwa wujud sejak semalam dan mendapat perhatian ramai pengguna internet itu menyatakan operasi membungkus air zamzam tersebut dijalankan di negeri ini dan meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan.

“Sebaik mengetahui mengenai perkara itu, kami telah menjalankan siasatan merujuk Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim), tetapi tiada sebarang bukti menunjukkan aktiviti yang digambarkan itu berlaku di negeri ini.

“Kami juga cuba mendapatkan maklumat daripada pemilik status berkenaan untuk memastikan ia benar-benar sahih namun ternyata ia palsu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Bagaimanapun, setelah beberapa jam ia dipaparkan, pemilik akaun berkenaan kemudiannya menukar status tersebut dengan menyatakan ia sebenarnya berlaku di sebuah tempat di Makkah.

sumber

Berikut merupakan gambar-gambar air zam zam tiruan yang disebarkan meluas.

17298_420918701415867_3931840239099190817_n 11083672_899669953411855_3233857930394256420_n 11088553_420918724749198_2226178096507687005_n air zam-zam palsu

Pihak kami amat menentang sindiket pemalsuan Air Zam Zam ini. Bersama ini kami kongsikan tip untuk mengenali air zam-zam.

1. Dapatkan Air Zam Zam dari pembekal yang dipercayai dan mempunyai integriti yang tinggi.

2. Air Zam Zam mempunyai pH air beralkali. Air paip akan menunjukkan pH air asid bila diuji.

3. Pek air zam zam yang terkini adalah 10L seperti di dalam gambar yang di atas. Di dalam gambar yang disertakan anda juga dapat lihat seorang lelaki duduk mencangkung menadah air ke dalam pek botol air zam zam yang serupa tetapi lebih kecil (kemungkinan 5L).

4. Air zam-zam mempunya rasa payau yang istimewa. rasa ini akan semakin berkurangan mengikut masa.

anda ada tips lain? kongsikan di bawah.

MAKLUMAN: PIHAK KAMI SUDAH TIDAK MENGEDARKAN LAGI AIR ZAM-ZAM SELARAS DENGAN LARANGAN YANG DIKELUARKAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA PADA 13 MEI 2015.
LAYARI ISU PENJUALAN AIR ZAM-ZAM  UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Bacaan berkaitan:

Apakah Hukum Menjual Air Zam-Zam?

Dapatkan Air Zam Zam Di Sini

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping