Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 1

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART)

Pada 23-28 Mac 2021 yang lalu telah berlangsung Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) di Hotel Primera Kuala Lumpur yang telah disertai oleh En Mohd Hazwan Bin Jaludin selaku Ketua Pegawai Operasi di YAQIN MART SDN BHD mewakili AZZAINMART.

Program ini merupakan anjuran Bahagian Infrastruktur Komersial (BIK) MARA dengan tujuan seperti berikut:

  • Untuk mengaudit dan mengukur tahap kedudukan semasa perniagaan para peserta
  • Membantu para peserta untuk membangunkan strategi dan pelan tindakan bisnes masing-masing
  • Meningkatkan peluang menstabilkan tahap jualan dan menjana keuntungan syarikat melalui strategi dan pelan tindakan bisnes yang dirangka.
  • Membantu para peserta untuk memilih dan fokus kepada saluran pemasaran, aktiviti pengiklanan dan jualan yang tepat dan bersesuaian dengan kemampuan, keupayaan dan kapasiti masing-masing.
  • Memberi pendedahan tentang kepentingan Rancangan Perniagaan yang supaya menjadi panduan dalam menguruskan operasi perniagaan dan keyakinan pembiayaan.

Program Istimewa ini adalah julung-julung kalinya diadakan oleh Bahagian Infrastruktur dan Komersial MARA selepas menjalankan beberapa program seperti:

  • U.n.i Klinik
  • U.n.i Farmasi
  • Pembangunan Usahawan Automotif Mara Petronas (PUMP)
  • Hair in Trend (HiT) Barber
  • MARA My-Sutera – Canggih Go

dan pelbagai lagi program yang berimpak tinggi yang boleh lihat di sini: MARA Special Program

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 2
Antara Special Program BIK MARA

Coach Sahar membimbing peserta Halmart

Pada hari pertama program kami telah dibimbing oleh En Sahar Sahad yang lebih dikenali sebagai Coach Sahar.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Operasi di Smart Franchise Partner Sdn Bhd dan aktif berkongsi dan memberi bimbingan berkaitan teknikal bisnes.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 3

Selain menjadi konsultan pembangunan perniagan francais, Coach Sahar sering dijemput dari pelbagai agensi seperti FAMA dan PNS untuk membantu usahawan IKS (Industri Kecil Sederhana).

Selain itu, beliau turut aktif di laman sosial Facebook dan mempunyai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma: Aplikasi Sahar Sahad

Melalui sesi bersama Coach Sahar kami telah didedahkan dengan pelbagai ilmu teknikal bagi perniagaan Halal Mart antaranya:

  • Pemilihan konsep kedai dan USP
  • Pemilihan produk dan pengurusan pembekal
  • Kepelbagaian sumber pendapatan
  • Audit perniagaan
  • Nilai tawaran kepada pelanggan
  • Pengiklanan dan promosi jualan
Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 5
Sebahagian nota yang dicatatkan dari sesi Coach Sahar

Sesi soal jawab bersama BIK

Sebelum bermula sesi kedua bagi program ini, kami telah mengadakan sesi soal jawab bersama Puan Roziah binti Osman, Timbalan Pengarah BIK MARA.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 6

Sesi ini dijalankan secara langsung berikutan Pn Roziah berada dalam kuarantin wajib kerana kontak rapat.

Walaubagaimanapun, sesi ini berjalan lancar dan para peserta aktif memberikan soalan bagi mendapat penjelasan lanjut tentang hala tuju program ini.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 7

Para peserta juga dimaklumkan tentang 300 pembekal produk yang telah dipilih untuk dipadankan melalui program lain yang telah dianjurkan oleh MARA.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 8
Poster Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart

Cikgu Linda bantu hasilkan RP berimpak tinggi

Bagi sesi kedua program ini, kami kemudiannya dibimbing oleh konsultan perniagaan Puan Haslinda Hashim yang lebih dikenali sebagai Cikgu Linda.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 9

Cikgu Linda merupakan seorang usahawan dan juga konsultan dengan pengalaman perniagaan melebihi 25 tahun.

Beliau merupakan konsultan MARA bagi bidang bimbingan peningkatan perniagaan dan juga menjadi pakar teknikal di beberapa agensi lain.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 10

Melalui sesi bersama Cikgu Linda, para peserta dibimbing dengan terperinci untuk menghasilkan Rancangan Perniagaan (RP) yang berimpak tinggi.

Segala nombor dan fakta perlu diletakkan di tempat yang betul bagi menghasilkan RP yang mengikuti selera penerima.

RP para peserta juga disemak seorang demi seorang bersama Cikgu Linda. Antara bahagian yang perlu diperhatikan adalah:

  • Margin Bersih, Titik Pulang Modal dan jumlah zakat
  • Keperluan-keperluan pra-operasi
  • Jumlah keperluan projek dan kemampuan pembayaran pembiayaan

Kemudahan Pembiayaan Perniagaan MARA

Program ini disertakan dengan pendedahan kemudahan pembiayaan yang disediakan MARA yang disampaikan oleh Puan Rozaina dari Bahagian Pembiayaan Perniagaan.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 11
Antara program pembiayaan yang disediakan MARA

Secara keseluruhan terdapat 13 program pembiayaan yang disediakan oleh MARA iaitu seperti berikut:

  • Program Usahawan Lepasan Institusi Pendidikan MARA / Belia (PUTRA)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Lepasan Institusi Pendidikan MARA (SEMAi)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Khas Wanita (DanaNITA)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Orang Kelainan Upaya (OKU)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Bergerak (Mobile Business)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya (SPiM)
  • Program Pembangunan Usahawan Teknikal (PUTEK)
  • Skim Pembiayaan Kontrak Ekspres (SPiKE)
  • Skim Pembiayaan Perniagaan Mudah Jaya Usahawan Tekno (SPiM Tekno)
  • Program Pembangunan Rantaian Nilai Industri (PRiN)
  • Program MARA Integrated Smart Auto (MISA)
  • Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB)
  • Skim Jaminan Usahawan MARA (SJUM)

Para usahawan boleh memohon secara dalam talian dan juga mendapatkan borang untuk diisi dengan berhubung dengan Pegawai MARA Daerah yang berdekatan.

Sesi dialog bersama MARA

Program ini cukup istimewa dengan kehadiran En Zahari Bin Aziz, Pengarah Bahagian Infrastruktur Dan Komersial dan juga Encik A. Razu Abd Razak, Pengarah Bahagian Pembiayaan MARA yang turut serta dalam sesi dialog bersama peserta.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 12
En Zahari Pengarah BIK MARA memberikan ucapan

Sesi dialog dimulakan dengan ucapan En Zahari yang mengharapkan para peserta dapat terus bertahan dan berkembang sewaktu pandemik Covid 19 ini dan berkongsi harapan dan hala tuju program Halmart yang dianjurkan oleh Bahagian Infrastruktur dan Komersial (BIK).

Beliau juga memberi makluman bagaimana pegawai dan petugas BIK akan mengekori rapat perjalanan para peserta selepas tamatnya program ini bagi menunjukkan komitmen BIK dalam membantu perniagaan para usahawan.

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 13
Encik A. Razu, Pengarah Bahagian Pembiayaan MARA menjawab persoalan peserta

Sesi dialog diteruskan dengan soalan-soalan yang diberikan oleh peserta. Bagi persoalan berkaitan pembiayaan, Encik A. Razu akan memberi jawapan secara terus dan jelas.

Kehadiran kedua-dua individu penting ke dalam program ini memberikan impak yang tinggi kepada para peserta menunjukkan komitmen yang telah diberikan oleh MARA terhadap program ini.

Senarai peserta program Halmart

Program ini dengan jayanya telah disertai oleh 15 buah perniagaan iaitu seperti berikut:

  1. AzZainmart (8 cawangan di Lembah Klang)
  2. Anna Maju Mini Market (Melaka)
  3. Pantai Remis Fresh Mart (Perak)
  4. Pasaraya Mukmin Mart (2 buah pasaraya di Pahang)
  5. Al-Iman Halal Mart (2 cawangan di Melaka)
  6. Suffy Halal Mart (2 cawangan di Perak)
  7. Misa Frozen (Negeri Sembilan)
  8. Khadeeja Halal Mart (2 cawangan di Kelantan)
  9. Madani Halal Mart (Selangor)
  10. Aisyah mart (2 cawangan di Selangor)
  11. IdeealMart (2 cawangan di Terengganu)
  12. Rizq Halal Mart (Selangor)
  13. Jalinan Qaseh (Perak)
  14. Fitrah Mart (2 cawangan di Johor)
  15. Arismart (Selangor)

AzZainmart mengucapkan ribuan terima kasih kepada MARA selaku pihak penganjur atas program istimewa yang dijalankan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada Coach Sahar, Cikgu Linda dan semua urusetia program yang terlibat dalam menjayakan Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART).

Program Pembangunan Peruncitan MARA Halal Mart (HALMART) 14
Para peserta bergambar bersama tenaga pengajar dan pegawai MARA.

Kami dan seluruh rakan-rakan peserta berazam untuk bersama meningkatkan keupayaan perniagaan masing-masing secara tidak langsung dapat meningkatkan rantaian ekonomi islam. Insya Allah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping