fbpx
PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

Sidang khas hari ini mendengarkan pengesahan KKM berhubung peningkatan kes-kes positif di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Selepas mendapat nasihat KKM dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain.

Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas MKN hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.

PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya

Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut :

  • Pergerakan keluar masuk dan merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.
  • Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
  • Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, innstitut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
  • Masjid dan rumah ibadat bukan Islam lain adalah ditutup.
  • Semua aktiviti sukan, rekreasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
  • Pusat-pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya

Walaubagimanapun, semua kegiatan ekonomi di Selagor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa.

Senarai SOP lanjut dan lebih terperinci akan diumumkan oleh MKN dalam masa terdekat.

Penutup

“Akhir sekali, saya ingin terus ingatkan kepada semua rakyat di negara ini bahawa kita masih dalam tempoh Perintah Kawaln Pergerakan Pemulihan (PKPP).”

PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 2

“Semua SOP asas PKPP masih lagi berkuat kuasa. Walaupun hampir keseluruhan sektor telah dibuka, namun masih terdapat aktiviti yang masih dalam senarai yang tidak dibenarkan. Setiap hari masih ada tangkapan-tangkapan dibuat terhadap individu-individu yang gagal mematuhi SOP yang ditetapkan.

Saya ingin mengingatkan orang ramai agar sentiasa mematuhi SOP asas seperti pemakaian pelitup muka di tempat awam, penjarakan fizikal, kerap cuci tangan dengan sabun dan hand sanitizer dan lain-lain. Sentiasa amalkan norma baharu dan kawalan kendiri detiap masa untuk kekal selamat.”

PKPB di Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya 3

AzZainMart Menyediakan Home Delivery!

Untuk makluman, semua cawangan kami menyedikan khidmat penghantaran pada hari yang sama di kawasan sekitar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Khidmat Pelanggan

Hubungi talian khidmat pelanggan kami di 013-7195173 atau 03-55230323.

Hantar sebarang komen atau aduan berkenaan perkhidmatan melalui email [email protected] atau [email protected]

AzZainMart

Pembayaran

SenangPay
SenangPay-Payment

Logistik

Hubungi Kami

Laman Sosial Kami

Copyright © 2020 azzainmart.com | Cap dagangan AzZainMart dimiliki oleh YAQIN MART SDN BHD (1200250-K)

Shopping cart

0

No products in the cart.

%d bloggers like this: