SS Tuan Haji Hashim bin Haji Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan merasmikan Program Kempen Beli Produk Muslim bertempat di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 1

UMMAH, PPIM lancar Kempen Beli Produk Muslim di seluruh negara

Tak rasis, cuma nak promosi produk dari orang Islam untuk orang Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1440H, Selasa – Bagi meningkatkan ekonomi dan pendapatan umat Islam, Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini melancarkan Kempen Beli Produk Muslim di seluruh negara.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 2

Kempen bertujuan memberi galakan kepada ekonomi orang Islam selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan halal seluruh negara.

Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya berkata, sokongan daripada umat Islam sangat penting kerana masih banyak lagi produk muslim yang berada di pinggiran bandar.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 3
Pengerusi UMMAH, Haji Aminuddin Yahaya

“Banyak produk bergerak seperti ‘hidup segan, mati tak mahu’. Itulah hakikatnya produk muslim. Dengan kempen ini kita berharap dapat membina jaringan.

Beri Keutamaan Kepada Produk Orang Islam

“Kita bukan tolak produk orang lain. Tetapi kita nak beri keutamaan kepada produk orang Islam. Jangan fikir negatif kononnya asal Melayu sahaja tak bagus, asal Melayu sahaja tak baik.

“Mungkin ada sedikit kekurangan, dari segi pengedaran, kualiti, promosi. Namun akan dipertingkat dari semasa ke semasa,” katanya.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 4

Tidak Pernah Berlaku Golongan Majoriti Kalah Ekonomi

Haji Aminuddin berkata, dalam dunia ini tidak pernah berlaku golongan majoriti kalah ekonominya dengan golongan minoriti.

Justeru, telah sampai masanya untuk kita memberi sokongan kepada produk muslim sendiri.

Produk Muslim Banyak Di Pasaran Tetapi Kurang Sokongan

“Banyak produk muslim di pasaran, cuma yang kurang adalah sokongan daripada orang kita. Maka, kita berharap pelancaran kempen bersama PPIM hari ini, akan dapat digerakkan di seluruh Malaysia dengan jayanya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim, yang berlangsung di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 5
Majlis Pelancaran Kempen Beli Produk Muslim

Produk Muslim Diharapkan Akan Menjadi Ikon Kepada Malaysia

Selain itu, Haji Aminuddin yang juga Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menaruh harapan agar produk-produk muslim di negara ini suatu hari nanti akan menjadi ikon kepada Malaysia.

“Kita akan bina satu syarikat gergasi yang boleh disenaraikan di dalam Bursa Saham. Kita juga harap melalui kempen ini dapat memberi kesedaran kepada umat kita bahawa cukuplah untuk mengkayakan orang lain. Kita kena kayakan orang Islam pula.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 6
Kempen Membeli Produk Muslim – UMMAH

“Saya yakin kita boleh buat. Walaupun orang kata orang Melayu ni lemah, malas. Itu semua doktrin yang tak betul. Kita hebat. Kita kena yakin kita boleh buat. Nasib kita adalah di tangan kita. Kita tak boleh nak harapkan orang lain tolong bangsa kita,” katanya.

Sumber: ISMAWeb.net

Produk muslim ada, kenapa nak guna produk bukan Islam?

Tak rasis, cuma nak promosi produk dari orang Islam untuk orang Islam

Oleh Ainul Illia Meor Suzurudin

KUALA LUMPUR, 26 Rejab 1440H, Selasa – “Mengapa kita hendak beli produk bukan Islam, sedangkan produk muslim ada?”, demikian persoalan yang dibangkitkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, hari ini.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 7
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan

Beliau berkata, melihat pada situasi hari ini, begitu ramai orang Islam yang berpusu-pusu membeli serta makan di premis makanan yang tiada logo halal.

“Ini tidak masuk akal. Tiada sebab kita nak beli makanan orang bukan Islam. Sila bagi saya sebab kenapa perlu kita makan dekat tempat yang penyedia makanannya bukan orang Islam.

Bukan Rasis Tapi Mempromosi Produk Orang Islam Untuk Orang Islam

“Carilah orang Islam. Kita bukan rasis ya, cuma nak promosi produk dari orang Islam untuk orang Islam,” katanya pada majlis pelancaran Kempen Beli Produk Muslim yang diadakan di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Nadzim berkata, beliau yakin bahawa kerosakan serta kelemahan umat Islam hari ini adalah disebabkan oleh makanan yang tidak halal dan tidak baik.

“Ini cukup bahaya. Ubahlah. Kalau kita tak ubah, jangan harap orang lain nak ubah. Tiada sebab orang lain nak ubah diri kita sendiri.

“Kita kena perkasa diri kita. Jadi hari ini kita tengok balik apa yang perlu kita buat bagi memastikan produk-produk yang kita miliki adalah produk yang patuh syariah,” katanya.

Pada masa sama, bercakap mengenai kempen dijalankan dengan kerjasama Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) itu, beliau berkata, ia adalah satu anjakan baharu bagi meningkatkan ekonomi umat Islam seluruhnya.

Sokongan Padu Terhadap Produk Muslim Ekonomi Akan Berubah

“Kita nak semua pihak menyokong supaya kita mencapai matlamat ini. Dengan sokongan padu terhadap produk muslim, ekonomi kita akan berubah, persahabatan di antara bangsa-bangsa di Malaysia juga akan lebih baik. Kita nak kurangkan jurang ekonomi ini.

“Saya juga berharap agar kempen kita hari ini mendapat sambutan sebaiknya. Kalau boleh kita pastikan ini tidak ada isu politik. Bukan membabitkan politik langsung. Jangan silap.

“Yakinlah, kalau kita bersungguh, tak lama. Tengok dalam tiga bulan kita nampak perubahan,” katanya.

Sumber: ISMAWeb.net

Produk Muslim Bantu Tingkat Ekonomi Orang Islam

2 April, Kuala Lumpur : Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh hadir sebagai tetamu kehormat Pelancaran ‘Kempen Beli Produk Muslim’ anjuran bersama Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia Berhad, UMMAH dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 8

Pelancaran telah disempurnakan oleh Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan, Tuan Hashim bin Salleh.

Kempen Beli Produk Muslim Di Seluruh Negara 9
SS Tuan Haji Hashim bin Haji Salleh, Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan merasmikan Program Kempen Beli Produk Muslim bertempat di Megaview Banquet Deck, Menara Kuala Lumpur

Ustazah Nuridah juga turut dijemput untuk menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman bersama beberapa pengusaha produk Muslim yang hadir.

Menurut beliau, usaha ini mesti disokong dan didokong sepenuhnya seluruh rakyat Malaysia terutamanya umat Islam.

Kempen Sebagai Inisiatif Membantu Ekonomi Umat Islam

Kempen Beli Produk Muslim merupakan satu inisiatif untuk membantu ekonomi umat Islam.

Malah katanya lagi, dalam masa yang sama memastikan produk yang dibeli terjamin kebersihan dan status halalnya.

Selepas majlis pelancaran tamat, Ustazah Nuridah berkesempatan untuk melawat tapak-tapak pameran di samping mendengar taklimat berkaitan produk Muslim yang terlibat.

Sumber: https://berita.pas.org.my

Video Sekitar Majlis Kempen Beli Produk Muslim

TV PPIM: Minta Beli Produk Muslim

Persembehan Video Kempen Beli Produk Muslim

Video bermula pada minit 18:20

Sidang Media UMMAH dan PPIM bersempena Kempen Beli Produk Muslim

Kesimpulan

Kami amat menyokong kempen seperti ini. Malah ini adalah antara perjuangan kami sejak 2009 lagi sewaktu membuka outlet pertama di Seksyen 17 Shah Alam.

Sejak dari itu, kami komited menjual produk muslim sahaja sehingga kini dan dikenali sebagai peneraju Halal Mart di Malaysia.

Dengan 7 buah cawangan sekitar Lembah Klang, kami berperanan sebagai satu medium pemasaran bagi lebih 1000 produk dari 135 orang pembekal muslim.

Bagi memudahkan lagi pengguna khususnya umat islam mendapatkan produk halal, kami telah menyediakan laman pembelian online dan penghantaran terus ke rumah dengan caj serendah RM6.

Kami berharap agar kempen seperti ini konsisten dan sedikit sebanyak membantu meningkatkan ekonomi umat islam.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang menyokong produk halal!

3 comments

    Mohon pengusaha warung atau kedai makan menggunakan produk muslim spt krimer manis sos dsb

    TERBAIK KERANA ANDA MEYOKONG DAN MEMBELI PRODUK MELAYU ISLAM DAN MEMBERI PELUANG PADA KAMI UNTUK BERJAYA BERSAMA.

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping