HDC Gesa Pengeluar Produk Halal Manfaatkan Pusat Sokongan

Artikel ini diambil dari BERNAMA

Oleh Nurul Hanis Izmir

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) — Halal Industry Development Corp (HDC) menggesa pengeluar produk halal supaya memanfaatkan kepakarannya melalui Pusat Sokongan Halal Global, yang disediakan secara percuma.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin, berkata pusat tersebut, yang ditubuhkan pada empat tahun lepas, berperanan sebagai pusat sehenti untuk pengeluar mengetahui mengenai standard, persijilan atau pembinaan kapasiti bagi produk dan perkhidmatan halal.

“Selain pengeluar tempatan, kami juga mengalu-alukan penggiat industri dari lebih 60 negara dan 30 juta penduduk yang mengunjungi portal dalam talian kami,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Jamil berkata pusat sokongan itu memenangi anugerah bagi Program Terbaik 2014 daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) baru-baru ini.

“Ia merupakan anugerah kedua dan kami gembira untuk menerimanya,” katanya, dengan menambah HDC akan terus menjadi pusat rujukan dunia untuk industri halal.

MITI akan menganjurkan pertandingan setiap tahun bagi organisasi di bawahnya dan agensi kerajaan.

HDC dipilih sebagai pemenang atas kejayaannya melaksanakan program secara belanjawan berasaskan hasil (OBB), katanya.

OBB diperkenalkan pada Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015).

Ia adalah alat pengurusan yang dibangunkan di bawah Inisiatif Pembaharuan Strategik yang menumpukan rancangan terperinci dengan jajaran menegak dan hubungan mendatar.

OBB menilai hasil yang dicapai pada hampir semua peringkat projek daripada penggunaan input, penyiapan aktiviti, penyampaian hasil dan impak pencapaian.

SUMBER

hdc gesa pengeluar produk halal manfaatkan pusat sokongan

Leave a Reply

Shopping cart

0
image/svg+xml

No products in the cart.

Continue Shopping