Pokok Kari Di AzZainMart Shah Alam : Sedekah Mudah 1

Pokok Kari Di AzZainMart Shah Alam : Sedekah Mudah

Alhamdulillah hujan baru turun membasahi Shah Alam. Mudah mudahan kualiti udara yang kurang baik akibat jerebu dapat semakin baik dengan turunnya hujan tadi.

Pokok kari kami yang ditanam seperti di dalam gambar juga menikmati hujan yang turun. Lihat pokok kari tumbuh segar dan merimbun di ruang terhad yang ada. Kami memberi secara percuma kepada mana-mana yang ingin mengambil sedikit daun kari untuk digunakan dalam masakan.

Pokok kari tidak semakin kurang apabila diberi. Malah semakin rimbun dan sihat tumbuhnya. Begitulah apa yang dikatakan tentang sedekah. Sedekah tidak akan membuat seseorang jatuh miskin. Ada barakah dan ganjaran yang Allah akan berikan.

Jika bukan pada harta, nikmat kesihatan, iman, kebahagiaan juga adalah pemberian Allah kepada orang yang memberi. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat dari perkongsian ringkas petang ini. Wallahua’lam.
pokok kari

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping