Sebagai perniagaan bedaftar GST kami telah mula melaksanakan cukai baru ini sejak 1 April 2015 yang lalu.
Cawangan-cawangan kami dikenali sebagai antara kedai produk halal yang menjual pada harga yang lebih rendah berbanding kedai seumpama kami.
Dengan pestrukturan cukai GST yang baru, kami tidak terlepas dan terkesan akibat pelaksanaan cukai baru ini.
Justeru kami cuba memberi harga yang terbaik kepada pelanggan yang banyak menyokong kami dalam memperjuangkan ekonomi fardhu kifayah ini.
Sudah tanggung jawab kami memberikan harga yang terbaik kepada para pelanggan dan kami cuba mengekalkan sebahagian besar daripada harga jualan sebelum ini.
Penerangan lanjut mengenai kesan GST terhadap pelanggan kami diterangkan di dalam gambar-gambar yang disertakan.
Untuk info ringkas, setelah pelaksanaan GST di rangkaian kedai kami, sebanyak 33% harga kekal seperti sebelum ini, 23% naik sebanyak 3% dan baki 44% naik sebanyak 6%.

Yaqin Mart
GST ID: 001534509056
9, Jalan Tukul P15/P,Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor
(3.06408,101.52403)
03-55230323
www.azzainmart.com
Az-Zain Bandar Putera 2
Yaqin Mart
GST ID: 001534509056
9, Jalan Kebun Nenas 4A/KS8, Bandar Putera 2,
41200 Klang, Selangor.
03-51611721
(2.97886, 101.50051)
Az-Zain USJ
Yaqin Trading
GST ID: 000493805568
D3-00-01, COURT 4, USJ 8
Jalan Kewajipan,
47610 Subang Jaya, Selangor.
03-80810173
(3.04628, 101.58937)





Bagi jangka masa panjang, kami akan berusaha menurunkan harga barang melalui perbincangan dengan pembekal dan mencari pembekal lain yang menawarkan harga lebih rendah.
Sebagai sebuah perniagaan kecil yang mempunyai pekerja kurang 10 orang ini, tidak dinafikan banyak kekurangan yang pelanggan akan alami. Jika kami ada membuat kesalahan mengenai pelaksanaan GST harap dapat terus rujuk pada petugas di kedai. Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang pelanggan hadapi.
Sebarang pertanyaan mengenai GST di rangkaian kedai kami boleh hubungi En. Hazwan di talian 013-7195173.
Sekian, terima kasih.