Artikel ini diambil dari Laman Facebook Eatime berkenaan patin sangkar sungan dan patin kolam.
Ikan Patin atau nama saintifiknya Pangasianodon hypophthalmus (dulu dikenali sebagai Pangasius Sutchi) adalah spesies ikan air tawar yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.
Pada suatu ketika dulu, ikan ini pernah mencetuskan kontroversi di Malaysia kerana harganya yang boleh mencecah RM180.00 sekilogram terutamanya di sekitar negeri Pahang.
Di Pahang, ikan patin terkenal dengan keenakan dan kelembutannya kerana mempunyai persekitaran yang sesuai sebagai habitat ikan ini.
Masakan yang menjadi identiti bagi ikan ini adalah gulai masam tempoyak.
Apakah beza di antara patin sangkar sungai dengan patin kolam?

Beza yang amat ketara kerana sangkar sungai semestinya di dalam sungai yang airnya sentiasa mengalir tetapi kolam berada di atas darat yang mana pengaliran air yang bukan semulajadi mungkin menggunakan pump untuk pertukaran air.
Semestinya kualiti ikan patin yang berada di dalam sangkar sungai lebih baik daripada yang berada di dalam kolam
Dari segi kualiti ikan, semestinya patin yang berada di dalam sangkar sungai lebih baik daripada yang berada di dalam kolam.
Dikhuatiri patin kolam berbau hanyir dan rasanya yang tidak enak untuk dimakan.
Kebanyakan patin yang dibekalkan di restoran-restoran di sekitar Lembah Klang adalah daripada patin kolam. Sebab itu kenapa ramai orang yang agak ‘FOBIA’ dengan rasa patin kerana ikan tersebut datangnya daripada kolam.
Ramai yang beranggapan patin sangat murah seperti yang dijual di kebanyakan hypermarket di Malaysia.
Memang ya ianya murah tetapi kualiti ikan patin kolam vs ikan patin sangkar sungai memang ketara bezanya.
Beza pula pada patin sangkar sungai yang mana harganya agak mahal tetapi tidak semahal ikan patin ‘LIAR’.
Di PAHANG, kebanyakan ikan patin diternak di dalam sangkar yang berada di dalam sungai.

Kami berharap anda semua jelas tentang perbezaan di antara patin sangkar sungai dan patin kolam.
Keputusan untuk memilih berada di tangan anda. Sumber
Bacaan lanjut: Ingin lihat produk lain keluaran Eatime? Klik di sini!
Klik untuk lihat lokasi kedai Az-Zain berdekatan anda!
Ingin membeli produk yang dijual di kedai Az-Zain secara online? Klik gambar di bawah!

Salam. Dimana sy blh dapatkan Ikan patin sangkar sungai di area Shah Alam
waalaikumussalam. maaf kami tiada maklumat berkenaan itu.
Sand no hp bole tak? Sbb ada kawan nak ikan patin
maaf kami sudah tidak menjual tempoyak ikan patin.