Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri Malt - JAKIM 1

Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri Malt – JAKIM

Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri Malt

Berdasarkan semakan pihak kami terhadap status halal produk minuman jenama Nutri Malt keluaran syarikat Carlsberg Brewery Malaysia Berhad yang tular di media sosial tersebut, ianya TIDAK MEMILIKI dan TIDAK LAYAK untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri Malt - JAKIM 2
Nutri Malt berada bersama produk lain keluaran Carlsberg

Hal ini bertepatan dengan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 Klausa 6 (2):-

“Syarikat yang mengeluar dan/atau mengedar produk halal dan tidak halal (termasuklah perkhidmatan penghantaran makanan) TIDAK LAYAK untuk memohon pensijilan halal Malaysia.”

Untuk maklum balas lanjut berkaitan hukum hakam, boleh rujuk pandangan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di:- https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3572-bayan-linnas-siri-ke-198-produk-minuman-yang-menyerupai-arak

Demikian juga yang disebut oleh al-Rahibani dalam Mazhab Hanbali bahawa diharamkan menyerupai golongan peminum arak, bahkan ditakzir pelakunya walaupun minuman itu sendiri halal. Jika berkumpul suatu kumpulan, diadakan majlis, dibawakan alat-alat minuman dan bekas-bekasnya, lalu dituangkan padanya minuman al-sakanjabin (bukan arak) atau seumpamanya, dengan dilantik seorang pelayan untuk melayani mereka. Di samping mereka saling mengucapkan perkataan-perkataan yang biasa diucapkan oleh peminum arak (seperti “cheers”), maka hukumnya adalah haram walaupun minuman itu halal kerana majlis tersebut menyerupai majlis peminum arak. (Lihat Matalib Uli al-Nuha fi Syarh Ghayah al-Muntaha, 6/219)

Hal ini sama dengan status minuman tidak beralkohol yang dikeluarkan oleh syarikat arak. Ini kerana, selain daripada syarikat yang mengeluarkannya adalah syarikat arak, ia dipakejkan dalam bentuk botol arak dan mempamerkan jenama arak. Oleh itu, kami amat bersetuju dengan ketetapan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa ke-19 pada tahun 1987 berkenaan produk Malta Guiness yang antara lain menetapkan bahawa:

Jawatankuasa fatwa tidak wajar mengisyhtiharkan minuman Guiness Malta ini halal, walaupun pada hakikatnya (kandungan) minuman ini halal kerana ditakuti menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.”

Kami melihat kaedah yang digunakan pada pengeluaran fatwa ini adalah amat tepat, dan ia sebenarnya merupakan kaedah sadd al-zari’ah (menutup pintu kemudaratan) dan mengambil kira fiqh ma’alat al-af’aal (fiqh implikasi). 

Sumber: BAYAN LINNAS SIRI KE-198: PRODUK MINUMAN YANG MENYERUPAI ARAK – PEJABAT MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN

Selaku pihak berkuasa pensijilan halal Malaysia, kami menyarankan agar umat Islam memilih produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia kerana ia bukan sahaja dijamin halal tetapi toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan dan perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.

Bagi memudahkan pengguna membuat semakan status halal produk atau premis makanan di luar sana, berikut disertakan panduan penuh bagi tujuan berkenaan melalui pautan-pautan berikut:-

✳️ Portal Rasmi Halal Malaysia:-
https://tinyurl.com/yujuuxch

✳️ Aplikasi Telefon Pintar SmartHalal:-
https://tinyurl.com/2cyjz3jx

✳️ Aplikasi Telefon Pintar Verify Halal:-
https://tinyurl.com/wvu5tmdn

Bagi sebarang kemusykilan dan penjelasan berkenaan isu-isu halal yang #tular boleh layari laman FB Bahagian Hab Halal.

Terima kasih.

Seksyen Komunikasi Korporat,
Bahagian Pengurusan Halal,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
📧 [email protected]
☎ 03-8892 5000/1
13 Rabiulakhir 1444 H
08 November 2022 M

Minuman Yang Tidak Halal Di 7 Eleven

Komen AZZAINMART

Kami hasilkan video reaksi yang boleh ditonton di bawah.

@azzainmart kami beri video reaksi berkaitan isu tular video minuman tidak halal di 7Eleven. untuk versi bertulis boleh layari laman web kami di azzainmart.com. apa pandangan anda berkenaan isu ini? #azzainmart ♬ original sound – azzainmart
@azzainmart sambung isu minuman tidak halal di 7 eleven. #azzainmart ♬ original sound – azzainmart

Isu yang tular ini tidak jauh seperti yang kami pernah kongsikan di sini sebelum ini iaitu: POSTER [NOW YOU CAN] SYARIKAT HEINEKEN

Penjelasan Isu Tular Produk Minuman Jenama Nutri Malt - JAKIM 3
produk Malta keluaran Heineken yang juga produk yang sama seperti Nutri Malt.

kami menyokong terus usaha-usaha kesedaran seperti ini. Sama-sama lah kita ambil tindakan dan saling memberi teguran.

Pilihlah yang halal, tinggalkan yang haram, jauhilah yang syubhah.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping