Premis sembelihan ayam bercampur bangkai

Premis Sembelihan Ayam Bercampur Bangkai

KUALA LUMPUR 7 Feb. – Dua premis sembelihan ayam di Pasar Borong Selayang dekat sini diserbu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) selepas dipercayai gagal melakukan penyembelihan dan pemprosesan mengikut piawaan ditetapkan.

Premis sembelihan ayam bercampur bangkai

Serbuan pada pagi ini dilakukan dalam Operasi Bersepadu Penjaja oleh MPS selepas pihaknya mendapat aduan daripada orang ramai yang tidak berpuas hati dengan tahap kebersihan di pasar borong berkenaan.

Premis Tidak Mematuhi Aspek Penyembelihan Dan Tahap Kebersihan

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, pihaknya mendapati premis berkenaan tidak mematuhi aspek penyembelihan yang ditetapkan selain faktor kebersihan yang boleh mengundang pelbagai isu kesihatan.

“Melalui pemeriksaan, kami mendapati dua premis itu melakukan penyembelihan dan memproses ayam secara terbuka tanpa tempat penyembelihan khas.

Premis Sembelihan Ayam Bercampur Bangkai 1

Bangai, Sisa, Isi Perut Dan Darah Ayam Dibiarkan Di Atas Lantai Dalam Masa Yang Lama

“Beberapa pekerja warga asing yang digajikan turut membiarkan bangkai, sisa-sisa iaitu isi perut dan darah ayam di atas lantai dalam masa yang lama dan boleh mengundang pelbagai masalah kebersihan,” katanya.

Mohamad Zin berkata, pihaknya mengeluarkan tiga kompaun terhadap kedua-dua premis berkenaan mengikut Seksyen 6 dan Seksyen 74 Undang-Undang Kecil 21(1)d.

Premis Sembelihan Ayam Bercampur Bangkai 2

“Kedua-dua premis itu didapati tidak mempunyai tong sampah yang tertutup dan membiarkan bahagian belakang premis sebagai tempat penyediaan dan penyimpanan ayam segar dalam keadaan kotor dan melakukan pengaliran sisa terus ke longkang,” katanya.

Sementara itu, Mohamad Zin berkata, dalam operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) itu, seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditangkap kerana tidak mempunyai permit pekerjaan dan dokumen perjalanan yang sah mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Premis Sembelihan Ayam Bercampur Bangkai 3

Tambahnya, MPS akan terus meningkatkan operasi seumpama ini bagi memastikan premis sembelihan ayam yang lain turut menjaga kebersihan.

Katanya, operasi berkenaan turut melibatkan 10 anggota penguat kuasa MPS bersama lima anggota penguat kuasa JIM Selangor serta dua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) cawangan Batu Caves. –

Sumber: UTUSAN ONLINE

Beli Ayam Halal Secara Online Di Sini

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping