Lawatan Daripada MARA ke HQ AzZainMart 12

Lawatan Daripada MARA Ke HQ AzZainMart

Pada 10 Septermber 2020, pihak kami telah dikunjungi oleh MARA yang diketuai oleh Timbalan Pengarah Jabatan Komersial Infrastruktur, Puan Roziah binti Osman dan rakan setugas yang lain.

Lawatan Daripada MARA ke HQ AzZainMart 12

Tujuan lawatan ini adalah bagi mendapatkan maklum balas berkaitan Kedai sebaneka halal atau halal mart dan produk-produk keluaran bumiputera.

Lawatan Daripada MARA Ke HQ AzZainMart2

Lawatan dimulakan dengan memperkenalkan cawangan utama AzZainMart di Seksyen 15, Shah Alam..

Ketua Pengawai Operasi YAQIN MART SDN BHD, Encik Hazwan menerangkan serba sedikit tentang konsep halal mart dan produk-produk bumiputera yang berada di AzZainMart.

Pusat Edaran AzZainMart

Seterusnya, kami membawa para pelawat ke Pusat Edaran di tingkat 1.

Lawatan Daripada MARA Ke HQ AzZainMart8

Di Pusat Edaran inilah tempat simpanan bagi semua produk-produk bumiputera dan disusun mengikut kategori sebelum dihantar ke semua cawangan AzZainMart yang lain.

Tidak kurang juga ada peniaga lain yang turut membeli secara borong di sini berikutan kami juga menawarkan harga diskaun kepada pemilik halal mart lain dan peniaga kecil.

Video Pengenalan AzZainMart

Kami juga memiliki bilik sejuk beku bagi menyimpan kesemua produk-produk sejuk beku agar dapat menjaga kualiti sepanjang waktu.

Lawatan Daripada MARA Ke HQ AzZainMart9

Selepas itu, kami membawa para pelawat ke pejabat AzZainMart di tingkat 2 untuk perbincangan seterusnya.

Lawatan Daripada MARA Ke HQ AzZainMart 10

Kami duduk berbincang mengenai pengeluaran dan perkembangan berkenaan produk bumiputera di AzZainMart.

Kami juga bertukar pandangan bagaimana halal mart dapat membantu MARA khususnya para usahawan yang menghasilkan produk tetapi kekurangan peluang untuk memasarkan produk.

Terima Kasih MARA

Kami dari AzZainMart mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MARA kerana sudi mengunjungi AzZainMart.

Lawatan Daripada MARA Ke HQ AzZainMart3

Lawatan ini membawa sangat banyak manfaat kepada kami dan juga memberi pengalaman baru bagi kami di AzZainMart.

Semoga pihak MARA dan AzZainMart dapat bekerjasama di waktu akan datang.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping