KESAN GST TERHADAP PELANGGAN KAMI 1

KESAN GST TERHADAP PELANGGAN KAMI

Sebagai perniagaan bedaftar GST kami telah mula melaksanakan cukai baru ini sejak 1 April 2015 yang lalu.
Cawangan-cawangan kami dikenali sebagai antara kedai produk halal yang menjual pada harga yang lebih rendah berbanding kedai seumpama kami.
Dengan pestrukturan cukai GST yang baru, kami tidak terlepas dan terkesan akibat pelaksanaan cukai baru ini.
Justeru kami cuba memberi harga yang terbaik kepada pelanggan yang banyak menyokong kami dalam memperjuangkan ekonomi fardhu kifayah ini.
Sudah tanggung jawab kami memberikan harga yang terbaik kepada para pelanggan dan kami cuba mengekalkan sebahagian besar daripada harga jualan sebelum ini.
Penerangan lanjut mengenai kesan GST terhadap pelanggan kami diterangkan di dalam gambar-gambar yang disertakan.
Untuk info ringkas, setelah pelaksanaan GST di rangkaian kedai kami, sebanyak 33% harga kekal seperti sebelum ini, 23% naik sebanyak 3% dan baki 44% naik sebanyak 6%.

Az-Zain Shah Alam  Yaqin Mart GST ID: 001534509056 9, Jalan Tukul P15/P,Seksyen 15,  40200 Shah Alam, Selangor (3.06408,101.52403) 03-55230323 www.azzainmart.com Az-Zain Bandar Putera 2 Yaqin Mart GST ID: 001534509056 9, Jalan Kebun Nenas 4A/KS8, Bandar Putera 2, 41200 Klang, Selangor. 03-51611721 (2.97886, 101.50051) Az-Zain USJ Yaqin Trading GST ID: 000493805568 D3-00-01, COURT 4, USJ 8  Jalan Kewajipan, 47610 Subang Jaya, Selangor.  03-80810173 (3.04628, 101.58937)
Az-Zain Shah Alam
Yaqin Mart
GST ID: 001534509056
9, Jalan Tukul P15/P,Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor
(3.06408,101.52403)
03-55230323
www.azzainmart.com
Az-Zain Bandar Putera 2
Yaqin Mart
GST ID: 001534509056
9, Jalan Kebun Nenas 4A/KS8, Bandar Putera 2,
41200 Klang, Selangor.
03-51611721
(2.97886, 101.50051)
Az-Zain USJ
Yaqin Trading
GST ID: 000493805568
D3-00-01, COURT 4, USJ 8
Jalan Kewajipan,
47610 Subang Jaya, Selangor.
03-80810173
(3.04628, 101.58937)

 

GST7
Setelah pelaksanaan GST di rangkaian kedai kami, sebanyak 33% harga kekal seperti sebelum ini. Harga kekal termasuk 6% GST yang dikenakan kepada pelanggan telah kami serap bagi mengekalkan harga sedia ada. 23% naik sebanyak 3%. 3% GST kami serap menyebabkan harga barang hanya naik sebanyak 3%. 44% naik sebanyak 6%.
GST1
12% barang berkada sifar GST. Senarai barang boleh dapatkan di sini: http://gst.customs.gov.my/en/cp/SiteAssets/GST%20List%20of%20Sundry%20Goods%20(15%20JAN%202015).pdf

GST2

GST5
Beras, Tepung, Mi dan Roti tiada GST. Hanya roti putih berkadar sifar GST. Semua jenis beras berkadar sifar. Semua jenis tepung berkadar sifar. Mi berkadar sifar hanya mi basah. Mi kering berkadar 6% GST.
GST4
Buah-buahan & sayur-sayuran berkadar sifar GST tetapi buahan yang dikeringkan atau dijeruk berkadar standard 6% GST. Contoh barang yang berkaitan seperti kurma kering dan buah tin kering.
GST6
Daging ayam, puyuh, lembu tiada GST. Termasuk yang telah dipotong kecil dan dikisar. daging yang sudah dicampur kunyit atau lada hitam atau lain-lain bahan berkadar standard 6% GST.

Bagi jangka masa panjang, kami akan berusaha menurunkan harga barang melalui perbincangan dengan pembekal dan mencari pembekal lain yang menawarkan harga lebih rendah.
Sebagai sebuah perniagaan kecil yang mempunyai pekerja kurang 10 orang ini, tidak dinafikan banyak kekurangan yang pelanggan akan alami. Jika kami ada membuat kesalahan mengenai pelaksanaan GST harap dapat terus rujuk pada petugas di kedai. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang pelanggan hadapi.
Sebarang pertanyaan mengenai GST di rangkaian kedai kami boleh hubungi En. Hazwan di talian 013-7195173.
Sekian, terima kasih.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping